Gaya pemakaian hijab hari ini sangat kreatif dan kalau anda perasan, wanita berhijab bijak mengayakan hijab mereka dengan pelbagai gaya. Namun, ada wanita yang lebih selesa untuk mengayakan gaya hijab yang simple tanpa lilitan yang sukar. 

Tidak kiralah hijab bawal ataupun shawl, untuk tampil dengan lebih ringkas tetapi masih nampak stailo anda boleh cuba gaya tutorial shawl tanpa menggunakan pin ini.

Gaya 1

Langkah Pertama

IKLAN
  • Pakai shawl seperti biasa. Jangan lupa pinkan pada bahagian tepi leher.

Langkah Kedua

  • Letakkan shawl sebelah kanan kebelakang.

Langkah Ketiga

  • Manakala shawl sebelah kiri, kembangkan dan letakkan bahagian hujungnya kebelakang.

Gaya 2

IKLAN

Langkah Pertama

  • Pakai shawl seperti biasa. Jangan lupa pinkan pada bahagian tepi leher.

Langkah Kedua

IKLAN
  • Letakkan shawl sebelah kanan kebelakang.

Langkah Ketiga

  • Tarik shawl sebelah kiri dan lilitkan diatas kepala dengan kemas (kelepetkan bahagian yang kurang kemas). Kemudian letak peniti di bahagian tepi.

Langkah Keempat

  • Ambil shawl yang dibawa ke belakang tadi, letakkan terus diatas kepala ( secara loose ) Letakkan peniti supaya ianya terletak. Kemaskan mengikut keselesaan kamu.

Langkah Kelima ( option ) 

  • Anda juga boleh pinkan shawl pada bahu supaya kelihatan lebih kemas dan shawl terletak. Siap !

Selamat Mencuba !

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI