Fibroid rahim dikenali sebagai Leiomyoma atau Myoma yang tumbuh di dinding rahim atau pada otot-otot di sekitar sistem reproduksi wanita. Kebanyakan wanita yang memiliki masalah ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Ia biasanya dikesan secara tidak sengaja seperti ketika melakukan pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
Fibroid biasanya hadir dalam bentuk yang keras berupa sel-sel otot dan tisu yang berkembang. Ia boleh membesar daripada saiz kacang kepada sebesar limau gedang kecil.
Rawatan baru untuk Fibroid
Rawatan fibroid rahim yang disarankan di seluruh dunia adalah melalui pembedahan, namun pesakit akan diberi pilihan sama ada untuk menjalani pembedahan membuang fibroid (myomectomy) atau membuang rahim (hysterectomy) bagi yang sudah berkeluarga.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Yulianty Arifuddin berkata, meskipun terdapat kaedah rawatan yang melibatkan ubat, namun ia hanyalah sekadar men- gurangkan pendarahan semasa haid, mengecilkan saiz fibroid atau menjadikan fibroid tidak aktif (statik) sahaja.
Tambah beliau, hanya dengan melalui kaedah pembedahan myomectomy sahaja dapat membuang fibroid secara keseluruhan.
“Jika pesakit mahu mengandung lagi, inilah kaedah yang selalunya disarankan kepada mereka, berbanding ubat-ubatan dan suntikan yang lebih cenderung menun- jukkan gejala menopaus dan mendedahkan pesakit kepada risiko osteoporosis iaitu masalah tulang rapuh apabila digunakan dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Terdapat teknik kedua iaitu dengan kaedah suntikan. Kaedah ini dikenali sebagai Gonadotropin-Releasing Hormone Agonist (GnRH Agonist) dan biasanya menjadi pilihan pesakit.
“Bagi rawatan suntikan, pesakit akan diberikan suntikan selama tiga hinga enam bulan. Saiz fibroid akan di lihat semakin mengecil sehingga 50 peratus daripada saiz asal terutamanya selepas suntikan ke-tiga hingga ke-enam. Dalam tempoh rawatan ini pesakit akan mengalami gejala menopaus sementara iaitu berhenti haid,” katanya.
“Suntikan GnRH Agonist akan men- gurangkan penghasilan hormon-hormon terutama estrogen yang menyuburkan fibroid rahim. Pada masa sama hemoglobin pesakit akan meningkat kerana pendara- han terhenti,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, GnRH Agonist mempunyai kesan sampingan seperti rasa panas dan berpeluh-peluh seakan-akan gejala menopaus. Sekiranya suntikan ini diberikan secara berterusan sehingga setahun kesan sampingan seperti tulang rapuh akan berlaku.
“Namun begitu, GnRH Agonist bukanlah rawatan kekal kerana fibroid akan kembali membesar selepas suntikan terakhir diberikan. Oleh itu, pembedahan sebaiknya dilakukan segera setelah fibroid mengecil atau selepas suntikan ke-tiga atau ke-enam.
Ubat oral Fibroid yang pertama.
Baru-baru ini sejenis ubat untuk merawat fibroid rahim telah diperkenalkan di Malaysia. Ia dikenali sebagai Selective Pro- gesterone Receptor Modulators (SPRMs). SPRMs merupakan ubat oral pertama di Malaysia dan telah diguna pakai di beberapa buah negara lain seperti Eropah, Hong Kong dan Taiwan.
“Melalui dapatan kajian yang diperoleh, rata-rata pesakit yang mengamalkan SPRMs amat berpuas hati dengan perubahan fibroid masing-masing. Bukan itu sahaja, pendarahan teruk yang disebabkan oleh fibroid rahim juga dapat dikurangkan dalam tempoh 10 hingga 14 hari selepas pengambilan ubat ini. Selain itu, risiko menopaus dan osteoporosis juga agak rendah,” katanya.
“Cara pengambilan SPRMs tidak sama seperti ubat-ubatan lain. Ia perlu di ambil sekali sehari selama tiga bulan dan pesakit perlu memberhentikan pengambilan sebulan sebelum meneruskan semula selama tiga bulan dan seterusnya mengikut nasihat atau preskripsi yang ditetapkan oleh doktor.
“Kajian menunjukkan bahawa rawatan ini dapat dilanjutkan sehingga dua tahun dengan kesan sampingan yang minima.
Bagaimanapun, SPRMs ini lebih mahal berbanding rawatan lain dengan kos sekitar RM1,300 bagi tiga bulan bekalan,” jelasnya.
Ujarnya, selepas menggunakan SPRMs, risiko fibroid membesar semula tetap ada, Cuma lebih lambat bergantung pada tubuh individu terbabit.
Terdapat sesetengah pesakit di mana fibroid tidak membesar (statik) atau mengecil meskipun pengambilan ubat telah lama dihentikan.
“Jika pesakit bercadang untuk hamil, pengambilan ubat berkenaan boleh dihentikan sama ada setahun atau selepas dua tahun bergantung kepada tindak balas tubuh pesakit dan atas nasihat pakar.
Usah risau, Fibroid adalah normal.
Fibroid boleh membesar dan tumbuh di dalam dinding rahim (Submucosal fibroid), di otot rahim (Intramural fibroid), di pangkal rahim (Cervical fibroid) dan di lapisan luar dinding rahim (Subserosal fibroid).
Menurut Dr. Yulianty, pesakit yang mengalami uterine fibroid simtomatik simptom-simptomnya lebih menyakitkan dan pesakit akan berasa tidak selesa.
“Mereka lazimnya akan mengalami haid yang lebih banyak, kerap membuang air kencing, perut membuncit atau terasa senak di bawah abdomen, mengalami masalah kemandulan dan sukar hamil,” katanya.
Sehingga ke hari ini punca fibroid masih tidak diketahui dan pengkaji percaya ia mempunyai hubung kait dengan masalah genetik.
“Anak perempuan pesakit mempunyai risiko sehingga tiga kali ganda untuk mempunyai fibroid di masa akan datang. Namun begitu, ia bergantung kepada tahap hormon estrogen yang terdapat dalam diri seseorang.
Fibroid rahim adalah benigna (bukan kanser) dan tidak meningkatkan risiko kanser rahim. Namun, jika ia menjadi kanser, ia dikenali sebagai Leiomyosarcoma. Bagaimanapun, ia amat jarang terjadi.
“Simptom-simptom Leiomyosarcoma seperti mengalami perut buncit dengan cepat, susah buang air besar, badan susut, hilang selera makan dan pendarahan yang teruk. Sekiranya terjadi, pesakit dinasihat- kan membuang rahim, ovari dan pangkal rahim,”katanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI