Setiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly. Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Setiap hijabi tentu mengimpikan satu almari tudung yang dipenuhi dengan warna serta corak yang berbeza. Tentu tiada lagi masalah untuk memilih tudung yang sesuai mengikut tona serta rekaan baju.
Namun dalam pelbagai warna yang ada, Hijabista paparkan 7 warna tudung yang wajib ada di dalam almari anda. Rona-rona ini boleh menjadi penyelamat saat anda bingung memikirkan warna tudung yang sesuai.
Sebut sahaja bercuti, pasti kita terbayang ombak biru Maldives ataupun ‘the city that never sleeps’ iaitu New York. Bunyinya memang best, tapi… ‘packing’ yang tak seronok kan?
Jangan risau. Kalau anda praktikkan tips ‘packing’ yang dikongsi oleh Bella Hasky ini, anda tiada masa untuk pening kepala! Buat pengetahuan semua, Bella Hasky ialah seorang hijab traveller yang berasal daripada Indonesia dan telah menjelajah 26 negara.
Tips pertama menurutnya ialah membuat checklist iaitu senarai barang yang perlu dibawa. Melalui cara ini, anda dapat merancang OOTD sepanjang tempoh percutian secara tidak langsung.
Tips kedua ialah jangan pakai hijab yang dibawa sekali sahaja. Setiap hijab yang dibawa haruslah dipakai sekurang-kurangnya dua kali sepanjang bercuti. Ini akan membantu anda menjimatkan ruang bagasi. Jangan lupa untuk memilih warna hijab yang mudah dipadankan dengan pakaian anda.
Tips seterusnya, bawa hijab yang diperbuat daripada bahan cepat kering. Sekiranya anda bercuti panjang dan perlu mencuci hijab, ia dapat dipakai lagi tanpa perlu menunggu lama.
Bella juga menasihatkan agar membawa jumlah pakaian yang separuh daripada jumlah tempoh bercuti. Contohnya, sekiranya tempoh percutian ialah 10 hari, anda hanya perlu membawa 5 helai pakaian. Untuk hari yang selebihnya, anda digalakkan untuk menerokai sisi fashionista anda melalui mix and match! Ini juga dapat menjimatkan ruang bagasi anda.
Itu sahaja perkongsian daripada Bella Hasky. Semoga tips ini bermanfaat buat semua hijabista di luar sana. Buat anda yang bakal bercuti tak lama lagi, selamat jalan dan take care! Untuk mengikuti perkembangan Bella, anda boleh follow beliau di Instagram @missturis
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang mengambil keberkatan sempena kehadiran bulan Ramadan. Ada juga yang menemui hidayah dengan melakukan penghijrahan di bulan penuh mulia ini. Aktres Fazura juga salah seorang selebritti yang bijak memgambil peluang untuk ‘berhijab’ di bulan puasa ini.
Walaupun belum sepenuhnya berhijab, tetapi penampilan Fazura mengundang rasa gembira bukan sahaja peminatnya tetapi suami beliau sendiri, Fattah Amin. Fazura kelihatan cukup santun dan cantik sekali mengenakan hijab yang dililit kemas.
Biarpun sekadar mengenakan bawal dengan lilitan ringkas, namun seri terpancar di wajahnya yang ayu itu. Malah baju yang digayakan juga turut menutup aurat.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari tuan empunya badan, namun rata-rata pengikutnya teruja dengan penampilan Fazura yang berhijab sepanjang Ramadan ini.
@qurrat29 Beautiful! May Allah gives u the strength & will to keep this up!
@afrnazhar You’ll istiqomah one day ,, keep support you.
Ada juga yangh turut menggemari gaya hijab simple yang digayakan Fazura.
@fidzahrahim77Teruskanlah bertudung fazura, luvvvv your style…
ladyvin_officialIf I ever hijab I will follow like your style of hijablista very simple not looking sarat like others
Selebriti yang pertama kali menyambut ramadan bersama suami tersayang turut menitipkan pesanan sempena kedatangan bulan penuh keberkatan ini.
“Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda. Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In shaa”
Ayuh lihat 10 penampilan berhijab Fazura sepanjang Ramadan ini.