Selalunya solekan mata akan memerlukan bilangan ‘eyeshadow’ yang banyak. Paling kurang dua rona yang berbeza. Tetapi trend kini lebih menjurus kepada solekan mata satu rona. Ia tampak lebih ‘chic’ dan ringkas. Solekan begini lebih menawan dan menjadi ikutan lebih-lebih lagi bagi hijabi yang ‘on the go’.
Ayuh, lihat video tutorial yang mudah di bawah:
Ads
Sumber: youtube.com (Eimear McElheron)
Pastikan anda memilih ‘eyeshadow’ yang mempunyai sedikit ‘shimmer’ di dalamnya untuk menonjolkan mata anda.
Ads
Ads
Elakkan ‘eyeshadow’ yang memiliki ‘glitter’ kerana ia hanya akan nampak ‘tacky’ dan murahan.
Kadangkala terlepas satu kitaran haid bukanlah masalah bagi sesetengah kita. Tetapi jangan abaikan simptom-simptom yang memberi red flags kepada kesihatan ovari kita. Menurut pakar sakit puan dari Amerika Syarikat memberi amaran akan simpton yang tidak regular ini dan mengapa mereka tidak boleh diabaikan.
Kitaran tidak regular, darah yang kurang atau berlebihan juga boleh menjadi indikasi masalah yang lebih besar. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera bertemu pakar sakit puan.
Jika period anda tidak datang selama dua bulan atau lebih (dan anda pasti anda tidak pregnant), puncanya ada beberapa dan ianya bukanlah positif. Masalahnya termasuk hormon tidak balance, masalah thyroid, bersenam berlebihan atau berdiet berlebihan, stress atau menopausepra-matang.
Apabila anda tidak period, ia menggalakkan pertumbuhan sel abnormal yang boleh membawa kepada kanser. Jumpa pakar sakit puan dan pastikan darah anda diperiksa, levelhormon, thyroiddan juga periksa jika anda ada polycystic ovaries.
Jika anda mengalami kekejangan teruk pada rahim, ia mungkin berpunca dari endometriosis. Ia merupakan kondisi yang mana sel yang biasa tumbuh dalam uterus turut tumbuh diluar dinding uterus yang menyebabkan kesakitan yang teruk.
Simptom boleh muncul bila-bila masa dan kebanyakkan wanita yang ada endometriosisini sering mengalami senggugut sewaktu muda/anak dara.
Jika anda menyedari pendarahan tidak normal sepanjang kitaran anda, ia mungkin normal atau biasa sahaja terutama sekali jika anda mengambil pil perancang kehamilan. Tetapi sebaiknya silalah berjumpa dengan doktor pakar.
Ia juga mungkin memberi indikasi bahawa anda ada ovarian cyst, fibroidsatau sel-sel kanser.
Bagaimana yang dikatakan sebagai berlebihan? Jika anda bertukar pad setiap satu jam, itu adalah berlebihan. Pendarahan begini boleh menunjukkan masalah medikal seperti fibroids, polypsatau adenomyosis(apabila tisu endometrik tumbuh dalam otot dinding uterus) yang mengakibatkan anemia.
Kondisi ini memerlukan perhatian medikal yang segera kerana ia merupakan tanda-tanda awal myomaatau hyperplasia.
Jika sebelum anda period anda akan bertukar menjadi monster, anda berkemungkinan besar menderita premenstrual dysphoric disorderyang lebih teruk daripada premenstrual syndromeyang biasa.
Simptom ini termasuk mengidam makanan yang tidak terkawal, mood swingmelampau, depres, anxietyyang teruk, marah-marah dan juga hilang kawalan diri. Simptom ini sangat tidak bagus tetapi dengan bantuan ubat, ia boleh dikawal.
Ada sesetengah penyakit yang menjadi lebih teruk apabila anda period. Jika anda ada asma dan anda rasa sangat teruk seminggu sebelum period, ianya bukanlah kebetulan.
Ada fenomena yang dipanggil ‘premenstrual magnification’yang mana kondisi seperti diabetes, depressi atau arthritismenjadi lebih teruk semasa period. Jumpa doktor pakar mengenai jenis ubat yang anda boleh ambil sebelum kitaran bermula dan ia boleh membantu anda rasa lebih baik.
Banyak di antara kita yang suka ‘suffer in silence’ dan ia tidak selalu bagus. Jika sakit, pastikan anda bertemu doktor pakar untuk rawatan lanjut. Jika anda tidak mahu makan ubat pun, sekurang-kurangnya minta nasihat doktor bagaimana mahu mengawal masalah ini.
SUMBER: Healthylifetricks.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak kes perceraiannya dengan bekas suami selesai, rezeki Intan Liana Salleh semakin melimpah ruah. Malah wanita yang juga ibu kepada dua anak ini juga turut menjadi popular dalam sekelip mata. Ramai yang menaruh simpati padanya setelah diceraikan oleh suaminya disebabkan kehadiran orang ketiga. Selain disunting menjadi model Muslimah bagi jenama tudung AliffbySha, baru-baru ini Intan juga turut dijemput sebagai tetamu di rancangan Meletop. Namun kehadiran Intan mendapat kecaman kerana ramai mempersoalkan kehadirannya di set berkenaan.
Ternyata Intan tidak melatah dengan situasi itu sebaliknya dia menjelaskan sebelum ini dia sebenarnya menolak untuk ajakan berkenaan. Tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelawaan team Meletop.
Mengambil kesempatan muat turut status di laman instagramnya, Intan dengan rasa rendah diri memohon maaf jika ada yang tidak senang dengan kehadirannya itu.
Malah dia juga sedar dirinya bukan sesiapa, hanya seorang insan biasa yang mahu mencari rezeki dan peluang yang datang tidak akan ditolak sementelah perlu menyara kehidupan di samping dua anak yang masih kecil.
Intan juga turut berterima kasih kepada netizen yang terus mendoakan dan sentiasa menyokong pembabitannya dalam aktiviti yang dilakukannya sekarang. Dia turut mendoakan netizen bahagia dengan kehidupan masing-masing. Menurut Intan juga niatnya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
Posting ini mendapat reaksi positif dari followernya. Masing-masing memberitahu bahawa rezeki Allah itu terbuka luas untuk hamba-Nya. Masing-masing menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
@shilslovelystoreRezeki Allah terbuka luas utk awk intan..Alhamdulillah
@syaya.houseshopRezeki kita xpernah tahu. Tapi yg pasti setiap yg berlaku ada hikmah nya. Be strong intan. Awak kuat!!!
@mayatimanRezeki Allah tak pernah salah, sudah termaktub ianya milik awak intan ?. u deserved to be there. stay positive and keep strong ya!
@athiraajohari__@__iiiintan.saleh : rupa paras secantik tingkah lakunya. Be strong kak intan. Kak lawa sgt. Semoga kak terus kuat dan kuat menjalani hari2 mendatang. Insyallah rezeki akak lepas ni Allah perluaskan lagi. Semoga rezeki kak intan melimpah ruah. Dan semoga urusan kak sentiasa dipermudahkan
@hudaasein Stay positive bonda pintu rezeki terbuka tu.. Semoga dipermudah urusan bonda n anak anak
@sitiarfah85Stay humble and be strong bonda intan…
@psychoo_psychicOrang yg baik dan ternianya pasti rezeki dtg tanpa diduga.. always happy n strong ya kak.. Allah tahu isi hati Akak..
Tidak dinafikan sejak terbabit dalam bidang modeling, penampilan Intan juga sudah semakin cantik dan bijak bergaya. Jom kita lihat #OOTD Intan Liana setelah bangun dari kekecewaan.
Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.