
Pernah tular dua bulan lepas mengenai pasangan suami isteri yang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10 dengan memakai lengkap baju pengantin bersama anak-anak mereka. Namun, pada minggu lalu, si suami telah memuat naik status di facebook mengatakan isterinya yang merupakan pesakit barah tahap 4 itu telah meninggal dunia.

Mesej menyentuh hati yang dimuat naik oleh suaminya di facebook Carlose Azizol.
Assalamualaikum..
Akhirnya kau pergi jua……..
Terima kasih pada semua yg telah mendoakan arwah isteri saya. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dapat menabur bakti saya terhadap arwah isteri.. 1 tahun 6 bulan arwah menderita kanser.1 tahun 6 bulan juga saya bejuang utk dirimu..alhamdullilah dpt kami lalui bersama tanpa rasa gentar… Semoga arwah isteri ditempatkan dikalangan syuhada. Senyuman terakhir itu tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.. Semoga saya dpt bersatu kembali bersama arwah isteri saya..Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu.
Terima kasih pada mak ayah.mak mertua dan pak mertua.adik beradik.ipar duai.sepupu2 dan makcik2 yg tidak putus2 datang ke rumah dan membantu meringankan bebanan yg saya tanggung.
Terima kasih jugak pada kawan2 isteri dan kawan2 saya yang tidak jemu dtg melawat dan memberi kata kata semangat agar sy kuat menghadapi hari mendatang..terima kasih pada ribuan org yg hadir melawat isteri saya
Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku.. Insyallah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak2 kita yang. Tunggu saya dipintu syurga yang…
Pergimu dengan senyuman dan ditemaniku dan anak2 serta ahli kluarga. dipermudahkan segalanya dan diiringi hujan renyai2 selepas selesai.. Alhamdulillah aku amat berpuas hati dapat berbakti padamu sehingga akhir hayat mu.. Semoga mendapat husnul khotimah..aku redha akan takdir ini.. Kehidupan perlu diteruskan. Pejuanganmu telah selesai..pejuangan ku masih belum selesai..
#AlwaysBeWithU#TheBestCancerFigther#PerjuanganKuBelumSelesai.#TungguAkuDiPintuSyurga.#WanitaTeristimewaDuniadanAkhiratku#BidadariSyurgaku#MyOnlySyuhadah#SehinggaMenutupMataku#Redha

Pada Mei yang lalu, isterinya telah menulis ucapan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10.




Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Malaikat Jemput Awak Dengan Wangian Syurga, Jangan Jatuh Cinta Dengan Bidadari Ok’

Biarpun arwah suaminya sudah 5 hari meninggalkannya, tetapi sang isteri tetap setia menulis coretan menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada suaminya.
Tidak dapat admin bayangkan tika menulis coretan di laman sosial, pasti air mata bergenang meneruskan catatannya. Apa lagi yang membacanya.
Suami yang sudah hampir dua tahun berkongsi hidup bersama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Sang isteri cukup bahagia pabila mencium baungan wangi di pusara dan tempat kejadian. Catatannya, ‘dekat tempat awak jatuh tu pon dah memang wangi sayang.. malaikat jemput awak dengan wangian syurga.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. ‘
Diakhir catatan isteri berpesan dengan gurauan nakal ‘Damailah & berbahagialah sayang disana, tempat terbaik yang kekal abadi.. Saya disini akan sentiasa merinduimu kekasihku.. Jangan jatuh cinta dengan bidadari ok?’
Admin doakan Nurulain Baharuddin tabah menghadapi dugaan yang telah Tuhan aturkan padanya dan kuat menjalani kehidupan seterusnya. Insya-Allah.
Jom baca coretan kedua khas buat suaminya, Mohd Muhaimin Radzuan.

Assalammualaikum sayang,
Coretan ke-2 untuk awak..
Subuh hari ni, genap 5 hari awak pergi.. Setiap subuh mesti saya nangis, masih tak sangka awak betol2 dah pergi tinggalkan saya.. Hari ni kuat siket insyaAllah, nak keluar settlekan dengan JPN.. Awak tahu tak isnin lepas siapa datang? kawan baik awk, pengapit awak masa wedding kita, Zul Ahmad Zulfadly datang all the way from abu dhabi.. 16/4 flight dia ke KL, 17/4 ziarah awak di pusara dan melawat saya di rumah mak, semalam 18/4 balik abu dhabi semula.. He came all the way for you sayang.. sayangnye dia pada awak.. terharu tak? dia kate, terlalu banyak kenangan manis dan kate2 nasihat dari awk, setakat nak balik dari jauh ni takde masalah lansung demi orang yang dia sayang.. selain zul, terlalu ramai kawan2 awak lain yg datang ziarah, message saya, bagi kata2 semangat pada saya.. cikgu awak, kawan sekolah rendah, smks18, mrsm jasin, uitm, komander, miat, geng photographer, Airasia, Jamco Singapore, Property, BMW F800, geng kedai makan, customer Utami Village, parents kawan2 awak dan ramai lagi lah.. tak tersebut.. semua pon dah jadi kawan2 saya jugak..
Hari Ahad lepas, abang hafizd bawak saya pegi tempat kejadian sebab saya nak tengok.. berape jauh sebenarnye tempat awak jatuh tu dari tol Ayer Keroh.. dekat sangat sayang.. betol-betol dekat.. Regret? taklah.. saya tak regret pon, awak jangan risau ok.. kan dah sampai masa awak kan, saya saje je nak tengok.. kami berhenti dekat KM 198.5 tu sayang.. ingat nak tengok je, tapi banyak pulak serpihan motor dan helmet awak masih ade dekat situ.. saya kutip setiap satu.. speedometer awak pon ade and it stop at 80km/h sayang.. Allah saje je kot nak tunjuk dekat saya awak bawak tak laju pon, dah cukop berhati2 dah.. duduk lane kiri pulak lagi.. tapi dah sampai masa awak kan..
Pergi Tempat Kejadian
Bukan saya tak boleh move on, tapi tak sampai hati barang2 awak terbiar je dekat situ.. helmet awak yg full face tu bole pecah into small pieces tau sayang.. tapi insyaAllah awak tak sakit pon kan? Entah2, awak memang dah takde pon dari atas motor lagi.. Malaikat dah jemput awak siap2.. hati umi Raden Mass, mak awak sendiri kuat cakap macam tu.. sebab awak dah la bawak slow, lane kiri, baru keluar RNR pulak tu.. fresh tak mengantuk.. ape2 pon sayang, kami redha.. dari keadaan motor awak, polis kate awak memang jatuh sendiri sebab bahagian depan yg teruk.. walaupon besar kemungkinan lepas awak jatuh, ade kereta langgar tapi dia tak salah, saya takkan salahkan dia.. umi suruh saya maafkan orang tu.. asalkan umi awak sendiri yang penat mengandungkan awak lahirkan awak, besarkan awak boleh maafkan, siapa la saya nak over2 kan sayang.. area tu memang gelap betol, orang memang takkan nampak awak..
Semalam saksi yang jumpa awak di tempat kejadian inbox saya.. dia bagitahu saya, dia on the way from KL to JB.. berhenti dekat RNR ayer keroh kejap berehat sebab mengantuk.. tapi terjumpe awak, terus awak ajak borak.. terus dia tak jadi tido tau.. hehe.. muhaimin, as always la kan.. selagi mata tak pejam memang takkan berhenti bercakap..
? Then dalam pukul 4 lebih awak gerak balik dulu, baru die menyusul lebih kurang pukol 5.. dan die la yang jumpa awak dah terbaring kaku sebelom tol tu.. RNR dari tempat awak tu, kurang dari 10km je sayang..
dia bagitahu saya, dia dah try cari henfon awak nak call waris tapi tak jumpa.. sebab masa tu memang gelap sangat dan berkabus.. dia ingat henfon tu dah jauh terpelanting, sebab tu dia terus call plus.. yela, henfon awak kan dalam jacket awak.. elok dan tak rosak lansung henfon awak sebenarnye.. bagus jugak dia tak call saya, kalau saya tengok awak terbaring atas jalan tu, macam mane sebak tak tahu la.. asalkan tengok awak kene tarik dari laci unit forensik tu pon dah buat hati saya hancur..
Lepas dia call plus, dia terus ke JB sebab rushing ade hal.. mase ni dia kate, dia still tak cam awak ni abang yg dia borak sakan dekat RNR tadi sebab motor awak agak teruk, lagi pon gelap time tu.. dia suluh2 je dengan henfon.. dia kate masa dekat RNR awak sembang pasal motor dengan die.. awak siap cakap dekat dia, ‘pinjaman je semua ni..’ Lepas dah sembang, dia salam awak.. dia tanya, ‘kenape sejuk sangat tangan abang ni?’ awak jawab, ‘nak jalan jauh sejuk la..’ hmm.. ‘jalan jauh’ ke mane sayang?
[su_pullquote]? saya tahu awak memang dah tahu kan sebenarnye? even dalam beg awak pon, saya tak jumpe kunci rumah kita.. awak memang tahu awak takkan balikkan?[/su_pullquote]
Malaikat Jemput Dengan Wangian Syurga
Yang paling buat hati saya gembira sejak semalam, bila dia bagitahu saya ‘kak, tempat kejadian tu harum kak’.. Subhanallah sayang.. bukan saya je la terbau masa dekat pusara awak hari tu ye? rupenye, dekat tempat awak jatuh tu pon dah memang wangi sayang.. malaikat jemput awak dengan wangian syurga.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Lepas dia check dekat fb group, baru die perasan awak rupenye yang dia jumpe tadi.. die bagitahu saya, dia betol2 tak sangka awak abang yang peramah tu.. menangis dia sayang.. dia kate, nanti nak ziarah awak di pusara.. orang yg baru beberape minit jumpe awak pon terkesan dengan awak, istimewa betol awak ni sayang.. cemburu betol saya.. dari cerita ni, berselera saya makan.. Untuk saksi, terima kasih cari dan contact saya k.. saya hargai sangat2 bila dapat tahu sendiri gambaran yang betol.. takde la nak tertanye2 lagi..
Sayang,
Semalam saya cuci baju yang awak pakai.. baju dan seluar akhir awak, saya yang bagi.. jacket motor awak, abang hafizd yang bagi.. sedeh betol dia sayang tengok awak suke betol pakai jacket tu.. awak bagitahu saya, awak suke jacket tu sebab awak sayang dia kan? jacket yang awak beli sendiri, ade je tergantung dekat rumah kita.. lagi 1 yang saya pelik, t-shirt yg awak pakai cantik je tak koyak.. dah la fit je dengan body, tapi elok pulak tak kene koyak lansung.. memang lembut je badan awak walaupon dah beberape jam, senang je pihak hospital bukak semua pakaian awak… selalu kalau tengok csi tu, diorang gunting je kan.. huhu..
Abang hafizd & kak mimi pegi Utami Village semalam.. diorang kate, ape2 kerosakan dekat kedai tu, malam hari khamis tu sebelom balik ade lagi.. tapi tadi datang kedai, semua awak dah settlekan.. kunci yg penting2 dah siap tersangkut.. memang awak dah siapkan everything untuk memudahkan semua orang sebelom awak pergi..
? Aduhai sayang… sedeh betol kami semua.. Awak macam dah tahu je.. Utami Village kepunyaan kita ber-4.. walaupon semua masih lemah, tapi dengan semangat awak walaupon dah ber-3, kitorng akan bangkit semula ye sayang.. no worries ok? start semalam UV dah bukak balik.. tapi tutup awal pukol 5 ptg.. sabtu dan ahad tutup.. tulang belakang kami dah tiada.. selama ni awak yang full time sebab saya & abg hafizd kerja.. kali ni kak Utami Adiputeri sendiri, kakak ipar saya akan usahakan k sayang.. demi awak.. selame ni awak cakap tak perlu turun padang sangat sebab kak mimi ada anak2 nak jaga.. Patutla minggu lepas awak ajar saya macam2 kan.. semua awak suruh saya try buat sendiri..
Ramai Sayang Awak
Sayang,
Satu persatu petunjuk yang baik2 datang bagi khabar gembira dekat saya.. makin senang hati saya bila tahu awak di tempat yang lebih baik.. perginye awak di bulan baik, di hari jumaat yang penuh barakah.. urusan semua sangat mudah.. kalau terlibat forensik selalunye urusan lambat selesai tapi awak, sebelom asar dah siap sampai masjid dah pon.. sempat semua orang tengok awak.. semua yang mandikan awak cakap mudah, tiada sedikit najis mahupon air kuning yang keluar, padahal awak ni kuat makan orangnye..
[su_pullquote]? yang datang solat pon ramai.. urusan pengkembumian tak perlu cakap la, punye la laju.. nasib baik sy sempat.. walaupon kereta sy follow van jenazah, tapi bila sampai je dekat kubur, awak dah dekat dalam dah pon.. sempat la sy tengok wajah awak buat kali terakhir..[/su_pullquote] awan mendung mengiringi awak.. selesai kebumi, semua macam taknak balik, taknak lepas kan awak.. 2 biji khemah tahlil 3 hari dekat rumah ni pon orang taknak amek duit.. van jenazah pon ade orang sponsor.. tahlil di senawang dan shah alam pon ramai orang datang.. dekat madinah pon ade kenalan kita yg tahlilkan awak.. khamis ni pon kawan2 baik awak nak buat kenduri untuk awak dekat setia alam.. pesaing kedai kita pon dah offer, kalau nak buat kenduri, dia nak sponsor bagitahu je berapa.. bos saya pon masukkan nama awak dalam tahlil ofis saya.. Subhanallah.. sebagai isteri awak, saya tersangat kagum sayang.. saya doa, Allah jemput saya dengan cara yang macam ni jugak nanti.. memudahkan & menggembirakan semua orang..
Semua keluarga, kenalan lama mahupon sekejap, customer utami village, semuanye menangisi pemergian awak.. penah awak nampak papa saya menangis? tak penah kan? tapi sebab awak, papa nangis.. umi & papa awak, adik awak, abang2 saya, kakak2 saya, cousin2 saya, suami cousin semua pon menangis.. mak sampai hari ni bengkak mata.. satu keadaan yang saya memang tak pernah nampak seumur hidup saya sayang.. terkesan betol semua orang.. pemergian awak betol2 menghidupkan!! yang tak kenal awak pon boleh menangis tau.. diorang tanye saya, ape rahsia awak ni sebenarnye? awak memang nampak biasa2 je.. solat cukop, puasa cukop, yg wajib2 semua cukop macam orang lain.. yang lebihnye dekat awak ni, budi pekerti awak memang di tahap yg tertinggi.. cakap lembut, penceria suasana, marah memang tak pernah, hormat orang tua, merendah diri, ego jauh sekali, sayang budak2, tak pernah marah lansung budak2, dengan ibu bapa, isteri memang baik sungguh layanan awak.. tu mmg ajaran sunnah Rasulullah kan, untuk berakhlak baik dengan orang tua, kanak2 dan sesame manusia.. anak2 buah saya sayang awak lebih dari saya.. nampak saya je, ‘abg min mane acu?’ si donut yang selalu call awak tu pon membebel dekat saya, ‘kenape acu ni call taknak angkat? abang min boleh je angkat kalau donut call!’ hehe.. tak pasal kene marah dgn budak 3 tahun..
sebenarnye, banyak hikmah kehadiran awak dalam keluarga saya yang ade 13 anak buah lelaki ni sayang.. semua pon nak mencontohi awak, nak jadi baik macam abg min.. sayang ibu bapa, hormat orang, penyayang, merendah diri, suke senyum, ceria, mendahulukan kebahagiaan orang lebih dari diri sendiri, dan banyak lagi.. bayangkan la bila 13 orang budak lelaki berkumpul.. macam mana bising dan buasnye masing2..? memang hilang sabar semua orang.. tapi awak? awak suruh orang lain sabar, awak pegi jaga diorng, awak main sekali.. awak selalu cakap dekat saya, awak dulu lagi hyper.. umi lagi penat nak jaga.. setakat anak2 buah saya ni, awak boleh adapt.. biasa je awak kata.. banyak pengajaran dari awak ni tau.. tak perlu kaya harta, kaya akhlak tu yang paling penting untuk bekalan ke alam sana..
Damailah & Tenang Di sana
[su_pullquote]keluarga saya akan selalu melawat keluarga awak k sayang.. awak jangan risau, hubungan tu takkan putus.. saya akan sayang orang2 yang awak sayang..[/su_pullquote] awak ni penyedih dan sangat menghargai orang.. dulu adik awak amirul nak balik johor lepas singgah rumah kita pon awak nangis.. teringat kat adik awak nana pon awak nangis.. teringat umi & papa takyah cakap la kan.. lagi la berjujuran air mata.. dulu masa keje singapore, 2 hari keje 2 hari cuti.. setiap kali nak balik singapore balik, mesti awak nangis.. never failed.. awak tak peduli walaupon nangis depan orang.. hati awak sungguh ikhlas sayangkan orang sekeliling awak.. puas saya nak tenangkan awak.. sebab tu kita decide keje dekat siketkan.. at least kurang siket seriau saya memikirkan awak bawak motor setiap 2 hari tu ulang alik johor ke melaka.. dah bekerja dekat shah alam ni pulak, hikmah terbesar dia awak puas la sbb dekat dgn umi & papa awakkan..
Hati lembut dan mudah tersentuh, itu lah suami saya.. Nampak je brutal, bawak motor besar..
? yang brutal sebenarnye saya.. siapa buat pasal dengan awak, saya yang nak pegi sound dulu tapi awak selalu suruh saya sabar.. Allahuakbar..
Allahuakbar.. setakat ni dulu ok.. terlalu banyak kebaikan awak sayang sampai tak boleh nak ingat setiap satu.. saya ingat lagi, saya tulis.. saya tulis sebab takut terlupa.. saya ni kan pelupa.. sebab tu awak pilih tarikh kawen 8/8 supaya saya senang ingatkan..
Thank you zul share video ni dengan ain, terubat rindu tengok video dia menyakat orang..
? mohd muhaimin as always..
Damailah & berbahagialah sayang disana, tempat terbaik yang kekal abadi.. Saya disini akan sentiasa merinduimu kekasihku.. Jangan jatuh cinta dengan bidadari ok?
?
03/05/1986 – 14/04/2017
isterimu,
VIDEO ISTIMEWA BUAT SUAMI
SUMBER: FACEBOOK NURULAIN BAHARUDDIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Minta Bacakan Doa Ini Untuk Saya’- Muat Naik Foto, Doa Neelofa Curi Tumpuan Ramai

Ramai yang sedang berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan di antara selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
Tidak mengiya atau menidakkan khabar tersebut, Neelofa bagaimanapun telah memuat naik sebuah hantaran di laman instagramnya semalam berkenaan doa yang dihajatinya yang seakan-akan berkait dengan situasinya yang sedang diperkatakan.

dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. 🤲🏼🤍 doakan saya dalam doa doa kalian
Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya turut mendoakan kesejahteraan dirinya. Di samping itu, mereka juga turut teruja kerana latar belakang foto tersebut seperti pelakon drama Red Velvet itu sedang melakukan sesi ‘fitting’ baju.
Adakah benar khabar angin tersebut? Sama-samalah kita nantikan dan doakan yang terbaik buat mereka berdua, InsyaAllah.


Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sepanjang Pendakian Ke Jabal Nur Mila Jirin Tak Putus Berselawat Sambil Kendong Anak Seberat 9KG. Subhanallah!

Semakin ramai selebriti yang mengambil kesempatan megunjungi rumah Allah dan terbaru adalah juara Akademi Fantasia Musim ke 5, Mila Jirin. Dia yang pergi mengerjakan umrah bersama suaminya, Isz Mustapha dan juga anak mereka, Mohd Arif Zikri, berusia 2 tahun dua minggu lepas. Cabaran paling besar dihadapi sepanjang berada di tanah suci apabila ketika mendaki Jabal Nur dengan mengendong anaknya yang seberat 9 kilogram.
A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on
Cabaran Terbesar Kerana Saiz Tubuhnya Yang Kecil
Mila yang memuat turut pengalamannya itu di laman sosialnya memberitahu ia adalah satu cabaran besar buatnya kerana dia yang bertubuh kecil dengan hanya berat 42 kilogram.
Menurut Mila proses pendakian amat sukar kerana walaupun ada tangga tetapi tidak sekata. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Makin ke atas pendakian,makin curam.
Walaupun ketika dipetengahan jalan Mila hampir berputus asa tetapi tetap berusaha untuk sampai ke puncak kerana itu merupakan ziarah terakhir sebelum Jabal Nur ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi.
Tidak Putus Berselawat
Sepanjang pendakian itu, Mila tidak putus beselawat dan berfikir bagaimana Rasulullah boleh sampai ke puncak tanpa tangga dan kudrat isteri baginda yang menghantar makanan setiap hari ketika bersendiriian di Gua Hira.
Bagi Mila juga proses untuk turun mendaki lebih mencabar berbanding ketika mendaki. Malah Mila terasa bergoyang dan bergetar lututnya ketika proses menurun.
Dia akhirnya sampai ke puncak pada aras ketinggian 642m dengan membawa anaknya yang dikendong sepanjang mendaki. Dia tidak membenarkan suaminya membawa anak mereka kerana berselipar Jepun dan agak bahaya untuk pendakian.
Setelah sampai, perasaannya berada di atas menurut Mila tidak tergambar di fikiran kerana pemandangannya sungguh indah.
Solat Duduk Sambil Dukung Anak
Namun penyanyi ini tida berpeluang ke Gua Hira kerana laluannya agak mencabar dan bahaya untuk dirinya yang mendukung anak. Dia dan suami hanya melihat dari atas sahaja pemandangan di Gua Hira berkenaan.
Sepanjang berada di sana juga Mila turutn menceritakan pengalamannya membawa anaknya itu solat. Dia sebelum berangkat ada membaca dan belajar cara solat sambil mendukung baby dan juga solat secara duduk.
Mila juga turut membawa ‘baby wrap’ bagi memudahkan untuknya bersolat dan dia hanya solat secara duduk sahaja terutama bila anaknya tidur. Dan alhamdulillah segala urusannya ketika mengerjakan ibadah di rumah Allah itu dipermudahkan walaupun membawa anak kecil.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MILA JIRIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

