Selalunya ramai yang abaikan solekan di pagi raya muka pucat lesu kepenatan masak rendang semalam pun tak habis lagi. Jangan biarkan gambar raya anda tidak ceria walaupun anda mungkin tidak bersama seluruh ahli keluarga, tetapi kecerian itu harus ditampilkan ketika menyambut lembaran.
Suka dengan tutorial solekan Bella Park yang sentiasa ceria ini, tutorial mekap yang durasi selama 30 minit ini khas untu hijabi yang baru kenal-kenal dengan alatan solekan. Cara Bella Park buat tutorial sambil menjawab soalan memang mudah nak ikut.
Ads
Ads
Ads
Jom ikuti tutorial mekap Bella Park agar pagi hijabi terus ceria dengan solekan ringkas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tak mahu langsing kan? Pasti hijabi gigit jari! Ramping tidak hanya menarik untuk dilihat. Apa sahaja pakaian yang sesuai, pakai sahaja apa yang mahu dengan pantas. Tapi, hendak langsing amat susah, betul tak?
Jom, kenali ciri-ciri bentuk badan dan lakukan petua atau cara diet secara semula jadi berdasarkan 4 cara diet ini:
Anda yang jenis Controller, biasanya berdada sedang. Ukuran badan pendek dan kaki juga cukup tinggi. Kepala anda bulat dan lebar. Tubuh kotak atau persegi panjang. Lazimnya, anda aktif di pagi hari.
Jenis ini tidak sulit mencapai berat badan yang diidamkankan. Untuk langsing, ia harus sering makan sayur dan buah hijau, dan protein non-susu (telur, daging merah, ikan, dan kacang segar). Makanan yang boleh dimakan dalam jumlah sedang adalah buah non-hijau dan semua jenis biji-bijian. Perlu dielak adalah gula, makanan bertepung, olahan susu, dan kafein.
Makanlah sayur lebih banyak dibandingkan buah. Sarapan teratur, makan siang cukup, dan makan malam yang ringan. Kudapan snek cukup apel, mangga, dan teh herba. Lengkapi dengan aerobik agar imuniti tubuh kuat.
Hijabi Adrenal berpayudara besar, tetapi pinggul dan tubuh bahagian bawah kecil. Ia mudah naik berat badan di sekitar seluruh tubuh. Ditambah lagi lipatan lemak di punggung, dada, dan perut. Rata-rata badan anda tinggi. Lengan dan kaki proporsional dengan tangan berbentuk kotak dan jari-jari sederhana panjang. Kepala sedang, wajahnya bulat, bahu bidang meruncing ke bawah, pinggang lebar, dan pinggulnya kecil adalah ciri-ciri bentuk badan kelompok ini.
Selepas pagi hingga malam hari, hijabi adrenal cukup aktif. Mereka menyukai makanan manis, enak, dan panas juga penggemar cuaca sejuk. Keseimbangan tubuh membuat energi mereka tidak habis. Roti dan pasta gandum, beras merah, sayur, teh herbal, dan buah adalah makanan tepat untuk The Adrenal. Yang boleh dinikmati sedikit sahaja adalah ayam atau ayam belanda berkadar lemak rendah, kekacang dan kafein.
Yang perlu dibatasi adalah makanan tinggi lemak, daging merah, makanan dalaman, telur, dan kerang. Tingkatkan karbohidrat glisemia rendah. Sarapan dan makan siang dengan bahagian yang cukup, makan malam sebelum jam 7, dan snek sepotong buah. Kombinasikan aerobik, pilates, atau yoga untuk otot kencang.
Hyroid cenderung berpayudara kecil. Maklumlah, jenis ini sukar menaikkan berat badan. Kalau beratnya naik, hanya di pinggang dan pinggul atas. Lengan kaki Thyroid proporsional dengan tubuh yang memanjang. Kepala anda kecil dan tajam, diameter dada dan punggung lebar. Baiknya, Thyroid boleh makan apa saja sebelum menopause.
Pada pagi hari, tubuh Thyroid begitu aktif, karena mereka menyenangi makanan berkarbohidrat. Adakah anda punya ciri-ciri itu? Secara teratur, makan makanan berprotein dari susu, telur, daging merah, ayam, ikan, kacang-kacangan dan teh herba. Sayur dimakan dengan ukuran 5-7 bahagian sehari. Hanya dalam ukuran sedang, makanlah keseluruhan biji-bijian dan buah-buahan.
Yang harus dibatasi adalah makanan manis, kafein, gula dan makanan bertepung. Makanlah karbohidrat yang glikemianya rendah. Bahagian makan antara sarapan, makan siang, dan makan malam harus seimbang. Pilihlah snek seperti protein bar, milk shake, dan telur rebus. Cukuplah dengan angkat peralatan berat badan.
Gonadal punya ukuran dada pelbagai. Ada yang kecil, ada juga yang di atas rata. Biasanya, kenaikan berat badan mudah terjadi di punggung dan paha. Tangannya cenderung kecil dengan jari lonjong atau runcing. Ukuran kaki dan lengan rata, namun paha atas lebih besar. Bentuk kepalanya cenderung oval atau hati, serta pinggul dan bahu melebar. Siang sampai matahari terbenam, tubuh Gonadal sangat aktif.
Jika anda dalam kelompok ini, rutin makan anda harus buah, sayur, olahan susu rendah lemak, karbohidrat berglikemia rendah, ikan, ayam, kalkun, biji-bijian, kacang rebus, serta teh. Perhatikan kalau gula, kafein, dan minyak zaitun yang extra virgin harus dimakan dengan ukuran sedarhana.
Yang perlu dibatasi adalah makanan creamy serta daging merah. Utamakan bahagian ringan ketika makan disiang hari dan sarapan. Kalau ingin mengunyah, makan buah dan kacang dalam bahagian kecil. Agar keinginan mengunyah hilang, minum teh di antaraa waktu makan boleh membantu. Lakukan senaman aerobik, yoga, atau pilates.
Dari beberapa cara diet alami di atas, mana yang termasuk jenis anda? Jom, mula dipraktikkan perlahan-lahan, sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika anda biasa minum kordial, pasti akan terpandang wajah kanak-kanak yang menghiasi botol kordial jenama yang cukup dikenali ramai peminat kordial. Kini kanak-kanak yang menjadi ‘penghias’ botol kordial ini menginjak usia 22 tahun. Ketika menjadi penghias botol kordial tersebut, usianya baru lima tahun.
Walaupun poster itu sudah lama, tetapi syarikat berkenaan tetap mengekalkan wajah sebenar kanak-kanak kecil untuk tujuan promosi dan pemasaran. Pengguna juga sebenarnya lebih senang melihat senyuman ‘kanak’kanak’ ini setiap kali mahu membancuh kordial berkenaan.
Ramai yang menyangka wajah kanak-kanak ini milik Liyana Jasmay. Senyumannya saling tak tumpah persis Liyana Jasmay. Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana gambar kanak-kanak itu bukanlah Liyana sebaliknya milik Madihah Mohd Firdaus.Madihah Mohd Firdaus atau lebih mesra mesra dengan sapaan Dihah.
Pemilik sebenar wajah kanak-kanak itu sudah berubah menjadi seorang hijabi yang ayu dan menawan. Kecantikannya tetap terserlah dengan senyuman manis yang dilemparkan.
Menurut ibunya Fatimah Abdullah, dia mula membawa Madihah untuk menghadiri sesi uji bakat ketika Madihah berusia tiga tahun lagi. Akui Fatimah, dia sendiri tidak menyangka rezeki untuk menjadi penghias botol kordial jenama F&N ini berpihak kepada Madihah.
Madihah baharu sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Ampang. Gadis ini juga bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.
Sama seperti gadis lain yang seusia dengannya, Dihah juga gemar bermekap. Walau bagaimana pun untuk produk mekap, Madihah akan selektif. Mungkin kerana gadis ini memiliki kulit wajah yang agak sensitif. Madihah mengakui bahawa dia gemar belajar mekap melalui Youtube.
“Saya sukakan solekan glam. Bermain dengan warna-warna solekan seakan memberi kepuasan ketika ‘menconteng’ wajah. Warna-warna coklat menjadi pilihan saya. Ketika bersolek, saya akan lebih memberi tumpuan solekan pada bahagian mata. Untuk bahagian mata biasanya saya suka mengaplikasikan gaya solekan ‘cat eye.’
“Sebenarnya saya mula berminat dengan dunia mekap sejak masih kecil lagi. Ketika itu ibu saya mahir mekapkan pengantin. Pendek kata saya sudah mula didedahkan dengan dunia solekan sejak usia saya masih ‘hijau’ lagi. Ibu saya pun tidak kisah bila saya bermain-main dengan peralatan mekapnya,” cerita Madihah.
Untuk pilihan baju raya pula, gadis manis ini sukakan gaya fesyen yang ringkas namun tampak elegan. Sesuai dengan usianya yang muda, Dihah gemar bergaya terutama untuk ‘rakaman’ OOTD di laman Instagramnya yang kini mempunyai lebih 33,000 pengikut.
“Saya sukakan warna-warna nude, pastel, coklat dan juga merah jambu lembut. Yang pasti rekaan fesyennya serba ringkas dan tidak terlalu sarat.
“Hijab pula, saya lebih sukakan hijab daripada fabrik mix satin dan juga sifon. Kedua-dua fabrik ini menjadi pilihan saya kerana ia mudah dibentuk dan jatuh terletak ketika digayakan."
UNTUK ARTIKEL PENUH, DAPATKAN MAJALAH HIJABISTA VERSI E-MAGAZINE. MUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bantuan ini diberikan dengan tujuan meringankan beban isi rumah di samping boleh digunakan untuk membeli keperluan sara hidup. Namun ada kisah di sebalik bantuan ini.
Ikuti perkongsian Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam. Beliau banyak berkongsi tentang hal ehwal wanita dan kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah.
BAPA ZALIM GUNA BPN SENDIRI, NAFKAH ANAK TERABAI
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mana kebanyakan rakyat akan menerima bantuan tunai bagi menjalani tempoh ini di rumah. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang masih ingat tentang pengumuman PM kisah Mak Cik Kiah bukan?
Ada seorang ibu yang menanggung anaknya namun masih dalam proses perceraian di Mahkamah bertanya kepada saya, apa tindakan dia boleh lakukan dan apa hukum bagi seorang bapa yang menerima duit BPN, tapi satu sen pun tak dihulur atau diberi kepada ibu yang menjaga anaknya.
Bila ditanyakan kepada si bapa kenapa tidak beri, katanya dia nak beli keperluan dirinya dan keluarganya. Jadi, memandangkan anak tiada dengan si bapa, maka disuruhnya si ibu dan keluarga ibu yang tanggung keperluan makan minumnya.
SIAPA PERLU TANGGUNG NAFKAH ANAK SEMASA PKP?
Walaupun anak mungkin tidak berada di bawah jagaan bapa, nafkah anak masih WAJIB diberi oleh si bapa. Kalau bapa tidak boleh beri nafkah, keluarga si bapa perlu tanggungnya.
ADAKAH DUIT BPN BOLEH DIKIRA NAFKAH DAN WAJIB DIBERI KEPADA TANGGUNGAN?
Pada saya, duit BPN yang diberikan oleh kerajaan dimasukkan kepada bapa hanya sebagai PERANTARAAN memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Berbeza bagi ibu tunggal yang mungkin sudah disahkan bercerai.
Tapi bagi mereka yang belum lagi bercerai, sepatutnya duit tersebut kalau si bapa yang menerima duit BPN atau apa-apa bantuan lain semasa PKP ini mestilah memberikan sebahagian daripada duit bantuan tersebut untuk Nafkah Anak dan Isteri. Ini WAJIB.
ADAKAH BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Saya percaya jika sekiranya bapa tidak memberi sebahagian daripada duit BPN kepada tanggungannya, ia mungkin TIDAK BOLEH dituntut di Mahkamah Syariah. Hanya tunggakan nafkah sahaja boleh dituntut iaitu selepas didapati bapa culas atau gagal selepas diperintahkan Mahkamah untuk membayar nafkah melalui perintah.
JIKA TIDAK ADA PERINTAH NAFKAH ANAK?
Penjaga anak tersebut boleh menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah selepas PKP. Cuma untuk tempoh ini, apa yang boleh dibuat adalah bincang dengan baik supaya nafkah untuk anak tidak terabai kalaupun si suami enggan beri kepada isterinya.
JIKA ADA PERINTAH TAPI BAPA INGKAR?
Ibu perlu catat berapa jumlah tunggakan dan selepas PKP perlu menuntut tunggakan nafkah tersebut di Mahkamah Syariah. ia tetap dikira sebagai hutang kepada si anak. Sama ada tuntutan tersebut dibuat melalui Peguam Syarie ataupun melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
KESIMPULAN
Nafkah anak adalah tanggungjawab penuh bapa dan keluarga bapa. Memang dalam tempoh PKP ini mungkin ada yang tidak kerja, tiada pendapatan atau mungkin dibuang kerja. Tetapi harus diingat, apa-apa peruntukan dan sumbangan yang diberikan kepada ketua keluarga, perlu diagihkan kepada tanggungannya juga seperi isteri dan anak-anak.
Jangan fikir perut kita sahaja, fikirkan tentang nasib anak kita yang juga perlukan bantuan tersebut. Bapa zalim namanya tu.
Sedekah terbaik, adalah sedekah kepada Ahli Keluarga.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.