Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat. Namun tidak semua orang mampu istiqamah dengan sebenar-benarnya sehingga ramai yang bertanya “Bagaimana cara agar istiqamah berhijab?”
Perlu diketahui bahawa hijab bukanlah hanya sekadar hiasan akan tetapi menjadi ‘gaun kehormatan’ untuk para Muslimah. Hijab merupakan suatu bentuk betapa cara Islam sangat menjaga dan memuliakan wanita.
Hijab terdiri daripada dua bahagian iaitu jilbab dan khimar (kerudung).
“Kenapa kita harus berhijab ?”
Allah SWT berfirman : “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS.Al-Ahzab:59)
Allah SWT berfirman :“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE PARAS DADANYA dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”(QS.An Nur:31)
Berhijab itu tidak susah. Yang susahnya ialah istiqamah. Syaitan tidak akan duduk diam apabila seorang Muslimah mula mengenakan hijab. Dia pasti akan terus menggoda kita untuk menanggalkan hijab yang kita kenakan kerana memang sudah janjinya akan terus berusaha menyesatkan anak dan cucu adam.
Bagaimana untuk terus istiqamah berhijab?
1. Mengingati mati
Renungkan, apakah anda menunggu kain kafan yang akan menjadi hijabmu yang pertama dan terakhir?
2. Cubalah menghitung nikmat Allah
Renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Sungguh tidak terhitung banyaknya. Dari situ kita harus berfikir begitu banyak Allah memberikan kita nikmat dan memberikan yang kita minta, tapi ketika Allah meminta kita untuk berhijab, mengapa kita ingkar?
3. Keutamaan berhijab
Dengan berhijab kita mudah dikenali dan tidak diganggu jadi tunggu apa lagi? Istiqamah berhijab!
4. Berkumpul dan bergaul dengan orang-orang yang beriman
Bergaullah dengan golongan yang menitikberatkan ajaran agama. Kiasan orang-orang tua, apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita juga akan berbau wangi begitu jugalah sebaliknya.
Berkumpullah dengan sahabat-sahabat. Belajar untuk istiqamah, kuatkan iman dan ucapkanlah ”selamat tinggal “ untuk segala keburukan dan perkara yang sia-sia. Semoga kita senantiasa isitiqamah dan menjadi Muslimah sejati yang kehadiranmu membawa keindahan serta kebaikan.
PENTING: Apabila sudah mula berhijab, janganlah sampai menanggalkan hijab. Istiqamahlah. Kuatkan imanmu nescaya Allah pasti akan mempermudahkan segala urusanmu.
TIP TUTUP AURAT
1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.
2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.
3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat. Dulu masa mula2 kak shaini nak berhijrah, satu gerobok baju kita tukar.
4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab tak guna kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Bukan mereka tu yang akan bantu bila kamu di akhirat nanti.
5. Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak sekarang jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.
6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda. Allah suruh tutup, bukan balut.
7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada yang suka pakai handsock dgn baju pendek, ingat, itu masih dikira menampakkan aurat…nampak bentuk tangan.
8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Jangan buat-buat lupa itu.
9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali untuk berubah. Kalau tak mampu, kita pamerkan akhlak yang baik dan perbanyakkan doa. InsyaAllah nanti Allah lembutkan hati ahli keluarga untuk berubah. Ingat, usaha tu milik kita, hidayah pula milik Allah.
10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat. Ye solat belum sempurna!
11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.
12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.
13. Ada yang gunakan cara ini, iaitu buat jadual. Buat minggu ini mula pakai baju longgar. Minggu seterus, tudung pula. Boleh gunakan.
14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar
15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.
16. Bila keluar, tanya pada diri “Adakah Allah reda dengan pemakaian aku?” “Cukup tak aku menutup aurat aku semua?”
17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.
18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insyaAllah
Hawa, itu sedikit perkongsian buat kamu. Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.
Sumber kredit: Facebook Rinzbeauty Instagram Yatt Hamzah, Instagram Diana Amir, Instagram Irma Hasmie, Instagram Neelofa dan Instagram Zara Zya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI