Agak menjengkelkan pagi yang indah ketika bersiap mahu ke tempat kerja mood dirosakkan gara-gara sebatang pin. Oleh kerana mahu cepat, pin yang dicucuk tercarik tudung satin yang sedang digayakan. Sudahlah baru beli dan harganya juga sangat mahal. Bayangkan tudung sutera atau satin tertetas hanya kerana pin tudung. Namun usah risau, bagi penggemar satin, boleh cuba tutorial hijab tanpa pin ini. Hasilnya tudung digayakan anda akan sentiasa kemas dan terjaga.
Ads
TAHUKAH ANDA?
Butang magnet! Anda hanya perlu sepasang butang magnet dan pinkan pada hijab tanpa perlu mencucuk hijab anda.
Ada beberapa jenama yang mencipta hijab tanpa pin, salah satunya adalah tudung Cakenis dari Hanis Zalikha. Cepat, mudah dan selamat digunakan.
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai wanita, kita perlu menjaga kesihatan tidak kira masih muda atau sudah tua. Ini kerana penyakit masa kini tidak menunggu usia jika mahu menyerang. Menurut Dr Hamid Arshat, pada zaman sekarang dalam usia 20-an juga sudah diduga dengan mengalami beberapa penyakit kronik. Justeru beliau mengingatkan agar kaum wanita sentiasa perlu peka jika ada mengalami beberapa penyakit terutama tanda kerosakan rahim.
Menurut beliau antara masalah kerosakan rahim ini adalah adenomyosis. Bagi yang mengidap adenomyosis, tanda pertama dialamai adalah masalah senggugut dan sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Manakala bagi adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain yang dialami adalah mengalami pendarahan yang banyak ataupun berpanjangan. Dan gejala lain menurut Dr Hamid Arshat adalah sukar hamil, mandul dan sering mengalami keguguran.
Masalah kerosakan rahim yang lain adalah fibroid. Sesiapa yang mengalaminya tidak akan perasan kerana tiada tanda, tiada gangguan ataupun gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan.
Walau bagaimanapun ramai mengalami masalah ini sering dikesan secara kebetulan, waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yag mengalami pendarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan kencing tau membuang najis.
Kedua-dua jenis ketumbuhan ini adalah disebabkan faktor baka. Ini bermakna, jika emaknya menghidap penyakit berkenaan, jadi anak perempuan berisiko menghidap penyakit berkenaan.
Justeru beliau mengingatkan jika ada anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan atau edaran haid tidak teratus, eloklah dibuat utrasound perut untuk mengesan masalah peranakan dan mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah dan mengawalnya.
Kita juga digalakkan untuk memupuk dan mengajar dan sematkan tabiat pemakanan yang baik sejak dari kecil lagi. Amat penting untuk mengawal dan mencegah daripada makan fast dan junk food.
Ramai ibu-ibu yang mengambil jalan mudah menghentikan tangisan anak-anak dengan memberi mereka makanan junk food ini. Ingatlah kesan buruk tabiat pemakanan ini menurut Dr Hamid Arshat akan menyebabkan kegemukan dan kelemahan immunity anak-anak hingga boleh sebabkan mereka ditimpa pelbagai jenis penyakit.
Semakin ramai kita melihat selebriti yang tampil berhijab. Terbaru adalah pelakon Ardell yang sebelum ini terkenal dengan watak tomboy. Hidayah Allah itu hadir tanpa mengira siapa dan memang beruntung bagi yang mendapatnya. Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Dalam artikel yang disirkan di Sinar Harian Online, Farra berkata cabaran ketika berhijrah tidaklah seserius ketika beliau mengambil keputusan untuk berniqab.
“Semasa saya berkeputusan untuk berniqab. Saya melalui cabaran getir kerana ramai yang tidak menggemarinya. Namun, bila saya baca beberapa buku dan mengikuti kelas, saya berasakan tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, sebenarnya adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Kalau dalam hukum wajib, niqab ini dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
“Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.” katanya.
Jelas Farra, sebab itulah beliau berasakan masyarakat perlu lebih peka dan memahami mengapa seseorang itu berniqab dan jangan terus menghukum dan melabelkan mereka memakai sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, beliau berharap agar dirinya dan juga Muslim yang lain terus diberikan petunjuk daripada ALLAH untuk terus mempelajari ilmu dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullahlah.
Jika dilihat dalam laman instagram Farra, beliau juga turut berdakwah kepada followernya secara aktif. Ada sahaja perkongsian kata-kata berunsur nasihat kepada pengikutnya.
Dalam pada Itu, Farra kini giat menggali dan menuntut Ilmu serta aktif dengan kerja-kerja dakwah. Buat masa ini dia begitu aktif dengan Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) dan pembabitannya adalah secara tanpa sengaja.
“Sekitar tahun 2014, semasa mengikuti sesi daurah tafsir al-Quran, saya dijemput oleh pengasas PQDM, Puan Rahana Ab Rahim bersama suaminya, Hj Mustapa Omar untuk bersama menjayakan misi PQDM iaitu menjadikan al-Quran untuk dibaca, faham dan amal.
“PQDM bermula dengan mewujudkan Quran Daily (QD) pada Mei 2014. Aktiviti QD diperlengkapkan lagi dengan aktiviti amal melalui Projek Infak Quran Daily (PIQD) dan aktiviti ilmu melalui Biro Ilmu Quran Daily (BIQD). Saya bermula sebagai admin grup, setelah berjaya khatam al-Quran. Saya menjadi mentor dan dalam masa yang sama turut mengendalikan BIQD, kursus jenazah dan kursus solat,” cerita ibu tiga anak ini.
Bukan itu sahaja penyanyi yang pernah bersama-sama dengan ratu Rock Ella ini juga turut terbabit dengan kumpulan Pengurusan Jenazah Muslimah (PJM) aktif mengadakan kursus jenazah yang juga dikendalikan di bawah PQDM.
Selain terbabit dengan kerja-kerja dakwah ini, Farra juga turut aktif dalam menjalankan perniagaan, Farra Apparel menerusi dalam talian. Objektif Farra Apparel adalah untuk menawarkan rangkaian busana Muslimah yang aktif, selesa dan bergaya, serta menepati syariat.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.