Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.A beliau berkata:
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.
Riwayat Al-Bukhari (168)
Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:
Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.
Ads
Riwayat Muslim (2095)
Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar. Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata: ‘’Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap’’. Rujuk Kasyyaf Al-Qina’, Al-Buhuti (2/236).
Manakala para ulama Syafi’eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:
Ads
Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia.
Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/333)
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.
Ads
Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.
KESIMPULAN
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakan jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mendahulukan sesuatu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Kebesaran Allah SWT.
Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Bismillah’.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
Banyak khasiat dan fadhilat ‘Bismillah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmilah ini; Diantaranya:
‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, InsyAllah akan mendapat rezeki tidak terduga.
Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.
Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.
Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
Apa yang istimewa amalan Bismillah 5 ini sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit yang kita tidak ketahui puncanya. Bagus dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
Sekiranya amalan ini diamalkan selalu dan istiqomah, isyallah dapat elakkan diri dari:
Dapat mengelak dari terkena sihir.
Menghalang diganggu jin dan syaitan
Terpelihara dari bahaya dan musuh yang disangka atau tidak
Penawar pelbagai racun dan bisa.
Penawar penyakit gila meroyan.
Melegakan bengkak dan benjol.
Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Cara-cara mengamalnya
Sekiranya ada yang sakit boleh la cuba cara ini. Tidak salah kalau kita cuba, ikhtiar itu perlu. Memula letakkan tangan di tempat yang sakit. Bacalah ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk. Hembus jek kat tempat sakit.
Jika ada air untuk minum, hembuskan pada air dan minum. Sapukan di tempat yang sakit atau satu badan. Sekiranya makan di gerai atau restoran kita baca dulu bismillah 5 ni sebelum masuk ke kedai tu. Bagi melindungi diri dari termakan sesuatu yang bahaya. Malah makan ubat harus baca dulu Bismillah 5 ni.
Amalkan juga setiap kali lepas solat. Baca sebanyak 33 kali selepas solat. Apa yang penting mulakan dengan yakin dan serahkan segala kesembuhan pada Allah. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa di Malaysia dan serata dunia, semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan sumber pendapatan.
Dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, initiatif #KitaBersama hari ini dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan. Initiatif inimerupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd., Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Sime Darby Oils, dan Kumpulan Syarikat Etika, bersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produkBABA’S, MAMEE, ALIF, dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000, pagi ini. FAF akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
.
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd, Farhan Hafetz berkata b initiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat- syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan. “Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebihbaik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secaraberterusan”
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd, Ahmad Syukry Ibrahim mengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011. Manakala Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah berkata “Sime Darby Oils berbesar hati untukmenyertai initiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasikepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang”
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpunmelancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebeginiadalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan”, kata Khalid Alvi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkanlebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walau bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatanpermintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40. “Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluanmasyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluarmakanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.
Semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia dijemput untuk bersama-sama menjayakan initiatif #KitaBersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...