Isi Kandungan
ToggleSetiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly.
Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Step 1:
Ambil tudung bawal dan pakai sama panjang.
Step 2:
Pin bawah dagu dan ambil tudung sebelah kiri dan bawa ke belakang.
Step 3:
Ambil tudung yang dibawa ke belakang tadi dan terus ke hadapan. Pinkan di sisi sebelah kiri dengan kemas.
Step 4:
Bawa pula tudung sebelah kanan ke kiri dan selitkan sahaja ke belakang. Boleh juga pakai dengan pelbagai gaya lain mengikut cita rasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Bukan Semua Jenis Pisang Baik Untuk Diet. Boleh Dinilai Melalui Warna Kulit
Isi Kandungan
TogglePisang adalah antara karbohidrat yang paling sihat dan sumber otot yang baik untuk menyokong kalium, folat yang mengatur mood dan triptofan dan karbohidrat yang memberi tenaga.
Tetapi di sebalik semua perkara baik mengenai pisang, ada satu cara terburuk untuk memakannya. Bukan itu buruk bagi anda, tetapi makan dengan cara itu tidak bagus untuk anda.
Setiap tahap kematangan pisang menawarkan kelebihan dan kekurangannya sendiri. Jom semak cara terburuk untuk mendapatkan pisang dan juga cara terbaik jika anda berusaha menurunkan berat badan.
Pisang yang terlalu masak (Pisang coklat) – Lebih buruk lagi untuk penurunan berat badan
Kajian mendapati bahawa pisang yang terlalu banyak yang mempunyai bintik coklat adalah yang paling teruk untuk dimakan. Apabila pisang masak, pati berfaedah mulai hancur dan ditukar menjadi gula.
Pisang bersaiz sederhana yang berlebihan mengandungi 17.4 gram gula sedangkan pisang kuning dengan ukuran yang sama hanya mengandungi 14.4 gram gula. Ini bermaksud terdapat kenaikan gula sebanyak 3 gram dari glukosa dan fruktosa pada pisang yang telah matang.
Kandungan gula meningkat kerana pati dalam pisang yang merupakan karbohidrat komplek secara semula jadi akan menjadi gula sederhana dari masa ke masa. Pisang kuning mempunyai 6.35 gram pati, yang turun menjadi 0.45 gram pisang yang terlalu masak.
Pisang yang terlalu masak juga mempunyai kurang serat. Pisang masak mempunyai serat 1.9 gram sementara pisang kuning mempunyai serat 3.1 gram, yang menjadikan pisang kuning bagus untuk pencernaan.
Menurut sebuah kajian, gula darah penderita diabetes tidak banyak meningkat ketika mereka memakan pisang yang belum matang dibandingkan ketika mereka memakan pisang yang terlalu matang. Tetapi tidak kurang pentingnya, tahap mikronutrien pisang yang terlalu matang juga menurun.
Pisang kuning- Pilihan yang baik
Pisang kuning standard mungkin menjadi pertaruhan terbaik anda. Pisang kuning masak sangat sedap dimakan. Anda mendapat semua faedah pisang apabila anda memakan pisang kuning.
Pisang hijau: Yang terbaik untuk penurunan berat badan
Pisang yang kurang masak – pisang hijau terkenal dengan kandungan gula yang lebih rendah dan pati yang lebih tahan. Pati ketahanan baik untuk pencernaan kerana ia tidak dapat dipecah oleh enzim perut dan dengan itu membuat anda kenyang lebih lama.
Anda boleh menambah pisang hijau ke dalam smoothie, menggunakan tepung pisang atau membuat subji pisang hijau.
Bercakap mengenai penurunan berat badan, pati kanji dan kandungan gula rendah pisang hijau menjadikannya pertaruhan terbaik jika anda ingin menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, mereka agak sukar untuk dimasukkan ke dalam diet harian anda, pilihan terbaik seterusnya adalah pisang kuning. Pisang yang terlalu masak lebih tinggi gula tetapi dengan memasangkannya dengan makanan rendah pencernaan seperti selai kacang, kacang-kacangan, roti gandum, gandum mereka tetap sihat berbanding roti putih sederhana.
SUMBER GAMBAR: PEXELS.COM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Percutian Terbaik Yang Wajib Anda Pergi Selepas Dibenarkan Ke Luar Negara! Simpan Duit Ya!
Tidak salah untuk memasang impian! Apa kata untuk masa ini anda simpan dahulu duit dan pelan percutian selepas keadaan negara sudah stabil dari Covid-19! Usah bersedih ya sis! Pasti kita semua akan menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini!
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda tempat-tempat menarik yang harus dilawati sekiranya berpeluang nanti! Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin, ada beberapa tempat yang boleh anda pergi bersama dengan yang tersayang! Dah sedia dengan pen dan buku nota, jom kita tengok pilihan tempat menarik yang boleh anda pergi nanti!
1. PERKHEMAHAN MENCABAR DI WADI RUM BEDOIN , JORDAN
Bagi pasangan yang ingin menikmati keindahan alam serta menikmati erti adventure yang sebenar, Wadi Rum Bedoin Camp di Jordan adalah destinasi terbaik untuk mereka merasai kelainan pada bulan madu mereka. Pemandangan bukit bakau serta hamparan padang pasir yang menarik menjadikan destinasi ini amat sesuai untuk aktiviti lasak seperti climbing dan scrambling. Selain itu , camel tours dan jeep tours juga merupakan salah satu tarikan yang disediakan kepada pasangan kekasih yang ingin melihat seluruh pemandangan dan menikmati kedamaian yang ada di sini.
2. MENEROKA HUTAN HUJAN DI VOLCANO RAINFOREST RETREAT, HAWAII
Destinasi percutian “bed & breakfast” ini amat sesuai dengan pasangan kekasih yang mahukan destinasi yang jauh dari kesibukan kota dan juga inginkan ketenangan sepanjang percutian bulan madu anda. Nature and Adventure. Itulah yang dapat digambarkan daripada destinasi percutian ini.Dikelilingi dengan pohon hijau yang segar serta bunyian air terjun yang memecah kesunyian hutan hujan di Hawaii ini , menjanjikan keselesaan pada pasangan kekasih untuk mereka meneroka alam semula jadi ini. Aktiviti hutan seperti hiking sudah pasti menjadikan percutian anda menarik. Ditemani pula dengan binatang liar yang pastinya akan menjadikan perjalanan percutian anda begitu mencabar! Di samping itu juga , ia berdekatan dengan Volcanoes National Park di mana para pengunjung boleh merasai nilai adventure itu sendiri apabila dapat meneroka di kawasan kawah gunung berapi yang aktif itu dengan menaiki kenderaan yang disediakan.
3. EKSPEDISI BELON PANAS DI THE SERENGETI
Lebih daripada 200,000 hidupan liar dari pelbagai spesis meliputi seluruh kawasan ekosistem The Serengeti. Luasnya sehingga 14,763 kilometer persegi ini menjadi tarikan utama setiap pelancong untuk datang ke sini. Bagi pasangan yang gemarkan sesuatu yang wild dan adventure, destinasi percutian ini sangat sesuai kepada mereka. Seluruh hidupan liar dapat dilihat dari setiap sudut Serengeti National Park dengan menaiki belon panas yang sudah pastinya akan memuaskan mata anda dengan pemandangan yang hebat. Selain itu , anda dapat merasai sendiri kehidupan habitat liar ini di bumi Serengeti. Segalanya live!. Sudah tentu anda akan merasai “extraordinary adventure” apabila berbulan madu di sini.
4. BERBASIKAL DI PROVENCE, FRANCE
Paris merupakan negara yang sentiasa menjadi pilihan utama pasangan kekasih untuk berbulan madu. Daripada struktur indah Eiffel Towel hingga ke Lover’s Bridge , ia cukup menggambarkan Paris sebagai kota cinta. Tetapi kali ini , Glam tampil memberi idea yang berlainan daripada kebiasaannya. Biking di tengah kota Provence, France ini sudah pasti dapat melahirkan lagi perasaan romantik pada setiap pasangan. Merasai keharmonian kawasan pendalaman yang dipenuhi dengan bangunan kampung lama, serta dihiasi dengan laluan yang dipenuhi dengan bunga lavender , pasti menyajikan mata anda dengan pemandangan yang indah dah aman. Di samping itu juga , perjalanan berbasikal sejauh 236km itu akan melewati bangunan church lama yang meninggalkan banyak sejarah silam di kawasan ini. Berbasikal di Provence , France ini pasti menjanjikan sesuatu kelainan pada percutian bulan madu anda!
5. MELUNCUR SALJI DI CURAMAN ZERMATT, SWITZERLAND
Aktiviti meluncur salji ini barangkali merupakan aktiviti yang didominasi oleh kaum lelaki. Tetapi , ia akan menjadi lebih menarik jika anda membawa pasangan anda merasai pengalaman meluncur salji bersama. Di Whales in Rututu ini, merangkumi lebih dari 5 gunung yang mempunyai ketinggian yang berlainan sebagai contoh , Klein Matterhorn gunung setinggi 3,883 m dan Monte Rosa setinggi 4,634 m. Selain itu , anda bersama pasangan dapat menikmati rasa sejuk dan melihat pemandangan luas di puncak gunung.
6. PARASAILING DI HAWAII
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti sukan air, parasail di Hawaii merupakan pilihan ideal untuk percutian honeymoon anda. Terbang di udara bersama pasangan serta merasai pemandangan indah di udara serta di laut , pasti menyajikan sesuatu yang cukup indah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Tahan Kentut Untuk Solat, Amira Othman Rujuk Ustaz Sebelum Beri Jawapan Pada Followernya
Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini kecoh mengenai penyanyi dan pelakon Amira Othman berhubung isu jawapan menahan kentut untuk solat. Jawapan diberi menimbulkan bahan kecaman dan jadi pertikaian netizen hingga menyebabkan berlakunya salah faham di situ. Namun sebenarnya menurut Amira Othman tajuk diberi portal berkenaan mengundang cerita lain. Dan ini jawapan sebenar selebriti bermata cantik berhubung isu tahan kentut.
Heading cetus cerita lain… tapi sebenarnya
Aduh aduh headline ??Ok bawak bertenang ya semua. Penuh notification ? ni lah bahaya kalau headline mencetus cerita cerita lain. Biar sy explain ye. Tk senonoh ye ckp psl kentut ? kebanyakkan fans yg tanya selain tentang make up, ada juga yg tanya ‘sy ada wudhuk tp kalau nk kentut sy susah nk jaga menyebabkan sy terus tk solat’ soalan ni sy dah refer pada ustaz @syedkadirsebelum sy share dgn awk semua.
Jangan ambil yang negatif, lelaki senang jaga wuduk tapi perempuan…
Kalau awk tak tahan kentut menyebabkan awk tk solat, maka WAJIB tahan kentut k! Headline pun kemain ni? sy mohon korg baca isinya. Jgn ambil yg negative. Kalau awk org lelaki mungkin awk lebih mudah jaga wudhuk, utk prmpuan yg kerjanya 24jam make up, sy fhm struggle nya nk ubah diri jd lebih baik. Jd ambil lah yg elok, yg tk elok tk usahlah di ambil.
Of course tahan ken tut saja2 tak bagus, tapi dari tak solat sebab tak ada wuduk…
Of course lah tahan kentut saja2 tak bagus. And ustaz kata solat dlm keadaan camtu makruh. Tapi daripada tak solat semata2 sbb wudhuk dah batal and takleh ulang wudhuk, maka baik tahan wudhuk tu.
Sy share bukan sbb sy baik, sy cuma kongsi apa yg anda tanya supaya kte sama sama boleh usaha jd yg lebih baik. Ok dah sabar semua hari jumaat ni jgn rungsing2 k ? benda kecik je jgn stress2 tau!
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AMIRA OTHMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI