Memang ramai yang berusaha untuk menurunkan berat badan, tetapi hanya kata-kata tanpa semangat yang tinggi. Akhirnya impian untuk kurus ‘berkubur’ dan berat badan semakin naik tanpa disedari. Maklumlah untuk kurus seseorang itu tidak boleh makan, kena senaman dan sebagainya.
Namun perkongsian wanita ini cukup mudah. Masih boleh turunkan berat badan walaupun makan macam biasa dan jarang bersenam. Bagi Nur Afiqah Syaqira dia berjaya menurukan hampir 15 kg dalam masa 7 bulan sahaja.
Walaupun perkongsian diet diamalkan setahun yang lalu, tetapi berat badannya tetap maintain hingga kini. Malah penampilannya juga semakin cantik dan berseri-seri.
Bagi yang mahu tampil cantik raya ini, masih boleh mencuba kaedah dilakukan. Apa yang penting rajin, bersemangat, disiplin dan jangan sesekali give-up.
GEMUK ke KURUS? Pilihan di tangan anda
Ok cakap pasal gemuk, siapa je yang nak gemuk kan? Takde siapa rasa nya nak jadi gemuk. Semua orang nak kurus, semua nak sihat semua nak cantik. Tapi tak bermakna kurus tu takde penyakit, yang gemuk tu berpenyakit. Atau yang gemuk tu hodoh, yang kurus tu cantik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Sekurang-kurang nya kita menghindarkan diri dari menghidap apa2 penyakit seperti pepatah mengatakan “Mencegah itu lebih baik daripada merawat” atau sekadar memperbaiki dan meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) untuk berdepan khalayak ramai.
Sebenarnya, bergantung juga pada niat dan tujuan kenapa dan untuk apa kita nak kurus tu? Sebagai contoh, jika anda menghidap sebarang penyakit yang berpunca dari obesiti, maka hendak lah anda menurunkan berat badan demi menjaga kesihatan. Nyawa takde jual kat kedai tayar Ah Seng tau. Lemak tu boleh bertambah dan berkurang takpe
Situasi lain pulak kalau korang ni jenis yang kurang atau susah nak ada keyakinan diri disebabkan faktor saiz tubuh badan yang gempal atau rasa diri tu tak yakin dan tak kurus macam orang lain. Bila keluaq rumah ja mesti ada orang komen “Asal makin kembang macam lori simen hang ni?” Nasib dia kata lori simen, kalau dia kata lori sampah? Elok hang pukul dia berjemaah Ok part ni best, sebab I salah seorang dari golongan kurang keyakinan diri ni sebenaq nya..Bahahahahaha!!
Ads
Selalu tak rasa down bila tengok orang kurus atau cantik? Depa boleh pakai baju size XS-S. Sedangkan kita? Size XL pun pakai dah macam Michelin tayar tu. Tu belum kira design baju lawa2 kepuk2 meleret sampai rumah jiran yang lawa mostly size kecik je. Tak masal hari raya keluaq pi mall pakai baju tidur kelawar. Ingat yang gedempol ni takde hati nak melaram jugak ke? Hmmm stress nyaa! Sebenar nya bagus jugak kalau ada rasa jeles tengok orang cecantik kurus tu sebab boleh jadi pembakar semangat untuk perbaiki diri
I masa gemuk tu ada jugak rasa down sebab tengok orang lawa2 je boleh pakai apa pun. Niat nak diet bukan sekali tu terus berhasil, asyik sangkut takpun separuh jalan. Sebab apa? Sebab fikir memang tak kan jadi pun sebab aku ni kuat makan suka makan. Dok pegang lemak tepu sana sini yg tebal tu lagi lah give up rasa
Pulak tu memang minat jugak dalam bidang Modelling. Suka follow ig model2 pastu belajar cara posing semua lah kan. Tapi bila belek diri depan cermin, terus dalam kepala otak “Kau gemuk lah, mana ada orang nak amik model gemuk”. Setakat komersial kan muka boleh lah. Bermula masa jadi model make up sorang MUA ni dia kata “Dik, taknak try jadi model baju ke runway pulak ke?” I terus cakap “Tak mampu lagi lah kak sebab gemuk ni malu”. Pastu pernah join 1 event runway ni, model semua kurus hot2 belaka..boleh kira I sorang je chubby masa tu. Tiba turn I kena catwalk, emcee tu kata “satu2 nya model chubby ye hari ni” Allah..masa tu malu yakmat, 1 dataran tu dengar masa tu. Rasa nak nangis guling2 je hahaha sedih tau! Terus rasa tak nak dah masuk event runway/catwalk dah. Start dari hari tu tak silap I nekad nak kena turun kan berat jugak sebab minat nak try bidang modelling pulak. I nak bukti kan kat diri sendiri dan kat orang lain yang I pun mampu turun kan berat dan jadi yakin macam orang lain.
Secara jujur nya, I tak pernah mintak tips dari sesiapa untuk kurus. I sendiri buat research I google selain muhasabah diri hahahahahaha I bermula dari stop ambil makanan/minuman manis. Stop makan jajan makan fastfood semua. Tapi I ni hantu nasi, boleh kira mati lah kot tak dapat nasi sepanjang sesi diet tu I makan je nasi hari2. Lauk pun I bedal je semua lauk as long as ada semua nutrient yg diperlukan macam protein dan vitamin macam sayur dan buah memang amal kan masa diet.
Korang boleh cuba buat pinggan makan “Suku Suku Separuh” tu. Gais, NASI TAK SALAH ok dalam diet. Yang salah tu kalau korang terlebih makan nasi sampai 4,5 kali sehari pastu sekali makan 8 pinggan repeat hahahahaha! Kalau korang nak kurang kan Carbo, boleh je amik brown rice atau beras perang tu pun ok. Mak tak mampu nak beli beras ongkayo tu satu lagi yang paling penting I amalkan Green Tea (Ahmad Tea Jasmine) hari2 even sampai hari ni masih amal kan. Air masak kena minum at least 2 liter sehari.
Alhamdulillah dalam 7 bulan macam tu dapat lah turun 15KG jugak dari 70KG Ke 55KG. Itu pun lambat sebab I tak exercise. Cuma jaga pemakanan 100%. Tak silap I kalau diet ni jaga makan 80% yang lagi 20% tu exercise. Senam ni boleh bantu korang fit kan balik lemak yang menggelebeh tu kalau dari gemuk-kurus selain meningkat kan stamina harian korang.
Ads
Sekarang ni syukur sebab dah boleh maintain sikit dalam bidang modelling lepas dapat capai berat badan ideal. Paling best I dah dapat pakai Size S ok! Sebelum ni kena pakai size L kadang tu XL. Dah ada orang panggil job untuk event runway dan photoshoot sana sini. Kira berbaloi lah usaha tu kan. Orang kata, “berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian” tak gitu?
Pesanan sis kepada semua yang tengah diet atau masih plan nak kurus tu, korang pun mampu ok! Cuma semangat je kena kental sikit. Pokok pangkal diri sendiri. Tepuk dada tanya selera, hanya kita je yang tahu apa yang kita nak. Takde orang mampu mengubah kita melainkan diri kita sendiri. Tak salah cabar diri tu ke arah yang baik dan positif. Ok lah sis gerak lu pape roger. Salam viral 70-55KG. Ehh! Sekarang naik 2kg dah. Muahahahaha! Good luck
Ini yang diamalkan oleh wanita ini yang pernah mengalami berat badan hingga 70 kg, tetapi kini beratnya hanya sekitar 58 kg.
CUT SUGAR- Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. I memang jenis jarang minum manis so takde masalah untuk stop ambil gula. Kalau korang yg suka minum manis ni jangan terus stop, tapi kurang kan dulu. Kalau rasa nak minum manis tu korang kunyah je gegula Mentos atau chewing gum (sugar free)
Ads
KURANG KAN PORTION NASI- Dulu I makan 2/3 pinggan ok hahahahaha! Pastu I cuba kurang kan sepinggan dan sekarang setengah pinggan je. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa. Pastu lauk lebih kan sayur, dada ayam, ikan. Kalau lapar petang tu korang makan lah buah ke kekacang ke huhuh. Malam I tak makan, kalau lapar I minum green tea pastu tidur je jangan layan kan perut sangat hahahah. Kalau korang lapar malam, makan lah buah ke telur rebus ke salad ke. Tapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari2 makan kena ON TIME ok!
GREEN TEA (NO SUGAR)- Korang boleh try Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad tu kat 99 SpeedMart senang jumpa. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. I minum semasa makan sebab green tea ni dia boleh menghalang penyerapan lemak (sumber google). Korang boleh search kat google sendiri kebaikan Green Tea untuk kurus. Green Tea ni dia meningkatkan kadar Metabolisme badan. Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA ok! Ni bukan teh kedai mamak hahahaha.
NO SUPPLEMENT- I tak pernah makan apa2 supplement kurus! Jangan tanya pasal supplement ok! Tolong jangan percaya mana2 ubat kurus lentik mantap ke apa ke hahahahahahaha. Sila sayangi buah pinggang anda. Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI kena ada ok. Letak lah wallpaper model ramping lelawa ke jadi kan pembakar semangat korang. Nak letak gambar I pun okay je. Ehh! Bahahahahahahahaha #gurauje
EXERCISE- I jarang exercise sebab takde masa hahahah tapi time kerja I suka lari2 kejar customer lah kejar anak customer lah ? pastu kena panjat sana panjat sini angkat kotak so kira ada jugak lah pergerakan tu wakakakaka! Kalau korang ada masa tu buat lah work out ringat2 pun takpe asalkan berpeluh. Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2/3 bulan dah boleh turun 10-15kg.
AIR MINERAL 2/3 LITER SEHARI- Wajib ok! Taktau nak explain kebaikan air putih ni hahaha. Btw, air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun takde hal. I tak pakai apa2 skincare pun dah setahun lebih for those yg tanya tu. Cuma rajin2 kan diri minum air putih ya. Start dari sekarang belajar bawak air putih pergi mana2 atau beli lah kalau lupa nak bawak
Akhir kata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hahahaha Good luck semua!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kecil-kecil cili padi! Itulah ungkapan yang sesuai buat adik Saidatul Zakirah,11. Minat sukan permotoran sejak dari kecil lagi telah mendorongnya untuk menceburi seterusnya aktif dalam sukan tersebut.
Menurut gadis kecil molek yang menetap di Qatar ini, dia sememangnya menggemari aktiviti sukan lasak. Sebaik sahaja Qatar Motor Sports Academy ditubuhkan pada tahun lepas, ibu bapanya terus mendaftarkannya di bawah akademi tersebut.
Sebelum ini, dia yang mesra disapa Zakirah ini telah menyertai QMMF Children Academy kerana minatnya yang mendalam sejak usia 5 tahun lagi. Ujarnya, seluruh ahli keluarganya juga berkongsi minat yang sama terhadap sukan lasak dan permotoran.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya Zakirah juga merupakan pemainn bola sepak mewakili sekolahnya. Selain itu, gadis kelahiran Brunei ini turut meminati bidang lakonan dan juga peragaan. Dia juga pernah ke Amerika Syarikat pada Disember tahun lalu bagi menyertai ujibakat di sana. Wah, memang serba boleh ya adik Zakirah ini!
Ujar Zakirah, menjadi rider Malaysia yang berjaya merupakan impiannya suatu hari nanti.
“Zakirah mahu jadi seperti Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin yang mewakili Malaysia di MotoGP. Di samping itu, Zakirah juga mahu menadi seorang pemain violin yang professional.
Bagi mencapai cita-cita tersebut, Zakirah kena belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam pelajaran. Jika tidak, Zakirah pasti tidak dibenarkan mengikuti latihan permotoran lagi,” jelasnya.
Teruja Hijabista mendengar kisah adik Zakirah ini. Menarik sekali apabila melihat kaum Hawa menyertai sukan sebegini dan tidak menjadikan hijab sebagai halangan untuk dia terus mara dalam bidang yang diceburinya. Buat adik Zakirah, moga terus maju ke hadapan dan dapat harumkan nama Malaysia suatu hari nanti. You go girl!
Apabila anda merasa gelisah atau ‘anxiety attack’, pasti sukar untuk melalui pekara ini apabila serangan tersebut datang secara tiba-tiba. Kadang-kadang tidak tentu hala dibuatnya. Ada yang merasakan sesak nafas. Tahukah anda, ada beberapa yang anda boleh lakukan tau untuk mengurangkan rasa serangan ini!
Melalui artikel hellodoktor! mengenai ‘anxiety attack’ ini, ia merupakan sekumpulan penyakit yang menyebabkan reaksi kegelisahan seseorang atau keresahan yang sangat melampau. Ia merupakan penyakit mental yang mampu mengganggu aktiviti harian penghidap penyakit ini.
Jadi, ada ke cara untuk menyelesaikan masalah ini? Jawapannya ya ada. Menurut Puan Wawa Shauqi yang merupakan penghidap penyakit anxiety ini berpendapat bahawa terdapat beberapa cara untuk anda lakukan bagi mengawal diri ketika diserang. Ia juga perkongsian untuk semua apabila terasa anxiety attack.
Perkara yang anda boleh lakukan sekiranya anxiety attack menyerang!
Ada sesetengah orang tidak perasan sekiranya mereka mengalami anxiety attack. Akan tetapi ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghalang diri atau mengurangkan rasa resah tersebut sekiranya berlaku.
Menurut gambar di atas, pemikiran yang positif akan membuatkan anda tidak memikirkan buruk sesetengah perkara itu dan boleh membuatkan anda kurang drama terhadap perkara tersebut. Anda merupakan sumber utama yang memilih untuk berada di mana. Sama ada positif atau negatif. Kebanyakan orang yang mendapat anxiety attack akan menyebabkan diri mereka sukar untuk bernafas. Sampai tidak boleh berkata apa dan terus ke hospital.
Jadi ini merupakan cara yang anda boleh lakukan sewaktu menghadapi anxiety attack. Kawal apa yang mampu seperti:
1. Jauhi diri daripada sosial media
Terlampau banyak informasi tentang sesuatu perkara itu akan membuatkan seseorang itu memikirkan ia sampai tidak kawal. Sebagai contoh, anda tidak berada dalam situasi yang buruk pun. Akan tetapi anda membaca tentang orang lain dan mendalami, berfikir sampai tidak tentu arah dan overthink ke arah keburukan! Jadi jauhi diri sementara jika anda rasa sedemikian. Ianya akan membantu sedikit. InsyaAllah!
2. Pilih bahan bacaan dan tontonan yang positif!
Jika anda merupakan seseorang yang cepat trigger, elak untuk menonton atau membaca perkara yang rumit seperti cerita bunuh-bunuh, cerita hantu, gosip dan berita tragedi! Gantikan dengan baca dan tonton kisah-kisah yang positif, inspiring dan menaikkan mood anda serta yang sedap untuk dilayani.
Salah satu cara untuk mengurangkan perasaan seperti ini adalah berbalik pada agama. Ini bukanlah untuk mengatakan kekurangan anda terhadap bacaan Al-quran atau sebagainya akan tetapi setiap kali kita mengamalkan semua ini pasti hati akan jadi lebih tenang. Walau dalam keadaan macam mana sekali pun. Selain itu, belajarlah untuk merintih dan merayu susah pada Allah. Keran Allah maha membantu dan memberi petunjuk. Allah juga mendengar akan doa dan keluhan anda.
4. Hentikan mental noise yang meleret
Mental noise terjadi apabila anda meleret berfikir tentang sesuatu perkara. Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba menarik nafas panjang beberapa kali kemudian istighfar, taawuz dan mula membuat mindfullness ya.
Selain itu anda juga boleh cuba untuk pejam mata dan cuba untuk recognize bau yang sampai ke hidung dan telinga recognize bunyi yang didengar. Tangan pula cuba cari texture yang boleh disentuh-rasa.
5. Latih diri untuk latihan pernafasan
Berlatih untuk latihan pernafasan yang dalam. Menurut puan Wawa, deep breathing dapat stabilkan ritma jantung anda tau! Apabila jantung anda stabil, hormon stress anda akan menurun dan otot pun relaks. Jadi perlahan-lahan akan kurang stres.
6. Berinteraksi dengan alam semula jadi
Tidak perlu menggunakan sebarang duit. Anda hanya meenghubungkan diri dengan alam semula jadi sahaja. Pastikan anda mendedahkan diri dengan cahaya matahari yang dapat membantu mengeluarkan serotonin.
Selain itu anda juga boleh cuba membuka kasut dan pijak tanah rumput. Pijak pasir sungai atau laut pun boleh! Neutralkan caj di dalam badan anda!
7. Nikmati waktu yang sedang dilalui, jangan terlalu jauh fikir masa hadapan
Anda digalakkan untuk menikmati waktu sekarang dan kurang fikir masa depan yang belum terjadi. Plan hari anda dan cari cara untuk mengekalkan momen hari ini lebih baik dari semalam.
8. Gembirakan orang lain!
Anda tahu tak kalau anda mengembirakan seseorang itu akan secara automatik buat anda gembira. Sebagai contoh, anda menolong pasangan, belanja adik, beri hadiah pada orang tersayang, apa sahaja yang boleh membuatkan mereka tersenyum pasti anda akan tenang hati dan gembira juga tau.
9. Mula semula hobi yang pernah ditinggalkan
Hobi dapat membuatkan anda lupa tentang perkara yang buruk anda fikirkan. Mulakan semula hobi jika anda sudah meninggalkan ia. Sebagai contoh, jika anda suka main gitar, mula semula. Jika anda suka melukis, keluarkan semula barang melukis. Ikut kepada hobi anda dan ini adalah masa untuk mula semula.
10. Bersangka baik pada diri sendiri
Tidak salah untuk menyayangi diri anda sendiri dan menjaganya dengan baik. Cakap baik-baik tentang diri sendiri. Jangan kondem atau buli diri anda dengan kata-kata kesat dan kasar. Ucaplah terima kasih pada diri sendiri. Ianya bermula pada diri anda.
11. Bersiap cantik-cantik!
Bersiap cantik-cantik akan membuatkan anda lebih semangat terutama sekali waktu selepas bersedih. Jangan biarkan tenaga anda berkurang. Cuba baju cantik dan mekap cantik-cantik agar lebih konfiden.
12. Berjumpa pakar & mendapatkan pertolongan
Jika anda rasa tidak terkawal masalah keresahan atau anxiety attack ini, anda boleh memberi peluang diri anda untuk diubati. Ini kerana sakit mental sama sahaja seperti sakit jantung, sakit di perut dan sakit di buah pinggang. Ini bermaksud ia boleh menjadi teruk dan berlaku secara tiba-tiba.
Perlu diingatkan, mental yang tidak sihat bukanlah disebabkan tak kuat iman. Mental anda layak mendapatkan rawatan yang sebaiknya tau!
Akhir kata, momen yang paling penting adalah momen yang sedang berlaku. Jangan biarkan berlalu dengan membuatkan diri kita merasa tiada bantuan. Kadang-kadang kekacauan minda itu bantu seseorang untuk menjadi lebih matang. Jangan biarkan pemikiran negatif itu memakan diri dan membuatkan anda anxiety attack. Anda yang bantu diri sendiri.
Jerawat sering membuat seseorang berasa sangat tidak menarik, sehingga rasa mungkin kurang keyakinan diri walaupun untuk melihat orang lain di mata. Individu sebegini mungkin berasa terlalu malu untuk berkawan dengan berlainan jantina.
Mujur ada perkongsian Kak Lina, hijabi ini syorkan rangkaian produk yang boleh kurangkan ‘breakout’ dan juga untuk kurangkan parut, tapi ingat yerr produk produk ni tak semuanya sesuai untuk setiap orang. Kulit kita kan berbeza.
Tapi produk ni sesuai untuk Kak Lina. Kadang penat nak mencuba setiap kali orang ‘suggest’ kan, tapi tak salah berikhtiar. Semua produk ni boleh cari dekat farmasi, watson, sephora. Kalau ubat jerawat yang ada antibiotik, seeloknya rujuk lah dulu pada yang pakar.
Kak Lina punya kulit agak kering, jangan ingat kulit jenis ‘oily’ jer yang mudah dilanda jerawat. Breakout ni tak semestinya akibat salah pakai produk kosmetik jer, banyak lagi sebab-sebab lain.
Korang yang tengah breakout, boleh cuba produk yang Kak Lina sarankan. Kesan takkan dapat terlalu cepat terutama bab parut memang ambik masa yang agak lama. Kena sabar banyak banyak dan konsisten pakai.
“Takde hari ni korang pakai, esok zass bertukar jadi snow white, tak ada okay. Tu semua khayalan semata mata.”
“Alhamdulillah, bila Kak Lina dah cuba produk kat bawah,, Kak Lina punya skin is getting much more better. Tapi masalah parut ni memang tak boleh buat apa, susah giler nak bagi kurang tapi atleast dah pudar.” So apa yang Kak Lina cuba beli dan pakai?
Korang boleh refer produk kat bawah nie..
Pencuci Muka
Cetaphill Oily Skin Cleanser
Minyak terkawal. Pembersih yang berkesan untuk kulit berminyak, kombinasi atau berjerawat, Cetaphil Oily Skin Cleanser menanggalkan minyak, kotoran, kekotoran dan solekan dengan lembut tanpa menjejaskan penghalang kulit.
Az Clear Action
Formula dwi tindakan menyerang jerawat dengan melawan bakteria dan membuka sekatan saluran minyak. Losen bertindak mengurangkan kemerahan dan mengeringkan jerawat. Mengandungi 20% Asid Azelaic.
Aiken Tea Tree Oil Cleanser
Mengandungi Minyak Pokok Teh (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit daripada jerawat secara semulajadi. Diperkaya dengan Vitamin C dengan tiga fungsi termasuk pemutihan, antioksidan, dan perlindungan UV. Membersih secara mendalam pori-pori tersumbat tanpa meninggalkan kulit kering dan tegang. Dirumus khas untuk menyasarkan kulit yang berjerawat dan menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kilauan dan menghaluskan pori-pori
Pekatan kuat calamine, asid salisilik dan bahan bertindak pantas yang akan menyembuhkan dan mengeringkan jerawat dengan hanya satu titisan. Formulasi yang cepat kering, menyasarkan jerawat ini lembut, tidak merengsakan dan mendapat hasil yang boleh dilihat dalam sekelip mata, menjadikannya mesti ada dalam rejimen penjagaan kulit setiap orang.
Topicil adalah penyelesaian topikal untuk masalah jerawat seperti jerawat kulat dan jerawat. Produk ini agak kuat, elakkan untuk digunakan pada kulit yang tidak berjerawat. Jika kulit anda menjadi lebih teruk, hentikan segera dan rujuk kepada doktor untuk sebarang nasihat.
Membantu mengurangkan parut dengan ketara. Mederma ialah rawatan parut terkemuka – terbukti secara klinikal dan disyorkan oleh pakar perubatan dan ahli farmasi. Formula gel proaktif menggalakkan proses penyembuhan kulit, mengurangkan kemerahan dengan berkesan dan menjadikan parut lebih lembut, licin dan lebih anjal.
Dermatix Advanced Scar Formula
Formula parut lanjutan yang terbukti berkesan dalam pengurusan parut untuk mencerahkan, melembutkan dan meratakan Parut. Ia mempunyai teknologi CX5 yang inovatif untuk kesan yang lebih baik dalam meratakan dan melembutkan parut dengan formula pengeringan cepat. Meninggalkan rasa lembut bak sutera!
Moisturiser
Cetaphill Moisturizing Lotion
Dirumus dengan Minyak Avocado untuk memulihkan dan menghidrat kulit kering atau sensitif. Losen yang ringan dan cepat menyerap dirumus khas dengan formula baharu dan dipertingkat yang mengandungi campuran Niacinamide, Panthenol, dan Hydrating Glycerin yang disokong oleh pakar dermatologi untuk membantu meningkatkan daya tahan kulit sensitif.
Bila pakai produk merawat breakout dan jugak parut, biasanya kulit akan mudah kering. Apa yang perlu, anda guna pelembap kulit untuk bagi kulit kembali lembap.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Lina Shaari
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...