Walaupun tidak bermekap hanya sekadar calitan di bibir juga mampu menyerlahkan penampilan seseorang. Namun bukan semua warna gincu bibir yang sesuai dipakai kerana jika salah pilihan akan menyebabkan wajah kelihatan hodoh.
Pemilihan warna gincu biarlah berpadanan dengan tona kulit. Ada beberapa rahsia untuk warna- warna gincu yang sesuai dengan semua kulit dan antaranya rona berry red.
P/s : Sekiranya anda mempunyai bibir yang tebal, gincu jenis ‘matte’ adalah yang paling sesuai. Ia akan membuat bibir anda kelihatan penuh dan menawan. Elakkan mengguna pengilat bibir kerana akan membuatkan bentuk bibir tampak besar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidap ‘Gastrik’ Punca Puasa Terganggu? 6 Langkah Mudah Ini Penyelesaianya!
Bagi mereka yang sering diserang gastrik, ia pastinya satu perkara yang sering ditakutkan ketika bulan puasa. Berpuasa sebenarnya tidak mengakibatkan gastrik yang sering diperkatakan bahawa gastrik berpunca dari perut yang kosong.
Namun, sebenarnya gastrik terjadi atas sebab lain yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Untuk menjadikan ia lebih serius di bulan Ramadan ini, team Hijabista kongsikan cara terbaik untuk mengelakkan dari diserang gastrik.
1. Tidak Berbuka Terlalu Berat.
Tatkala tiba waktu berbuka, sering kali kita lihat ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi putih, pastikan yang kuantitinya sama dengan sayur kerana karbohidrat pada nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
2. Berbuka Secara Ringan
Perut juga mempunyai sensitivitinya yang tersendiri. Mereka yang mempunyai gastrik biasanya digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah memakan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.
Artikel berkaitan: Rancang Diet Gastrik Anda Di Bulan Ramadan, Ini Makanan Yang Perlu Dimakan Dan Dielakkan
3. Elak Kafein Ketika Berbuka
Sebolehnya, elak dari mengambil kopi atau teh ketika berbuka. Ini kerana kafein yang terkandung merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.
4. Kurangkan Pengambilan Makanan Tinggi Lemak
Elak dari mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.
5. Ambil Makanan Yang Mengandungi Sulfur
Ramai yang mempercayai bahawa ketika berpuasa, perut akan lebih mudah diserang gastrik walhal ianya kurang tepat sama sekali. Ketika berpuasalah sistem penghadamaan sedang berehat. Ini bermaksud rembesan asid hidroklorik dalam perut akan berkurang. Jadi semestinya ia tidak akan menjadi masalah sakit atau senak perut. Ambil makanan seperti brokoli, kubis dan bawang putih untuk mengawal kesakitan gastrik.
6. Makan Secara Bersederhana
Jika pesakit mengadu sakit perut ketika sesudah makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaik-baiknya, makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta berhenti makan ketika sebelum kenyang.
Artikel berkaitan: Tidak Semua Sakit Perut Berpunca Dari Gastrik, Ketahui Perbezaannya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Banyak yang dapat kita lihat di medai sosial berkenaan isu menghina dan merendahkan orang lain oleh kerana imej atau rupa paras sesetengah individu. Meski pun tidak semua yang berkelakuan seperti ini, tetapi agak kesal di lihat apabila ramai yang masih ada pemikiran kolot.
Hakikatnya, manusia ini bukanlah siapa-siapa yang berhak untuk menghina sesama makhluk yang lain. Kita semua di ciptakan olehNya dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak untuk menghukum seseorang. Penghinaan yang mereka lontarkan itu pula seakan-akan menghina ciptaan Allah swt.
Terdahulu, kita pasti akan dapat melihat secara terang-terangan berlaku sama ada pada kita atau orang lain apabila datang seseorang menerpa dengan niat yang tidak baik. Mungkin pada mereka ia sekadar teguran atau sindiran mahupun gurauan yang menjadi ‘kebiasaan’ untuk mereka.
“Kau tak cukup makan ke? Kesian kurus tulang sahaja.”
“Kau ini terlebih zat, cuba kurangkan sikit, kesian aku tengok badan kau. Nanti tua-tua banyak penyakit.”
Itu adalah salah satu contoh dialog yang sering kita lihat jika seseorang itu menerpa dengan ayat-ayat yang sengaja untuk membuatkan seseorang itu terasa sedih dan sangat kecewa dengan rupa paras mereka. Perkara ini sangat di tegah dari aspek sosial mahupun agama.
Artikel berkaitan: “Kita Tak Mampu Nak Kawal, Dalam Pertandingan Kena Terima Seadanya…” – Dewi Remaja
Semua ciptaan Allah swt mempunyai kelebihan dan juga hikmahnya tersendiri, mereka tidak di ciptakan tanpa sebab. Cela yang mereka miliki itu sebenarnya hasil ciptaan Allah swt untuk mereka, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghina mereka atas sebab-sebab begitu.
Menurut firman Allah swt mengenai isu ini:-
لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْٓ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍۖ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.” (Surah At-Tin, ayat 4)
Jika kita lihat di sosial media, terlalu ramai orang yang begitu bersahaja melontarkan komen serta kata-kata yang menghina orang lain atas dasar mereka tidak mengikut beauty standard yang menjadi pilihan orang ramai. Namun, adakah itu menjadi sasaran buat ramai orang untuk melepaskan geram dan mencerca rupa paras makhluk Allah swt yang lain?
Ketika zaman Rasulullah saw juga berlakunya perkara seperti ini di mana sebahagian dari sahabat baginda mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud oleh kerana beliau memiliki betis yang kurus. Lantas, Rasulullah saw menegur perbuatan tersebut:-
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ
Maksudnya: Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud (HR Ahmad)
Ada juga situasi yang pernah terjadi pada Saidina Bilal. Seorang sahabat pernah berkata dan juga mencerca warna kulit Saidina Bilal yang hitam. Tindakan sahabat yang tidak baik ini di tegur oleh Rasulullah saw:-
إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ
Maksudnya: Sesungguhnya engkau memiliki sifat jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu) (HR al-Bukhari).
Jelas di sini kita dapat lihat meski pun kita hanya berniat untuk bergurau dengan seseorang, janganlah keterlaluan sehinggakan menghina rupa paras mereka. Ciptaan Allah swt adalah sempurna dari setiap makhluk tidak kira bagaimana kulit, bentuk, mahupun yang lain-lainnya, semua makhluk adalah unik. Ingatlah, jangan di sebabkan penghinaan kita terhadap orang lain, kelak kita akan di hina lebih teruk.
Sumber gambar: Canva
Artikel berkaitan: ‘Jangan Pernah Rasa Kita Rendah!’ -Syamira Finalis Dewi Remaja Beri Pesanan Buat Hijabi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jodoh ‘Rahsia’ Allah, Zara Zya Serah Semua Pada Takdir!
Jodoh, ketentuan hidup, ajal dan maut merupakan antara perkara-perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun persoalan yang mungkin sentiasa bermain di minda manusia adalah bilakah jodoh itu akan tiba?
Malah, persoalan sama sering diterima oleh aktress jelita, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya. Malah, seiring meningkatnya usia semakin kerap Zara dihujani persoalan tentang, bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.
Namun, Zara Zya kekal tersenyum dan menjawab pertanyaan yang diajukan dengan tenang dan bersahaja. Ketika team HIJABISTA berkesempatan menemui figura yang kecil molek ini dan bertanyakan persoalan sama, ini respon yang diberikan Zara.
Zara Zya Tak Pernah Jadikan ‘Jodoh’ Isu Besar Dalam Hidup
“Umur sekarang ni 38 tahun. Jodoh? Tiada isu langsung. Alhamdulillah.. Setakat ini Zara selesa dengan diri Zara sekarang, nak takut buat apa jika jodoh lambat? Sebab ini kehidupan kita sendiri, lebih takut kalau kita tiada duit, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan sebagainya.
“Itu lebih menakutkan, setakat ini Zara gembira dengan diri sekarang. InshaaAllah, kalau bertemu jodoh dah tentu Zara akan lebih bahagia dan tunggulah, doakan yang baik-baik untuk Zara.
Menurut Zara, jodoh bukanlah suatu yang boleh ditetapkan oleh dirinya. Bagaimanapun, dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang mendambakan untuk membina mahligai cinta bersama jejaka yang berjaya memiliki hatinya.
Artikel berkaitan: Wajah Dulu dan Kini Di Bandingkan, Zara Zya Akui Jaga Penampilan Boleh Ubah Sedikit Imej Seseorang
Justeru, Zara memohon agar para peminat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh. Zara tidak menafikan bahawa kebanyakkan peminat tertunggu-tunggu untuk melihat momen di hari bahagia dan bersejarah miliknya.
Jelas Zara lagi, dia memahami mungkin faktor usianya yang semakin meningkat dan mencecah angka 40-an juga merupakan antara punca peminat sering mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.
Rezeki Allah Bagi, Makan Banyak Tapi Berat Tak Naik
Ketika diajukan soalan, bagaimana Zara mengekalkan penampilan dan kesihatan tubuh badanya yang sentiasa kelihatan ‘maintain’, ini yang didedahkan oleh beliau.
“Macam badan Zara, masih kekal (maintain) je dari dulu. Tiada la orang kata kenapa makin kurus? Tapi orang selalu cakap maintain je Zara ni kan. Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi, makan banyak pun berat tak naik. Kalau naik pun sikit je, tak melampau.
“Nak kata selalu bersenam pun tak. Memang tidur je kalau tak shooting, kalau makan pun Zara majab banyak juga. Penampilan muka, wajah, badan, stamina dan sebagainya Zara amalkan supplement dan Zara suka makan ulam, banyakkan makan buah dan juga sayur-sayuran.
“Zara memang tiada lakukan sebarang senaman, kalau dekat televisyen jual barang-barang nak pergi gimnasium kan, Zara beli, tapi simpan dalam store. Tiada rasa nak bersenam pun. Sebab Zara tak suka penat.
“Lagi pun Zara ada sakit sendi, jadi bila penat Zara memang tak larat nak buat apa pun. Apa yang boleh Zara jaga ialah makan supplement dan makan makanan yang seimbang dan sihat,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Sudah Bertudung Labuh Di Gelar ‘Mak Cik’ Pula, Mia Ahmad Tukar Imej Kerana Allah SWT
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Zara Zya & Dailymotion Hijabista
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI