Kecantikan

Ubah Cara Pemakanan & Rajin Beriadah, Wanita Ini Berjaya Tukar Saiz Dari 6XL Ke M

Share

Isi Kandungan

Toggle

Tidak mengalah untuk menurunkan berat badan, Isma Suria berjaya membuat transformasi mengagumkan apabila berjaya berubah daripada saiz 5XL/6XL kepada saiz M atau L.

Berkongsi kisahnya di laman Facebook Diet Suku Suku Separuh

, Isma menjelaskan bahawa dia bertekad untuk menurunkan berat badannya sejak setahun yang lalu dan menjaga pemakanan hariannya.

Alhamdulillah dari baju saiz 6xl@5xl atas dasar semangat dah boleh brtukaq ke saiz L @M..semua atas perubahan cara pengambilan makanan..bukan mudah nak dapatkan kekuatan tiu semua ..doakan saya terus kuat dapatkan berat ideal..

Tip Turun 5XL-6XL Ke Saiz M/L

Pemakanan:

-Untuk sarapan, ambil oat atau telur separuh masak atau buah-buahan.

-Tengahari ambil nasi dan lauk tapi melebihkan sayuran, ayam atau ikan.

-Malam hanya minum air kosong dan makan buah-buahan.

 

Senaman:

-Lakukan senaman seperti tabata dan Zumba atau ikuti kelas senaman dalam masa 30 hingga ke 60 minit.

-Buat aktiviti luar seperti berbasikal atau panjat bukit pada hujung minggu jika ada masa terluang.

-Konsisten lakukan aktiviti mendaki dan berbasikal setiap pagi dan petang dalam 3-4 jam sehari atau lebih.

 

Published by
QIST