Memakai hijab itu adalah wajib bagi setiap wanita. Bagi yang sudah lama memakainya tidak ada masalah untuk gayakan mengikut stail digemari. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak bertudung agak sukar memilih gaya bersesuaian, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.
Pastinya kita mahu bergaya lain dari kebiasaan. Sesuai dengan busana indah yang tersarung di badan. Jangan tak tahu hanya dengan sehelai hijab, kita boleh menggayakannya mengikut beberapa stail tertetu.
Ayuh kita lihat gaya mudah dan ringkas idea influencer popular, Hanna Faresha dengan pilihan hijab dari Butik Najjah yang sangat mudah diikuti sempena raya nanti.
Pastinya gaya yang diberikan ini membuatkan penampilan anda lebih memukau dan sangat ‘on point’ sempena lebaran ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kehebatan Biji Halba Boleh Atasi Masalah Rambut Anda, Hanya Dengan DIY Masker Ini
Anda akan kehilangan 50 hingga 100 helai rambut secara normal setiap hari. Jika anda kehilangan lebih daripada itu, ia mungkin disebabkan oleh tekanan, genetik, atau kekurangan nutrien.
Jangan risau! Masker rambut DIY ialah cara terbaik untuk membaiki rambut gugur, rosak, kelemumur, rambut kering dan sebagainya. Sama ada anda mahukan rambut berkilau atau merawat rambut gugur, biji halba ialah ramuan yang patut mendapat tempat istimewa dalam mana-mana rutin penjagaan rambut.
Hijabista kongsi cara hasilkan masker rambut biji halba yang berkesan dan mudah yang boleh membantu mengurangkan rambut gugur secara beransur-ansur.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Masker untuk pertumbuhan rambut
Biji Halba + Daun Kari
Bahan:
- 1 sudu teh biji halba
- Segenggam daun kari segar
- Yogurt – 2 sudu besar.
- Minyak kelapa – 1 sudu teh
Cara untuk membuat:
- Kisar segenggam daun kari untuk dijadikan pes.
- Campurkan yogurt, pes daun kari, biji halba dan minyak kelapa untuk membuat konsistensi yang licin.
- Sapukan pada kulit kepala, biarkan selama 20 minit dan basuh dengan bersih.
- Gunakan masker ini dua kali seminggu.
- Masker ini menyuburkan rambut, meningkatkan kekuatan dan mengurangkan rambut gugur.
2. Masker untuk kulit kepala berminyak
Biji Halba + Kacang pea
Bahan:
- 2 sudu besar tepung chickpea
- 1 sudu kecil biji halba
- Jus lemon
- air
Cara untuk membuat:
- Campurkan bahan di atas dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan buat masker rambut yang licin.
- Sapukan campuran pada akar rambut, biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk.
- Masker rambut ini membuka pori-pori dan melawan kulit kepala berminyak.
3. Masker untuk rambut kering & keriting
Biji Halba + Pisang
Bahan:
- 1 pisang masak
- 1 sudu teh serbuk fenugreek
- Minyak kelapa
Cara untuk membuat:
- Kisar pisang dan biji halba sehingga adunan menjadi konsisten.
- Tambah minyak kelapa dan sapukan topeng pada rambut dan akar.
- Simpan selama 20 minit dan basuh dengan syampu lembut.
- Ia melembapkan rambut dan mengurangkan keriting.
4. Masker untuk rambut yang nipis
Biji Halba + Minyak Vitamin E
Bahan:
- Secawan biji halba
- 1 sudu kecil minyak vitamin E
- 1 sudu kecil gel aloe vera
Cara untuk membuat:
- Rendam biji halba semalaman. Keesokan paginya kisar dengan air sehingga anda mendapat konsistensi yang licin.
- Tambah 1 sudu teh minyak vitamin E, 1 sudu teh Gel Aloevera dan sapukan masker pada kulit kepala anda.
- Biarkan selama 10 hingga 20 minit dan basuh dengan air sejuk sebelum mencuci.
- Masker yang kaya dengan protein ini menyuburkan rambut dan kulit kepala, mengurangkan keguguran rambut, dan menguatkan akar.
- Sifat anti-mikrob dalam masker mengekalkan kesihatan kulit kepala.
5. Masker untuk melebatkan rambut
Biji Halba + Air Beras
Bahan:
- 1 cawan air beras
- 1 sudu kecil serbuk halba
- minyak zaitun
- air
Cara untuk membuat:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk, tambah sedikit air, dan gaulkannya untuk membuat masker rambut yang licin.
- Sapukan campuran beras ke rambut dan kulit kepala dengan menggunakan berus.
- Biarkan masker selama 15 hingga 20 minit sebelum mencuci.
- Topeng rambut beras menanggalkan pengumpulan produk dan kotoran. Ia meningkatkan peredaran darah dan membalikkan kerosakan rambut.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kena Rotan Kalau Keluar- Zila Bakarin Share Keadaan Hari Pertama Lockdown Di India
Sehingga kini, kes kematian akibat wabak COVID-19 meningkat ke angka 21. Kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Kes kematian ke 21 ini merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki hari yang ke sembilan. Namun masih ada juga di kalangan kita yang masih berdegil, keluar rumah tanpa alasan yang menusabah.
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan. Trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, pelakon Zila Bakarin telah berkongsi rakaman video di India selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung.
Ni kat INDIA.. sehari je lockdown dah cenggini.. klu kat m’sia???… kompom byk bunyi… paham tak.. kt ni pun dah mals ddk umah.. org cam sy ni.. tak keje tak de duit… paham la rakyat MALAYSIA
Dalam video tersebut menunjukkan setiap individu yang keluar akan dihambat dengan rotan. Ia dilakukan demi memastikan perintah berkurung yang diwartakan dapat dilaksanakan dengan berjaya bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.
View this post on InstagramA post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on
Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.
“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
“(Jadi) anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, semalam.
Tan Sri Muhyiddin berkata, tempoh kuat kuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Katanya, ia akan dilanjutkan lagi jika ada keperluan dan beliau akan buat pengumuman mengenainya.
“Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah. Saya juga sudah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi.
“Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Sumber kredit: Instagram Zila Bakarin dan
Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taat Sahaja Tidak Mencukupi, Mahu Rumahtangga Bahagia Amalkan Doa Ini.
Kebahagiaan rumahtangga bukan bergantung pada keserasian atau persefahaman sahaja. Malah kadang kala kita sering diuji, ujian yang Allag bagi untuk mematangkan hubungan suami isteri.
Ketaatan pasangan memang dituntut dalam islam, setialah pada pasangan seperti mana seperti janji semasa akad. Tetapi taat sahaja tidak mencukupi Mahu bahagia dalam rumahtangga haruslah berdoa sentiasa.
Doa rumahtangga bahagia
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya”. (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)
Huraian Hadith:
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan.
Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Punca suami isteri curang
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ˜penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya.
Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Quran.com & JAKIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI