Turut Terkena Tempias, Anak Fauzi Nawawi Mohon Maaf Atas Kesilapan Bapanya

Share

Kontroversi video pendek temu bual pelakon, Fauzi Nawawi  bersama beberapa rakan artis lain termasuklah Khir Rahman dan Shuk Sahar di sebuah rancangan televisyen telah menjadi tular di media sosial hinggakan ahli keluarganya turut menerima tempiasnya.

Walaupun telah meminta maaf, namun netizen masih belum boleh melupakannya dan ada segelintir yang turut mengaitkan sama isterinya iaitu Lisdawati serta anak perempuannya, Hanna Faresha dalam hal ini.

Tidak menyebelahi sesiapa, Hanna tampil memuat naik keterangan di laman Instastory dan memohon maaf kepada semua di atas keterlanjuran kata oleh ayahnya itu.

Hanna juga mengakui dia tidak bersetuju dengan kata-kata ayahnya sewaktu temu bual tersebut dan berharap netizen berhenti mengecam dia dan keluarga yang langsung tidak terlibat dalam situasi tersebut.

Assalamualaikum, saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan. Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutamanya buat keluarga kami.

Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. 

Oleh itu, biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan. 

Buat semua, tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada saya dan ahli keluarga yang lain. Terima kasih.

Jika marah sekalipun, janganlah lemparkannya kepada yang tidak terbabit. Bertindaklah dengan matang agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.

 

Published by
Team Hijabista