Menjadi kebiasaan buat kita untuk menganggap ubat secara lazimnya di gunakan hanya untuk merawat penyakit. Hakikatnya, ianya mempunyai banyak kegunaan lain yang berbeza.
Soalnya, adakah ramai yang tahu mengenai penggunaan ubat yang berkaitan tidak kira jenis penyakit atau sebagainya? Di sini kami akan cuba menjelaskan apa kegunaannya.
Ubat bukan sekadar merawat, ia juga punyai fungsi lain
Jadi apa gunanya jika kita hidup perlu mengambil ubat untuk kekal sihat? Jangan terus buat andaian, anda perlu tahu keberkesanan setiap jenis ubat.
Terdapat perkongsian dari Fahmi Hassan RPh di Twitter, dia yang juga merupakan seorang ahli farmasi mengambil inisiatif ini untuk menjelaskan tiga jenis fungsi ubat yang ramai tidak tahu. Jadi ramai yang boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis ubat dan kegunaannya.
Menurutnya, ubat terdiri untuk kegunaan kepada tiga jenis kebaikan–merawat, mengawal, atau mencegah penyakit. Rata-ratanya ubat di anggap wujud hanya semata untuk menyembuhkan penyakit, namun fungsinya yang jauh lebih baik seperti mengawal penyakit adalah suatu ciri yang sangat bagus dalam penjagaan kesihatan badan.
Ubat yang mengawal ini secara amnya ingin membantu pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, masalah jantung, darah tinngi, dan juga yang berkaitan. Ikutnya lagi, ubatan ini perlu di makan sepanjang hayat bagi pesakit itu supaya ia dapat mencegah keburukan yang lebih teruk.
Bagi ubat yang merawat penyakit pula ia tertumpu untuk mebunuh apa-apa jangkitan kuman yang boleh menyerang tubuh badan. Salah satu ubat merawat penyakit adalah seperti antibiotik.
Ads
Sambungnya lagi pula, ada juga ubat yang bersifatkan untuk melegakan simptom. Ia merupakan salah satu alternatif lain bagi rawatan bagi sesetengah penyakit yang lebih berbentuk kepada ubat-ubatan.
Sebagai pengetahuan anda, jenis-jenis ubat ini di klasifikasikan lagi mengikut kegunaannya, sudah tentu anda perlu tahu dan lebih peka mengenainya. Ikhtiar dan terus berusaha, percaya pada diri untuk kekal sihat dan cergas.
Masih lagi berlarutan tentang isu buka tudung di semua ruangan media sosial. Isu ini menjadi perhatian ramai oleh kerana bukan lah sesuatu yang kecil terutama sekali bila ada selebriti yang membuka hijab mereka semula. Seperti yang kita ketahui, menutup aurat adalah perkara yang wajib buat umat islam dan memakai hijab itu juga adalah wajib.
Kes tersebut memberi banyak selebriti yang mana sudah berhijrah memakai tudung memberi pandangan atau kata-kata atau doa yang baik buat mereka yang sedang menghadapi ujian tersebut. Pelakon utama drama “Risik Pada Hati” iaitu Ummi Nazeera jugak tidak terkecuali daripada memberi kenyataan dan nasihat tentang isu buka tudung tersebut. Tular di Tiktok videonya memberi pendapat tentang artis yang kini ramai membuka tudung sekaligus memberi ramai yang mengetahui tentang isu selebriti membuka tudung baru-baru ini.
“Iman tu naik dan turun. Hari ini nak pakai macam ni lah macam tu la. Jadi benda tu normal untuk kita rasa tapi jangan jadikan itu kebiasaan.” Katanya
Sebab I, I perlu pakai tudung dan mengikut jalan sepatutnya adalah salah satu cara menolong I tentang masalah depresi.” Katanya semasa temubual bersama Zayan
Seperti yang kita tahu, ujian setiap manusia itu berbeza. Akan tetapi istiqomah itu amatlah penting buat diri kita yang tidak sempurna ini. Dalam pada masa yang sama, konsistensi, niat dan usaha juga banyak membuatkan seseorang itu mudah untuk tidak melakukan perkara sedemikian. Kata Ummi Nazeera juga, ramai juga rakannya di dalam industri mahupun rakan yang bukan selebriti yang berhijab masih lagi kekal istiqomah dalam bertudung.
Ummi Nazeera juga ada berkata ketika temubual kepada berkenaan diluar sana sekiranya tidak bersediah untuk memakai hijab, tidak perlu membuat keputusan terburu-buru untuk berhijab kerana takut ianya akan menjadi ikutan trend sahaja. Tegasnya Ummi Nazeera kerana baginya perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main dan beranggapan seolah ianya sudah menjadi satu penyakit. Lagi dibiar lebih normal lah orang lakukannya.
“Saya doakan supaya mereka yang tersasar itu, jumpa baliklah jalan itu semula, InsyaAllah.” Katanya
Ternyata video itu menjadi tarikan orang ramai dan video tersebut juga telah dibanjiri dengan pelbagai komen positif dan doa yang baik-baik buat Ummi Nazeera dan orang tersebut. Ummi Nazeera juga mengatakan bahawa hijab itu bukanlah untuk menutup kepala akan tetapi menutup aib diri sendiri juga dianggap berhijab.
Benar juga kata-kata yang diberi oleh Ummi Nazeera tentang bagaimana mencuba dalam beristiqomah itu amatlah penting. Pasti akan dipermudahkan kelak. Selain daripada itu, doa juga dapat membantu kita untuk terus kekal beristiqomah. Tidak kira dimana jua atau dalam keadaan apa sekalipun doa amat penting. Kerana dengan doa kita akan perlahan-lahan untuk meluahkan apa yang tak diingini dan dengan doa juga akan menjadikan senjata buat diri kita terutama sekali ketika menghadapi ujian yang diberi oleh Allah swt.
Seperti yang diperkatakan, sesusngguhnya berhijab itu adalah wajib buat wanita muslim. Sebagaimana susah sesuatu permulaan itu, jika kita berdoa pada Allah pasti akan menjadi mudah pada
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Air, seperti yang anda ketahui, adalah komponen utama penghalang kelembapan semula jadi kulit. Tanpa kelembapan yang mencukupi, kulit anda boleh berasa kering atau kasar dan mungkin lebih terdedah kepada kesan merosakkan tekanan luaran, seperti sinaran ultraungu dan cuaca melampau. Oleh itu, mengekalkan kulit terhidrat dengan baik dengan pelembap adalah penting untuk mengekalkan kulit yang kuat dan kelihatan sihat.
Sudah tentu, tidak semua pelembap dicipta sama. Walaupun kedua-dua krim siang dan malam mempunyai matlamat utama yang sama penghidratan, ia juga boleh berbeza dalam beberapa cara. Biasanya pakar mengesyorkan losen dan pelembap yang lebih ringan dan mudah diserap untuk siang hari, kerana ia boleh melembapkan tanpa memberikan kulit kelihatan berminyak atau berkilat. Krim siang juga mungkin mengandungi antioksidan untuk membantu melindungi kulit anda daripada tekanan persekitaran yang merosakkan dan selalunya mengandungi pelindung matahari yang mesti ada dalam rutin penjagaan kulit siang hari anda, tidak kira cuaca atau masa dalam setahun.
Sebaliknya, krim malam tidak semestinya ringan, terutamanya kerana tidak kira kulit anda kelihatan sedikit berkilat. Ia sering dirumus untuk melengkapkan proses pembaikan semula jadi kulit anda yang berlaku semasa tidur dan mungkin mengandungi bahan emolien atau oklusif yang lebih berat.
Selain itu, jika rutin penjagaan kulit malam anda mempunyai bahan seperti retinol atau asid alfa-hidroksi kedua-duanya boleh mengeringkan jika digunakan secara berlebihan, krim malam yang lebih tebal dan kaya boleh membantu mengekalkan kulit anda lembap dan mengurangkan kemungkinan kerengsaan.
Duo krim terbaik disarankan pakar
Clarins Extra-Firming Jour (Krim siang) and Extra-Firming Nuit (Krim malam)
Rangkaian Clarins Extra-Firming ialah inovasi pengukuhan unik yang dibangunkan dengan kepakaran Clarins Research mengenai ramuan tumbuhan, untuk meletakkan semula musim bunga ke dalam kulit anda! Clarins Extra-Firming Jour (Krim Siang) dan Extra-Firming Nuit (Krim Malam) ialah duo padat kuasa yang dikuasakan oleh dua bahan utama, Bunga Kanggaru dan ekstrak Organik Mitracarpus. Selain keberkesanannya, kedua-dua krim siang dan malam mempunyai tekstur yang sempurna dengan aroma camelia dan mawar yang meninggalkan rasa segar dan lembut pada kulit. Kekayaan, kemasan seperti sutera dan kesan “melantun kembali”.
Duo ini mampu hilangkan tanda-tanda penuaan sejak awal, krim ini bukan sahaja melembapkan dan memberikan kesan melicinkan tetapi juga dirumus dengan Kompleks Anti Pencemaran Clarins untuk membantu melawan kesan pencemaran dan radikal bebas. Duo bertenaga tumbuhan Siang & Malam yang lengkap untuk mengurangkan penampilan kedutan dan meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit untuk tona kulit yang lebih sekata dan merangsang kulit muda yang memancarkan kecantikan.
CeraVe Skin Renewing Day Cream
CeraVe Skin Renewing Day Cream ialah pelembap anti-penuaan bukan komedogenik dengan SPF dan retinol berkapsul untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan tanpa kerengsaan. Krim siang retinol dengan SPF 30 Spektrum Luas ini juga menyediakan perlindungan UV untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan akibat matahari, ditambah dengan asid hyaluronik yang menghidrat juga tiga seramida yang membekalkan kulit dengan khasiat 24 jam.
CeraVe Skin Renewing Night Cream
Krim malam CeraVe, memberikan hasil yang setanding dengan pilihan yang jauh lebih mahal. Seramida dan asid hyaluronik di dalamnya sebagai penghidrat yang sangat baik dan niacinamide ialah pengurang kemerahan yang dipercayai yang juga membantu “mengisi semula penghalang kulit.” Ini adalah pelembap yang sangat baik apabila cuaca mula menjadi sejuk dan kulit anda mula kehilangan lebih banyak kelembapan. Untuk kulit normal hingga kombinasi, losen pelembap muka CeraVe PM mempunyai tekstur yang tidak berminyak dengan niacinamide yang mencerahkan dan seramida yang memulihkan kulit.
Kiehl’s Ultra Facial Cream
Krim Muka terlaris Kiehl telah menjadi ruji penjagaan kulit yang digemari selama bertahun-tahun dan dengan alasan yang kukuh, Ia berkesan! Cuaca sejuk, kulit memerlukan lembapan tetapi tidak boleh mengambil terlalu banyak wangian. Krim ini, padat dengan gliserin, squalane dan minyak tumbuhan seperti aprikot dan avokado menghidrat dan membantu mengelak dalam kelembapan tanpa menjengkelkan. Apa yang anda perlukan ialah jumlah bersaiz sepeser pun untuk menutup keseluruhan kulit anda dalam penghidratan yang selesa.
Krim Neutrogena Hydro Boost
Salah satu kegemaran mereka yang mempunyai kulit yang sangat sensitif. Ia mempunyai rasa sejuk pada sentuhan dan mengandungi asid hyaluronik, yang memberikan pelembapan tambahan. Formula gel membantu krim meresap ke dalam kulit dengan cepat. Krim ini adalah kegemaran pakar dermatologi, ia merupakan pelembap terbaik untuk kulit kering, kulit matang dan kulit berminyak. Krim malam yang benar-benar “serbaguna” dan berpatutan yang sesuai untuk banyak jenis kulit, kerana ia bebas pewangi dan lembut.
La Roche-Posay Toleriane Double Repair Moisturizer UV
Aduan biasa mengenai pelindung matahari dan juga pelembap dengan tambahan SPF ialah ia boleh kelihatan pudar pada warna kulit sawo matang. Bukan La Roche-Posay’s Toleriane Double Repair Moisturizer UV Broad Spectrum SPF 30. Losen muka yang diselitkan air haba tidak akan menyebabkan solekan tergelincir dan menggelongsor serta cepat menyerap dengan kemasan lut sinar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seorang penghantar makanan Foodpanda telah menemui ajal pada 6 Ramadhan lalu selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam sebuah kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang pada pagi semalam.
Ramai yang meluahkan rasa sedih di atas pemergiannya termasuklah kakak iparnya, Syazwani Abdul Rahim. Berkongsi di laman Facebook, arwah sentiasa bawa sejadah dan kain pelikat supaya mudah beribadat ketika bekerja.
Alhamdulillah😭😭😭 sayu Kak Wani tengok beg kau Zaim…ada sejadah dan kain pelikat kau bawa setiap masa pergi kerja…semoga syurga tempatmu adikku...
😔😔😔😔😔 Allahuakbar…ramai kawan-kawan Panda dia datang mengiringi Zaim
Ibu ada cerita suruh Zaim tak perlu kerja PKP ini… Dia kata “Kalau abang tak kerja siapa nak kerja hantar makanan orang tengah susah nak keluar PKP ini, kalau nak mati kat rumah pun boleh mati”😭😭😭😭😭
Zaim anak yang baik…kawan yang baik…adik yang baik…abg yang ballik…Paklang yang baik….
Syazia pon nangis teresak-esak tadi tengok Paklang seolah-olah faham…Umi peluk untuk tenangkan die…Sekarang pun asyik sebut tak boleh jumpa Paklang dah lepas ini…Kakak sayang Paklang😭😭😭
Biarlah simpan kenangan disini
Benarlah, orang yang baik itu pastinya akan sentiasa dirindui dan disayangi oleh semua. Salam takziah untuk keluarga arwah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Kredit: Syazwani Abd Rahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...