Kecantikan

Turun 15 KG Dalam 7 Bulan, Ini Tip Diet Dilakukan Oleh Model Muslimah Hingga Boleh Sarung Kebaya

Share

Memang ramai yang berusaha untuk menurunkan berat badan, tetapi hanya kata-kata tanpa semangat yang tinggi. Akhirnya impian untuk kurus ‘berkubur’ dan berat badan semakin naik tanpa disedari. Maklumlah untuk kurus seseorang itu tidak boleh makan, kena senaman dan sebagainya.

Namun perkongsian wanita ini cukup mudah. Masih boleh turunkan berat badan walaupun makan macam biasa dan jarang bersenam. Bagi Nur Afiqah Syaqira dia berjaya menurukan hampir 15 kg dalam masa 7 bulan sahaja.

Walaupun perkongsian diet diamalkan setahun yang lalu, tetapi berat badannya tetap maintain hingga kini. Malah penampilannya juga semakin cantik dan berseri-seri.

Bagi yang mahu tampil cantik raya ini, masih boleh mencuba kaedah dilakukan. Apa yang penting rajin, bersemangat, disiplin dan jangan sesekali give-up.

GEMUK ke KURUS? Pilihan di tangan anda

Ok cakap pasal gemuk, siapa je yang nak gemuk kan? Takde siapa rasa nya nak jadi gemuk. Semua orang nak kurus, semua nak sihat semua nak cantik. Tapi tak bermakna kurus tu takde penyakit, yang gemuk tu berpenyakit. Atau yang gemuk tu hodoh, yang kurus tu cantik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Sekurang-kurang nya kita menghindarkan diri dari menghidap apa2 penyakit seperti pepatah mengatakan “Mencegah itu lebih baik daripada merawat” atau sekadar memperbaiki dan meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) untuk berdepan khalayak ramai. 

Sebenarnya, bergantung juga pada niat dan tujuan kenapa dan untuk apa kita nak kurus tu? Sebagai contoh, jika anda menghidap sebarang penyakit yang berpunca dari obesiti, maka hendak lah anda menurunkan berat badan demi menjaga kesihatan. Nyawa takde jual kat kedai tayar Ah Seng tau. Lemak tu boleh bertambah dan berkurang takpe

Situasi lain pulak kalau korang ni jenis yang kurang atau susah nak ada keyakinan diri disebabkan faktor saiz tubuh badan yang gempal atau rasa diri tu tak yakin dan tak kurus macam orang lain. Bila keluaq rumah ja mesti ada orang komen “Asal makin kembang macam lori simen hang ni?” Nasib dia kata lori simen, kalau dia kata lori sampah? Elok hang pukul dia berjemaah Ok part ni best, sebab I salah seorang dari golongan kurang keyakinan diri ni sebenaq nya..Bahahahahaha!! 

Selalu tak rasa down bila tengok orang kurus atau cantik? Depa boleh pakai baju size XS-S. Sedangkan kita? Size XL pun pakai dah macam Michelin tayar tu. Tu belum kira design baju lawa2 kepuk2 meleret sampai rumah jiran yang lawa mostly size kecik je. Tak masal hari raya keluaq pi mall pakai baju tidur kelawar. Ingat yang gedempol ni takde hati nak melaram jugak ke? Hmmm stress nyaa! Sebenar nya bagus jugak kalau ada rasa jeles tengok orang cecantik kurus tu sebab boleh jadi pembakar semangat untuk perbaiki diri

I masa gemuk tu ada jugak rasa down sebab tengok orang lawa2 je boleh pakai apa pun. Niat nak diet bukan sekali tu terus berhasil, asyik sangkut takpun separuh jalan. Sebab apa? Sebab fikir memang tak kan jadi pun sebab aku ni kuat makan suka makan. Dok pegang lemak tepu sana sini yg tebal tu lagi lah give up rasa

Pulak tu memang minat jugak dalam bidang Modelling. Suka follow ig model2 pastu belajar cara posing semua lah kan. Tapi bila belek diri depan cermin, terus dalam kepala otak “Kau gemuk lah, mana ada orang nak amik model gemuk”. Setakat komersial kan muka boleh lah. Bermula masa jadi model make up sorang MUA ni dia kata “Dik, taknak try jadi model baju ke runway pulak ke?” I terus cakap “Tak mampu lagi lah kak sebab gemuk ni malu”. Pastu pernah join 1 event runway ni, model semua kurus hot2 belaka..boleh kira I sorang je chubby masa tu. Tiba turn I kena catwalk, emcee tu kata “satu2 nya model chubby ye hari ni” Allah..masa tu malu yakmat, 1 dataran tu dengar masa tu. Rasa nak nangis guling2 je hahaha sedih tau! Terus rasa tak nak dah masuk event runway/catwalk dah. Start dari hari tu tak silap I nekad nak kena turun kan berat jugak sebab minat nak try bidang modelling pulak. I nak bukti kan kat diri sendiri dan kat orang lain yang I pun mampu turun kan berat dan jadi yakin macam orang lain.

Secara jujur nya, I tak pernah mintak tips dari sesiapa untuk kurus. I sendiri buat research I google selain muhasabah diri hahahahahaha I bermula dari stop ambil makanan/minuman manis. Stop makan jajan makan fastfood semua. Tapi I ni hantu nasi, boleh kira mati lah kot tak dapat nasi sepanjang sesi diet tu I makan je nasi hari2. Lauk pun I bedal je semua lauk as long as ada semua nutrient yg diperlukan macam protein dan vitamin macam sayur dan buah memang amal kan masa diet.

Korang boleh cuba buat pinggan makan “Suku Suku Separuh” tu. Gais, NASI TAK SALAH ok dalam diet. Yang salah tu kalau korang terlebih makan nasi sampai 4,5 kali sehari pastu sekali makan 8 pinggan repeat hahahahaha! Kalau korang nak kurang kan Carbo, boleh je amik brown rice atau beras perang tu pun ok. Mak tak mampu nak beli beras ongkayo tu satu lagi yang paling penting I amalkan Green Tea (Ahmad Tea Jasmine) hari2 even sampai hari ni masih amal kan. Air masak kena minum at least 2 liter sehari. 

Alhamdulillah dalam 7 bulan macam tu dapat lah turun 15KG jugak dari 70KG Ke 55KG. Itu pun lambat sebab I tak exercise. Cuma jaga pemakanan 100%. Tak silap I kalau diet ni jaga makan 80% yang lagi 20% tu exercise. Senam ni boleh bantu korang fit kan balik lemak yang menggelebeh tu kalau dari gemuk-kurus selain meningkat kan stamina harian korang. 

Sekarang ni syukur sebab dah boleh maintain sikit dalam bidang modelling lepas dapat capai berat badan ideal. Paling best I dah dapat pakai Size S ok! Sebelum ni kena pakai size L kadang tu XL. Dah ada orang panggil job untuk event runway dan photoshoot sana sini. Kira berbaloi lah usaha tu kan. Orang kata, “berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian” tak gitu? 

Pesanan sis kepada semua yang tengah diet atau masih plan nak kurus tu, korang pun mampu ok! Cuma semangat je kena kental sikit. Pokok pangkal diri sendiri. Tepuk dada tanya selera, hanya kita je yang tahu apa yang kita nak. Takde orang mampu mengubah kita melainkan diri kita sendiri. Tak salah cabar diri tu ke arah yang baik dan positif. Ok lah sis gerak lu pape roger. Salam viral 70-55KG. Ehh! Sekarang naik 2kg dah. Muahahahaha! Good luck

Ini yang diamalkan oleh wanita ini yang pernah mengalami berat badan hingga 70 kg, tetapi kini beratnya hanya sekitar 58 kg.

CUT SUGAR- Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. I memang jenis jarang minum manis so takde masalah untuk stop ambil gula. Kalau korang yg suka minum manis ni jangan terus stop, tapi kurang kan dulu. Kalau rasa nak minum manis tu korang kunyah je gegula Mentos atau chewing gum (sugar free) 

KURANG KAN PORTION NASI- Dulu I makan 2/3 pinggan ok hahahahaha! Pastu I cuba kurang kan sepinggan dan sekarang setengah pinggan je. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa. Pastu lauk lebih kan sayur, dada ayam, ikan. Kalau lapar petang tu korang makan lah buah ke kekacang ke huhuh. Malam I tak makan, kalau lapar I minum green tea pastu tidur je jangan layan kan perut sangat hahahah. Kalau korang lapar malam, makan lah buah ke telur rebus ke salad ke. Tapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari2 makan kena ON TIME ok!

GREEN TEA (NO SUGAR)- Korang boleh try Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad tu kat 99 SpeedMart senang jumpa. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. I minum semasa makan sebab green tea ni dia boleh menghalang penyerapan lemak (sumber google). Korang boleh search kat google sendiri kebaikan Green Tea untuk kurus. Green Tea ni dia meningkatkan kadar Metabolisme badan. Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA ok! Ni bukan teh kedai mamak hahahaha.

NO SUPPLEMENT- I tak pernah makan apa2 supplement kurus! Jangan tanya pasal supplement ok! Tolong jangan percaya mana2 ubat kurus lentik mantap ke apa ke hahahahahahaha. Sila sayangi buah pinggang anda. Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI kena ada ok. Letak lah wallpaper model ramping lelawa ke jadi kan pembakar semangat korang. Nak letak gambar I pun okay je. Ehh! Bahahahahahahahaha #gurauje 

EXERCISE- I jarang exercise sebab takde masa hahahah tapi time kerja I suka lari2 kejar customer lah kejar anak customer lah ? pastu kena panjat sana panjat sini angkat kotak so kira ada jugak lah pergerakan tu wakakakaka! Kalau korang ada masa tu buat lah work out ringat2 pun takpe asalkan berpeluh. Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2/3 bulan dah boleh turun 10-15kg.

AIR MINERAL 2/3 LITER SEHARI- Wajib ok! Taktau nak explain kebaikan air putih ni hahaha. Btw, air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun takde hal. I tak pakai apa2 skincare pun dah setahun lebih for those yg tanya tu. Cuma rajin2 kan diri minum air putih ya. Start dari sekarang belajar bawak air putih pergi mana2 atau beli lah kalau lupa nak bawak 

Akhir kata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hahahaha Good luck semua! 

Published by
Siti Zurina