Ubah Gaya Fesyen Lebih Berani Dan Segar, 5 ‘Influencer’ Fesyen Ini Memiliki Gaya Berbeza, Sesuai Dijadikan Rujukan!

Share

Menjengah ke tahun 2022 ini, ayuh jadikan gaya fesyen anda lebih berani, unik dan segar! Lain dari yang biasa! 

Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda ikon fesyen hijab yang boleh dijadikan rujukan kamus fesyen untuk menghasilkan stail yang lebih moden! Setiap daripada mereka ini memiliki gaya dan personaliti yang berbeza! Jadi, apa tunggu lagi? Jom baca!

1. Shahd Khidir (@hadyouatsalaam)

Tidak menjadikan saiz tubuh badannya yang besar sebagai penghalang untuk dia mengekspresikan gaya fesyen yang luar biasa! Penggunaan warna yang ceria menjadikan gaya fesyennya sentiasa tampak berbeza dan segar! Sebagai seorang ahli sains politik dan juga aktivitis serta influencer dalam fesyen dan kecantikan, pengaruhnya dalam media sosial pastinya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Sentiasa menggayakan topi sebagai aksesori tambahan fesyennya, dia seringkali memuat naik mesej-mesej penting tentang gaya hidup yang sihat! 

2. Summer Albarcha (@summeralbarcha)

 Khas untuk anda yang meminati gaya fesyen layering, Summer Albarcha merupakan contoh terbaik yang boleh anda jadikan rujukan! Setiap gaya OOTD nya sentiasa on-point! Biarpun tampak minimalis dan bersahaja, namun Summer bijak dalam menyesuai padankan corak, warna dan potongan untuk melahirkan gaya fesyen hijab yang moden!

Summer merupakan salah seorang ikon fesyen berhijab yang kerap memuat naik video stail fesyennya di Instagram dan berkongsi tip terbaik tentang fesyen dan kecantikan! Salah satu tip darinya untuk gaya kekal menarik ialah to not go out of one’s way to make an outfit ‘modest’ or ‘hijabi-fied.’ 

3. Imane Asry (@fashionwithfaith)

Jika dilihat satu-persatu gambarnya di Instagram, pasti anda dapat melihat setiap gaya fesyennya tampak mewah dan eksklusif. Mengekalkan nilai ‘edgy’ dan ‘clean’ dalam gaya fesyennya, ia membuatkan Imane menjadi ikutan ramai terutamanya kepada wanita yang berhijab. Daripada pemilihan hijab, tas tangan hinggalah kepada sepatu, semuanya persis ‘high fashion’ dalam konsep modesty!

Pernah dinamakan sebagai “Look Of The Year” di majlis gala Elle, dalam ucapannya, dia sempat memberi kata-kata sinis;

“for all of us who did not see ourselves in the fashion magazines, because we did not fit in.”

4. Anisa Stoffel (@indoanisa)

Berdarah kacukan Yaman dan juga Indonesia, Anisa Stoffel terkenal dengan tip serta panduan tentang solekan, kecantikan dan juga fesyen. Seringkali memuat naik video di laman Instagramnya, dia sukakan gaya gesyen yang oversized and baggy, yang amat sesuai digayakan untuk konsep fesyenh muslimah!

5. Sarah Aziz (@douxsarah)

Menjadikan wanita hijab lebih bebas bergaya, Sarah Aziz yang berasal dari Malaysia ini cukup terkenal dengan gaya fesyen yang berani serta unik! Memiliki tubuh badan yang besar tidak menjadikan Sarah meletakkan had dalam gaya fesyennya! Bagi anda yang sedang mencari inspirasi untuk menyarungkan gaya fesyen yang berani dan meriah, Sarah ialah rujukan yang terbaik!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra