Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai dalam kalangan selebriti atau orang kenamaan yang gemar bertudung bawal sama ada dari fabrik cotton atau satin. Salah seorang darinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Nampak gaynyaa tudung bawal kembali bakal jadi pilihan untuk digayakan hijabi yang gemarkan tudung bawal. Dengan material fabrik yang ringan dan tidak panas serta menjadikan wajah nampak menarik untuk digayakan dan sangat ‘on point’.
View this post on InstagramA post shared by Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail (@drwanazizah) on Apr 25, 2019 at 9:37pm PDT
Beliau memang senang sekali menyarung bawal, terutama polos setiap kali dalam apa jua majlis dihadiri. Tanpa gaya berlebihan hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail hijabnya ringkas tetapi sangat menarik.
Bukan beliau sahaja meminati tudung bawal, anak kesayangannya, YB Nurul Izzah juga turut gemar menyarung bawal. Hijab yang sama tetapi suntikan moden menjadikan stail digayakan sangat eksklusif.
View this post on InstagramA post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on Nov 18, 2018 at 1:08am PST
Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
Artikel Berkaitan: 20 Tahun YB Nurul Izzah Setia Bertudung Bawal
Ayuh kita ikut tutorial gaya ibu dan anak ini yang digayakan oleh penyanyi popular Wany Hasrita yang juga gemar menggayakan tudung bawal.
View this post on InstagramA post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on Apr 27, 2019 at 6:02am PDT
GAYA DATIN SERI WAN AZIZAH
1. Pin bawah dagu dengan kerongsang dan kemaskan.
2. Lipat bahagian kiri dan kanan.
3. Pinkan pula bahagian tengah guna kerongsang. Boleh gunakan cincin besar untuk sedikit kelainan.
4. Simpul mati di bahagian hujung.
GAYA YB NURUL IZZAH
1. Kelepek satu sisi di tepi telinga.
2. Lakukan kemasan di bahagian dagu sisi yang satu lagi.
3. Pinkan pula bahagian tepi telinga.
4. Biarkan sebelah sisi bebas berjuntai.
SAKSIKAN VIDEO PENUH:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilangkan Kesan Degil Minyak Di Tudung Dengan Sabun 2 Ringgit
Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang hijabi, mestilah kita suka melaram bukan? Namun, kadang kala stress datang melanda apabila mekap yang dipakai melekat di tudung. Bukan apa, susah untuk menghilangkan kesannya. Seperti juga kesan minyak di tudung, penat ditonyoh dengan sabun namun tak mahu juga hilang.
Kini, hijabi semua jangan risau. Dengan hanya bermodalkan RM 2, anda boleh menghilangkan kesan degil minyak di tudung. Ikuti tips yang telah dikongsikan di Instastory ini. Pasti bermanfaat buat semua.
Mudahnya cara dia!
Seperti biasa,diimport dari IG haha. Maaf kalau lebih banyak spend masa buat tutorial di IG story dari di Facebook. Dari semasa ke semasa hani akan import semua tutorial dari situ ke Facebook supaya lebih ramai dapat manfaat mana yang boleh (InsyaAllah haha). Btw, Autocorrect buat lawak malam-malam ni. Taip sagat dia keluar sangat. Enough dgn hani punya bebelan, Silakan belek gambar satu-satu ya. Semoga bermanfaat.
Mesti semua pernah alami perkara sebegini kan?
Beli dekat kedai Eco je rupanya. Jimat dan mudah!
Akhirnya siap!
Semudah ABC sahaja rupanya langkah yang ditunjuk. Hijabi semua bolehlah mencuba ini di rumah. Tak perlu stress mengenai tudung kotor dah selepas ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Malu & Hina Bila Peluh Secara Berlebihan, Pereka Fesyen Ini Kongsi Tentang Hiperhidrosis!
Penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis’. Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi.
“Apa perasaan penulis jika orang akan membuat riak muka terkejut, jelik dan geli apabila bersalaman dengan anda, dan selepas itu mereka mengelap tapak tangan mereka di seluar, dan melakukannya di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina!”
Meskipun perit untuk diterima, namun jauh di sudut hati, wujud rasa redha dengan ketentuan Illahi. Taufiq Al Rahman, 29, seorang pereka fesyen dari Melaka, membuka lembaran bicara dengan menyingkap kembali saat pertama kali dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapnya, Hiperhidrosis. Apa salahnya jika berpeluh? Tidak normalkah jika berpeluh? Pasti itu persoalan yang timbul saat anda membaca tajuk ini, namun, adakah ia perkara biasa jika kadar peluh lebih banyak dan deras melampau dari normalnya? Ya! Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.
“Saya masih ingat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah, jari saya kerap tergelincir dari pensel ketika sedang menulis dan buku tulis ataupun kertas peperiksaan menjadi lembap dan basah menyebabkannya hancur dan lunyai kerana peluh yang banyak di seluruh tapak tangan. Namun, saya anggap itu normal sehinggalah saat saya di diploma, perasaan ingin tahu itu membuak-buak dan akhirnya saya membuat sedikit kajian dan bacaan sendiri daripada blog, forum, tabloid dan bertanya kepada pihak-pihak yang boleh dipercayai. Dari situ saya betul-betul mengenali penyakit Hiperhidrosis ini”.
Bertanyakan mengenai momen yang tidak boleh dilupakan sepanjang menghidap penyakit ini, Taufiq jujur mengatakan bahawa keyakinan dan motivasi dirinya turun mendadak apabila melihat orang yang berjabat tangan dengannya membuat riak muka geli dan jelik, dan mengelap tapak tangan mereka di seluar, ketika masih dihadapannya. Bagi dirinya, perlakuan itu seolah-olah menjadikan dia manusia yang hina dan jijik.
“Tahap Hiperhidrosis saya adalah berskala 7 dari 10. Peluh saya terutamanya di tangan, boleh mengalir hingga ke pergelangan tangan. Peluh di tapak kaki saya pula boleh meninggalkan kesan tapak kaki jika berjalan tanpa kasut di atas simen. Teruk bukan? Situasi ini secara tidak langsung membantutkan beberapa aktiviti harian saya. Contohnya jika bersukan, saya hanya boleh melakukan aktiviti berenang kerana saya berasa lebih selesa dan yakin. Bukan itu sahaja, malah ia turut membahayakan keselamatan diri ketika saya memandu apabila tangan saya tergelincir dari ‘steering kereta’ kerana keadaan tapak tangan saya yang semakin basah terutamanya ketika cuaca panas. Oleh kerana keadaan peluh di tapak tangan tidak boleh dikawal, saya juga mengalami kesukaran untuk mengendalikan telefon bimbit kerana ia jenis ‘touchscreen’. Mengenai peluh di tapak kaki pula, saya sering kali tergelincir di tengah jalan. Bayangkan kaki saya terkeluar daripada sandal? Sangat memalukan! Saya juga sentiasa menukar stokin kerana jika tidak, kaki saya akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”.
Tidak bernokhtah disitu sahaja, malah menurut Taufiq, sebagai seorang pereka fesyen, apa yang membimbangkan dirinya adalah apabila dia harus sentiasa berhati-hati dalam melakukan hal kerja rekaan bajunya kerana risau akan menjejaskan fabrik pelanggan yang disebabkan peluh di tapak tangannya.
“Untuk memastikan keadaan fabrik pelanggan dijaga rapi, saya melapik tangan dengan kertas dan sebagainya supaya peluh tidak akan menjejaskan fabrik pelanggan yang akan menyebabkan kekuningan. Selain itu juga, saya harus menukar segala peralatan jahitan (jenis besi) seperti jarum, jarum peniti, gunting, dan termasuklah beberapa komponen mesin jahit kerana ia menjadi berkarat selepas saya menggunakannya walaupun sementara”.
Mengenai rawatan pula, Taufiq lebih selesa tidak melakukan apa-apa rawatan kerana dia tahu, Hiperhidrosis ini tidak mengancam nyawa. Tambahan pula proses rawatan memakan belanja yang besar. Apa yang penting, dia harus sentiasa positif dan cekal menjalani hari-hari seterusnya kerana meskipun penyakit ini tidaklah merbahaya, namun jika tidak kuat dari segi mental, ia bisa membunuh keyakinan diri. Maka, diri terus hanyut ditenggelami rasa sedih dan gelora emosi.
“Sebagai seorang muslim, saya sentiasa percaya kepada kententuan Illahi. Redha. Pasti ada hikmah pada hari-hari mendatang. Syukur saya ucapkan kerana memiliki keluarga dan kenalan yang benar-benar memahami. Saya cuma berharap agar rakyat Malaysia lebih sedar dan faham tentang penyakit ini. Mereka harus sedar Hiperhidrosis bukanlah virus yang berjangkit, dan ia bukanlah merbahaya. Rakyat Malaysia juga harus peka dengan perasaan dan emosi kami supaya dapat membantu menguatkan lagi mental kami. Kepada penghidap Hiperhidrosis, ini bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”.
FAKTA MENGENAI HIPERHIDROSIS:
- Suntikan Botox, ubat-ubatan dan krim adalah rawatan bersifat sementara. Manakala kaedah pembedahan boleh menghilangkan peluh di kawasan yang bermasalah.
- Pun begitu, walaupun tempat yang bermasalah itu sudah dilakukan pembedahan, Hiperhidrosis ini boleh terjadi di kawasan lain seperti ketiak, dada, bahagian sulit dan sebagainya.
- Tahap keberkesanan rawatan tidak seratus peratus.
- Hanya 3% hingga 5% manusia sahaja yang menghidap penyakit ini.
- Hipoglisemia juga antar punca utama penyakit Hiperhidrosis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jerawat Belakang ‘Bacne’, Tidak Selesa Dan Memalukan. Atasinya Dengan Cari Ini Menurut Pakar
Isi Kandungan
ToggleJerawat belakang atau lebih dikenali sebagai ‘bacne’ adalah perkara biasa dan normal bagi individu yang memilikinya. Namun begitu sesetengah individu mungkin merasa tidak selamat dan tidak selesa. ‘Bacne’ adalah keadaan yang mengecewakan dan sering memalukan.
Jerawat jenis ini biasanya timbul apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati yang berlebihan menumpuk di pori-pori, menyebabkan kemerahan, radang dan cela – serupa dengan jerawat muka, kecuali di punggung. Ia juga boleh didorong oleh perubahan hormon, itulah sebabnya mengapa anda sering terganggu.
‘Bacne’ ini boleh muncul pada masa kehamilan dan tabiat harian seperti diet dan pilihan pakaian juga boleh memainkan peranan. Beberapa perubahan rutin harian ini dapat membantu anda menjadikan ‘bacne’ tidak muncul lagi.
Berikut adalah beberapa petua pakar mengenai cara menghilangkan ‘bacne’:
Tukar cadar
Cara yang terbaik untuk menukar helaian cadar anda sekali seminggu atau lebih. Mengubah cadar anda dengan kerap adalah bermanfaat kerana sel-sel kulit mati dan bakteria mudah terkumpul di sepanjang malam dan merengsakan kulit.
Selesaikan rutin pagi anda
Perapi, pelindung matahari terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif, semua krim badan yang boleh menyumbat liang, menyebabkan anda terkena bahagian belakang badan.
Semasa mencuci dan merapi rambut, balikkan rambut anda ke depan dan bilas ke hadapan untuk elak meninggalkan syampu dan sisa perapi di belakang badan anda dan bilas seluruh badan dengan bersih sebelum keluar dari bilik mandi.
Pada cuaca panas, lebih baik menggunakan losen daripada krim kerana kandungan minyaknya lebih sedikit dan lebih bergantung pada air untuk menghidrat kulit, jadi ia kurang menyumbat liang pori. Krim dan losen bukan komedogenik disarankan, produk ini diformulasikan secara khusus dengan bahan yang tidak akan menyumbat liang. Dan apabila tiba masanya untuk menerapkan pelindung matahari, pilih yang dilabel “ultra-ringan” atau “cepat kering”.
Fabrik pakaian yang sesuai
Jenis pakaian tertentu boleh mencetuskan masalah ini, terutama pakaian bersenam anda. Ini kerana pakaian yang ketat dapat mendorong minyak atau bakteria masuk ke dalam liang pori dan geseran dari pakaian senaman yang ketat seperti bra sukan atau legging boleh menjengkelkan folikel rambut dan menyebabkan lebam merah. Seharusnya cari pakaian khas yang untuk bersenam agar kulit dapat bernafas.
Sekiranya anda tidak dapat menukar keseluruhan almari pakaian anda, pastikan anda selalu mandi selepas berpeluh.
Pilih pembersih yang betul
Sekiranya kulit berjerawat keluar adalah berpunca dari genitik, jangan terkejut jika anda juga berkemungkinan mendapatkannya. Walaupun anda berusaha sedaya upaya untuk menjaganya. Tetapi jangan risau, ada cara untuk mengatasinya, cuba gunakan pencucian asid salisilik atau asid glikolat bebas untuk mencegah dan menyembuhkan cela. Pembersih ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi ‘bacne’ kurang menjengkelkan daripada pembersih biasa. Sekiranya ini tidak berkesan, ubat topikal atau antibiotik oral yang disyorkan pakar mungkin sesuai dengan kulit anda.
Makan makanan yang mesra kulit
Mungkin sudah waktunya untuk meningkatkan senarai pemakanan anda, buah-buahan dan sayur-sayuran dibungkus dengan pelbagai vitamin dan nutrien anti-radang lain yang sangat baik untuk kulit anda. Makan makanan yang seimbang, pertimbangkan untuk mengurangkan makanan yang boleh meningkatkan risiko berjerawat, seperti tenusu dan karbohidrat halus seperti gula dan tepung putih. Paling utama jangan lupa minum banyak air untuk kekal terhidrat juga membantu menjaga kesihatan kulit dan jerawat.
Penjagaan tambahan
Mengelupas bahagian belakang adalah lebih biasa daripada yang anda fikirkan, tetapi ini adalah salah satu kawasan yang paling rawan jerawat, jadi anda perlu memberikan perhatian sebanyak yang anda lakukan pada kulit wajah anda . Bersihkan dan pengelupaskan secara berkala untuk membantu menjaga folikel bersih dan tidak tersumbat, menjadikannya tidak mudah terkena jerawat.
Cubalah pembersih pengelupasan lembut yang membantu membersihkan, menghidrat, mengelupas dan menenangkan kulit yang meradang. Anda juga boleh mula merawat jerawat dengan alat ringan, yang boleh menjadi alternatif yang berkesan seperti rawatan tradisional dan berbincang dengan pakar dermatologi mengenai produk atau rawatan di rumah mana yang sesuai untuk anda.
Jumpa pakar kulit
Sekiranya anda telah mencuba semua perkara di atas dan masih tiada kesan perubahan, pertimbangkan untuk menjadualkan perundingan dengan pakar dermatologi. Mereka mungkin dapat memberikan nasihat yang diperibadikan untuk menjaga keadaan terkawal atau mencadangkan ubat resipi oral atau topikal yang mungkin membantu menangi masalah anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI