Ramai yang kata bila sedang diet kena memilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Malah ada yang mengamalkan cara diet eat clean yang mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan berlebihan.
Tetapi sebenarnya kalau kita sedang berdiet, banyak makanan sedap yang boleh kita makan. Perkongsian dari Fitness Coah Azzatie Intan Suraya yang memberi senarai produk makanan yang boleh kita pilih sebagai healthy food. Menurutnya kebanyakan produk ini boleh didapati di pasarar raya besar yang popular.
Dia menggunakan semua abrang-barang ini dalam sajian untuk sarapan pagi, tengah hari dan juga makan malam. Dan menurutnya sayuran serta buahan segar menjadi keutamaan dalam melakukan misi diet.
Dalam bab diet ini sebenarnya macam-macam makanan sedap boleh kita makan, cuma perlu menjaga nafsu dan kuantiti yang diambil. Jangan makan sampai tak ingat dunia dek kerana rasa lapar.
Alternative food for healthy eating
I was doing groceries shopping lesson this afternoon utk support group meal plan, dan mereka pun x sangka sebenarnya byk je makanan blh makan, asalkan always always n always CHECK LABEL sblum beli.
Barang2 ni smua blh dapat kt tesco, village grocer, jusco, cold storage, aeon big, giant dan most pasaraya besar. Saje pilih tesco sbb smua tmpt ada tesco jadi xde alasan x jmpa barang2 alternatif dlm healthy eating ni.
Mama mmg guna kebanyakan brg2 ni dlm meal prep, breakfast, lunch n dinner. Dan of coz, sayur mayur n buah buahan segar jadi top priority, lagi raw lagi bagus
1. Bahan Tenusu
Kalau nak cari keju, boleh pilih jenis slim cheese sebab 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal bagi keju cheddar biasa.
Bagi yang suka yogurt, carilah natural yogurt atau Greek yogurt untuk breakfast parfaitatau sebagai snek. Yang penting, elakkan yogurt berperisa yang manis.
Susu pun sama, pilihlah susu segar kalau nak buat overnight oat atau sekadar untuk snacking.
2. Bahan Perapan
Saya suka pilih sos hoisin, plum sauce dan Kicap Enaq sebab ianya non-GMO sebagai bahan perapan.
Kemudian, boleh beli parsley, rosemary, oregano flakes, cajun, paprika, mustard dan chilli powder untuk menambahkan lagi perisa.
Kalau nak pilih sos cili, boleh pilih Lingham. Sos cili Lingham ada 3 jenis iaitu Sweet & Spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu rasanya cuma 19kcal per tablespoon. Tapi jenis ni agak susah nak jumpa
Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain. Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal.
Mayonis pula jenis Kewpie Half. 1 tbs cuma 54kcal. Berbanding mayonis biasa 1 tbs 90kcal.
Sebagai pengganti gula, boleh cari molasses atau raw sugar cane. Kalau sebelum ini biasa guna garam halus, boleh gantikan dengan Himalayan rock salt.
Boleh gunakan madu juga sebagai pemanis semulajadi. Pilih jenis raw honey.
3. Roti Dan Jem
Untuk pilihan roti, selalunya saya beli Roti Gardenia jenis Canadian Wheat. GI Value (Glysemic Index) pun paling rendah. Kalau tak ada, wholemeal bread pun dah cukup baik.
Kalau tak ada Canadian Wheat, biasanya saya akan ambil jenis Sommerset macam dalam gambar di bawah ini.
Bagi penggemar wraps, always go for 6 Grains Wrap. 1 keping cuma 143kcal.
Contoh jem yang baik lebih banyak perasa buah. Contohnya jem St Dalfour, ada banyak perisa. Kalau tengok di labelnya ada tertulis yang ia sesuai untuk pesakit diabetes.
Saya guna jenis ini. 100% strawberi dan sugar free.
Banyak juga pilihan untuk natural peanut butter. Kena rajin periksa label untuk semak kandungan minyak, garam, gula, dan kalorinya.
4. Makanan Dalam Tin
Untuk sumber protein segera, boleh makan Tuna Chunks In Water. Kurang lemak dan kurang garam berbanding jenis yang lain. Buat sandwich tuna tetap sedap.
Antara contoh baked beans yang tidak mengandungi gula tambahan
5. Biskut
Ada banyak contoh biskut untuk snacking.
Contohnya Multigrain Crackers jenama Tesco ini kalau 6 keping baru 143kcal. Saiz besar dan sangat mengenyangkan.
Ramai fitness coaches suka makan Weet-Bix ni sebagai snek. Kenyang dan sedap
Tesco Wheat Crackers ni 6 keping baru 139 kcal
Jenis ini pun OK.
6. Oat
Organic rolled oat jenama kegemaran saya Love Earth, 4tbs 90kcal. Rendam dalam susu atau yogurt untuk buat overnight oat.
Boleh juga masak untuk buat bubur atau pancake
7. Kopi / Teh
Kopi jenis ini antara yang paling rendah kalori. 1 sachet cuma 7kcal.
8. Minyak Masak
Minyak jenis macam ni saya guna untuk stir fry.
Kalau ada yang tanya, saya tak makan deep fry. Saya cuma makan air fry, jadi tak pakai banyak minyak. Rasanya tetap sedap.
9. Beras
Beras parboiled maksudnya partially boiled. Berbanding beras putih biasa, berasparboiled mengandungi dua kali ganda lebih banyak fiber banding beras biasa. Kadar GI pun sangat rendah berbanding beras putih biasa.
10. Frozen Food
Kadang-kadang tak ada masa, mesti nak simpan juga sikit stok frozen food kan. Nak cepat pun, boleh pilih yang sihat.
Contohnya wholemeal pau ini sebiji cuma 150kcal.
Yang macam ini pun best untuk buat sandwich. Tanpa lemak.
Sesekali nak makan roti canai atau paratha. Boleh ambil dengan 2 tbs homecooked kari. Pilih yang jenis whole meal.
Ini pula favourite saya, Edamame. Pengganti telur sabab saya tak suka telur. Kacang edamame ni mengandungi sumber protein, kalsium dan zat besi yang baik. 1 paket begini boleh bahagikan untuk 5 kali makan.
Boleh cari dekat area sweet corn, sweet peas. Nanti adalah terselit Edamame ni.
11. Snek
Macam biasalah, antara pilihan fitbar, muesli, granola untuk fast breakfast
Sesekali sweet cravings tak salah pun nak makan coklat. Pilihlah dark chocolate macam ni. Tak ada gula tambahan.
YANG PENTING, PERIKSA LABEL
Sememangnya makanan homemade dan segar adalah pilihan yang terbaik. Tapi tak semua orang ada masa untuk sediakannya setiap hari. Jadi dengan contoh dan tips ini, diharapkan dapat membantu mereka yang nak makan sihat tapi selalu kesuntukan masa untuk menyediakan homemade food. Jadi, tak ada alasan lagi untuk teruskan diet atau makan secara sihat.
Yang penting, kena rajinkan diri untuk periksa label supaya dapat buat pilihan yang baik. Macam-macam boleh makan sebenarnya, cuma kenalah bersederhana dalam menjaga kuantitinya.
OK selamat shopping!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI