Kontroversi video pendek temu bual pelakon, Fauzi Nawawi bersama beberapa rakan artis lain termasuklah Khir Rahman dan Shuk Sahar di sebuah rancangan televisyen telah menjadi tular di media sosial hinggakan ahli keluarganya turut menerima tempiasnya.
Walaupun telah meminta maaf, namun netizen masih belum boleh melupakannya dan ada segelintir yang turut mengaitkan sama isterinya iaitu Lisdawati serta anak perempuannya, Hanna Faresha dalam hal ini.
Tidak menyebelahi sesiapa, Hanna tampil memuat naik keterangan di laman Instastory dan memohon maaf kepada semua di atas keterlanjuran kata oleh ayahnya itu.
Hanna juga mengakui dia tidak bersetuju dengan kata-kata ayahnya sewaktu temu bual tersebut dan berharap netizen berhenti mengecam dia dan keluarga yang langsung tidak terlibat dalam situasi tersebut.
Assalamualaikum, saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan. Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutamanya buat keluarga kami.
Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini.
Oleh itu, biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan.
Buat semua, tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada saya dan ahli keluarga yang lain. Terima kasih.
Jika marah sekalipun, janganlah lemparkannya kepada yang tidak terbabit. Bertindaklah dengan matang agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!
Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat.
Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
Perkhimatan penghantaran makanan sudah menjadi satu keperluan dalam masyarakat hari ini kerana dengan hanya beberapa sentuhan di telefon, makanan sudah tersedia di depan pintu.
Kini boleh dikatakan hampir kesemua rangkaian restoran terkenal, malah gerai jual burger di tepi jalan turut menggunakan perkhidmatan ini dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Bertitik-tolak daripada itu, dua anak muda tempatan iaitu Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman dan selebriti, Fikry Ibrahim tampil dengan idea serupa menerusi perkhidmatan penghantaran makanan terbaharu Go Eat.
Go Eat jenama tempatan pertama Malaysia!
Khairil memberitahu Go Eat adalah jenama pertama dari Malaysia malah keseluruhan kaki tangannya juga menggunakan kemahiran rakyat negara ini.
“Seperti kita ketahui beberapa perkhidmatan serupa adalah jenama dari luar negara jadi saya terfikir mengapa tidak kita tampil dengan sebuah jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
“Alhamdulillah kita bangunkan aplikasi Go Eat sejak 2016 menggunakan pasukan pembangunan, peranti, aplikasi dan sebagainya semua rakyat Malaysia yang buat dan Insya Allah perkhidmatan kita akan telah secara rasmi bermula Januari ini,” katanya ketika sidang pelancaran.
Go Eat merupakan sebuah aplikasi digital keluaran sulung oleh syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd (1326623-X). Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang bersama 200 tetamu jemputan dari seluruh negara.
Penghantaran makanan ‘home cook’ bantu ibu tunggal
Bukan mudah memulakan hidup sebagai ibu tunggal, bagi mereka yang menjadi ibu tunggal semasa usia muda dan mak cik- makcik yang gemar masak tetapi tidak tahu saluran untuk menjualnya. Go Eat adalah hub sesuai untuk mereka memulakan perniagaan dan berkongsi rasa ‘home cook’ seperti menikamti makanan ibu sendiri.
Bercakap mengenai kelainan Go Eat berbanding perkhidmatan lain sedia ada, Fikry yang juga selaku pengasas bersama memberitahu pihaknya turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan ‘home cook’.
Fikry memberitahu, idea itu dilihat mampu berjaya memandangkan di Malaysia sendiri terdapat ribuan peniaga persendirian atau kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai produk berkualiti namun kekurangan ruang untuk mempromosikan produk keluaran mereka.
“Setiap kali saya pulang ke kampung, ada beberapa peniaga depan rumah saya masih di situ dan tidak berkembang kerana tiada platform.
“Jadi saya terfikir alangkah bagusnya jika ada satu platform yang boleh membantu peniaga-peniaga kecil ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.
“Salah satu caranya adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan kami tambahkan dalam perkhidmatan kami,” katanya.
8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar
Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia.
Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cook”. Tidak hanya terhenti di situ kata Khairil, menerusi cara itu, pihaknya dapat membuka peluang pekerjaan bukan sahaja kepada penghantar makanan tetapi peniaga-peniaga kecil ini.
“Bayangkan berapa ramai ibu tunggal atau suri rumah yang berniaga secara dalam talian atau membuka gerai boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini?
“Pada akhirnya kita berbalik kepada tujuan kami mahu menyediakan perkhidmatan ini iaitu dari rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Idea itu kata Khairil mula menampakkan hasilnya apabila sehingga kini hampir 8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar dengan mereka ketika belum dilancarkan secara rasmi, lebih 3,400 penghantar.
Bagaimanapun kata Khairil, bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjamin, pihaknya akan membuat tapisan kepada permohonan peniaga sebelum boleh berdaftar sebagai vendor dalam Go Eat.
“Alhamdulillah walaupun belum dilancarkan secara rasmi namun sambutan luar biasa daripada peniaga dan penghantar makanan yang memohon untuk berdaftar di bawah Go Eat sangat luar biasa.
“Insya Allah perancangan kami selepas ini adalah untuk membawa jenama ini ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Australia dan Vietnam.
“Jika Indonesia boleh berbangga dengan Gojek, menjadi harapan kami agar selepas ini rakyat Malaysia dapat mengagumi Go Eat,” katanya.
Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platform iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.
Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada. Terima kasih kepada pihak media khususnya dalam memberi liputan dan ruang bicara yang positif terhadap Go Eat. Produk Malaysia untuk orang Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersahaja Tegur Pelanggan, Tya Adnan Dilabel ‘Founder’ Produk Paling Humble!
Siapa tidak kenal dengan pempengaruh media sosial, Tya Adnan yang juga suri hati kepada pelakon drama Tujuh Hari Mencintaiku, Shukri Yahaya.
Baru-baru ini tular dilaman sosial video memaparkan Tya yang secara spontan menegur pelanggan yang memakai tudung jenama miliknya #SiGadisTya ketika menemui pelanggan itu di sebuah kedai makan.
Selamba Je Tya Tegur Pelanggan Pakai Tudung #SiGadisTya
@tyaadnanSayang hampa sangat-sangat. Thank you AWAK ❤️♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Video yang berdurasi 40 saat itu, memaparkan perilaku Tya yang begitu ‘humble’ dan bersahaja menegur pelanggan yang sedang menjamu selera bersama sekumpulan individu lain.
Malah, Tya juga sempat mengekspresikan riak terharu, apanila pelanggan berkenaan dengan jujur memberitahu bahawa dia sememangnya pengguna setia tudung jenama #SiGadisTya.
Menurut pelanggan itu, dia telah memiliki lima helai tudung dari jenama #SiGadisTya dalam koleksi peribadinya.
Artikel berkaitan: Netizen Rasa Nak Campak ‘Phone’ Lepas Lihat Aksi ‘Sweet’ Shukri Yahaya Dan Isteri!
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video berkenaan untuk melihat respon wargamaya terhadap video yang dipaparkan itu.
Hijabista mendapati rata-rata netizen senang dengan perilaku Tya, sehinggakan begitu ramai wargamaya memberikan komen positif serta memuji sikap ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Tya Adnan ‘Founder’ Tudung Humble, #SiGadisTya Kini Tumpuan Ramai!
Video yang dikongsikan Tya Adnan di laman Tik Tok miliknya itu, kini telah ditonton sebanyak 190.5 ribu orang dan menerima 15.5 ribu tanda suka.
Malah, warganet membanjiri hantaran tersebut dengan komen-komen positif serta memuji sikap rendah diri yang dimiliki oleh isteri Shukri Yahayaitu.
“alaaaaa nk jumpa jugakkk 😍 humble teruk founder ni… payah nk jumpa tau 😘”
“Best nya..founder yang tegur customer..🥰🥰🥰🥰”
“sweetnya tya tegur gadis².. 🤭❤”
Untuk rekod, wanita pilihan hati Shukri Yahaya ini, selain dikenali sebagai personaliti media sosial beliau juga adalah seorang usahawan yang memiliki jenama tudung sendiri.
Tudung dibawah jenama #SiGadisTya merupakan produk keluarannya itu, semakin mendapat perhatian pembeli khusunya dikalangan Hijabista!
Artikel berkaitan: Tahniah! Shukri Yahaya & Tya Adnan Umum Bakal Dapat Anak Lelaki Tak Lama Lagi
Sumber: Tik Tok Tya Adnan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Kedua Bayi Ini Akan Menjadi Daie & Daieyah…”- Doa Ainan Tasneem Buat Anak Kembarnya
Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata kembar semalam di Shah Alam, Selangor.
Bersyukur segala berjalan dengan lancar dan dapat melahirkan secara normal, Ainan berharap anak-anaknya ini bakal membesar menjadi insan yang bakal berbakti pada orang ramai di masa hadapan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm. Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.
Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse2 yg banyak membantu di Hospital Salam.
Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib 🌸
Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran ini sekaligus mendoakan yang terbaik buat Ainan dan keluarga.
Ainan telah mendirikan rumah tangga dengan Ariffudin Mohammad Swaimi, 29, pada 6 Januari 2017.
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela pada 2018 yang kini berusia dua tahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI