Kecantikan

Tutorial Makeup Dalam Bahasa Jawa Raih Perhatian, Kenali INI VINDY Makeup Artist Popular Di YouTube

Share

Makeup artist dari Indonesia, Ini Vindy cukup terkenal di YouTube.

Pemilik nama penuh Harfrida Vindy Agustie ini sering memuat naik pelbagai content berkaitan solekan di saluran YouTubenya.

Bermula dari solekan yang ringkas, realistik, karakter sehinggalah kepada rutin penjagaan kulit.

Gayanya yang menghiburkan dan bersahaja, ditambah pula dengan bahasa Jawa yang digunakan ketika membuat tutorial solekan membuatkan ramai yang menyukai Vindy.

Berikut 8 info menarik mengenai Ini Vindy.

Kelahiran Jawa Timur
Vindy berasal dan tinggal di Malang, Jawa Timur.

Pernah Menerima Gaji Yang Kecil


Vindy memulakan kerjayanya sebagai makeup artist dengan gaji yang agak kecil. Percayakah anda, Vindy pernah dibayar hanya dengan eyeliner dan foundation!

Pun begitu, kecintaannya terhadap dunia solekan tetap tak mematahkan semangatnya untuk terus belajar terutama tentang makeup dengan special effect dan solekan yang realistic makeup.

Aktif Di YouTube Sejak 2011
Vindy memulakan saluran YouTubenya pada September 2011. Ketika itu dia menunjukkan kemahirannya sebagai makeup artist karakter dan face painting.

Sejak itu Vindy mula meraih perhatian ramai. Dia juga sering memuat naik video tutorial solekan lain.

Hits Di YouTube
Kerana konsisten dan extra effort yang ditunjukkan, jumlah pengikutnya di YouTube makin bertambah.

Nama Vindy kini menjadi hit di YouTube dan mempunyai 1.95 juta subscribers.

Terkenal Dengan Bahasa Jawa
Berbeza dengan YouTuber solekan lain, Vindy mempunyai caranya tersendiri dalam menyampaikan content

di mana dia sering bertutur dalam bahasa Jawa dan Malang, sekaligus menjadikan video-videonya menarik untuk ditonton!

Pernah Bekerja Sebagai Pereka Grafik
Ketika aktif sebagai blogger dan vlogger kecantikan, Vindy masih bekerja di organisasi media sebagai pereka grafik.

Mahir Menghasilkan Realistic Makeup
Bukan sahaja mahir menghasilkan solekan biasa, Vindy juga hebat menghasilkan solekan yang realistik termasuk karakter dan face painting.

Idola Vindy dalam dunia solekan ialah makeup artist dari Thailand bernama Tamang Phan.

Banyak Memenangi Pertandingan Blog
Sejak 2013, Vindy aktif menyertai pertandingan blog dan sering menang antaranya ialah pertandingan blog spa Sariayu dan kandungan blog Lazada Kartini.

Kredit Foto: Instagram Inivindy

Published by
Amy Mohd