Dua hari yang lalu, Marsha Milan Londoh bersama suami serta keluarganya telah berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Walaupun sibuk, Marsha masih sempat menjalani ibadahnya sebagai seorang Islam.
A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on
Pemergiannya ke Tanah Suci telah dikongsikan melalui laman Instagramnya. Ujar Marsha kepada portal Astro Gempak, dia akui bahawa dia sudah lama berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah dan bersyukur akhirnya berjaya merealisasikan impiannya itu.
A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on
Melalui perkongsian fotonya di Instagram, memang manis dan cantik sekali apabila Marsha dilihat mengenakan hijab. Malah, netizen turut memuji penampilannya itu.
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Taraf hidup yang meningkat menyebabkan ada antara kita yang tidak mampu untuk mengumpul harta seperti membeli rumah. Harga yang ditawarkan begitu tinggi menyebabkan kita lebih senang menyewa sahaja. Tetapi gadis ini yang sejak berusia 19 tahun sudah berazam untuk memiliki rumah idamannya sebelum usia 25 tahun. Impiannya terlaksana apabila pada usia 24 tahun dia sudah memiliki sebuah rumah mewah. Apakah rahsianya yang cukup pandai berjimat hingga mampu membeli hartanah yang begitu berbaloi dimiliki.
Perkongsian dalam thread yang ditulis dalam twitter menggelar dirinya Cek Ifa bagaimana dia mampu memiliki rumah idaman ini.
Alhamdulillah, azam 2017 saya dah tercapai untuk beli rumah di usia 24 tahun. Saya nak berkongsi tips bagai mana nak membeli aset persendirian dalam masa dua tahun punya perancangan. Ini adalah thread.
Sorry guys, gambar saya pakai selipar saja sebab masa rakam gambar ini, rumah dah 80% nak siap. So jalan pun nak masuk ke rumah tak lawa lagi. Selipar sajalah jawabnya.
So how you guys can buy your own asset terutamanya rumah. Bukan senang nak bagi lepas loan di bank. You guys masa berumur 17 tahun atau selepas habis study atau semasa study sendiri dah buat bisnes kecil-kecilan, kan? Simpan tak duit hasil niaga itu walaupun sedikit?
2. Duit OT korang setiap bulan tu penting guys. Even korang buat OT ikut mood seperti saya ni, hahaha! Tapi RM50 pun bank ambil kira sebagai income kita untuk bulan itu. Tetapi OT ini 3 bulan saja mereka kira. Tak adalah sampai setahun mereka ambil kira.
3. Sesetengah bank mereka ambil kira ASB loan as an income, but ada sesetengah ambil kira as expenses kita. Affin bank yang saya guna ini dia kira ASB loan as expenses. So kena korek lagi di mana income masuk.
4. Korang cari rumah yang mana develper yang tanggung kos lawyer, kos segala mak nenek kos untuk beli rumah itu. Memang kita akan ingat, ‘alah, semua itu termasuk dalam harga rumah’. Tetapi yes kalau korang kira balik, sama saja duit korang nak bawa keluar bayar itu bayar ini, kan?
Mungkin rezeki saya beli rumah ini, developer include everything. Free laywer, dapat rebate 10% from downpayment. Saya hanya bayar downpayment 1% sahaja dari downpayment sebab dapat rebate bapak banyak gila. Alhamdulillah syukur sangat Allah permudahkan jumpa developer yang best.
5. Orang kata beli rumah murah time lagi dua tahun nak siap, masa mereka pecah tanah itu dah beli. Betul, masa itu murah korang nak beli rumah. Masa saya ini, rezeki saya dapat dok dah rumah ini sekarang. Beli pertengahan tahun hari tu, hujung tahun dah boleh duduk. Tapi korang kena rajin survey.
6. Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun walaupun tak capai, korang tanamkan azam nak beli rumah sebelum umur berapa. Saya setiap tahun sejak berumur 19 tahun dah tanam azam nak beli rumah sebelum umur 25 dan Alhamdulillah azam menjadi kenyataan. Sebelum 25 tahun dah dapat. Allah dengar doa saya.
Saya doakan korang mendapat inspirasi dari thread ini. Kalau nak tanya apa-apa, DM saja saya. InshaAllah saya akan bantu korang. Saya suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli aset dalam usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. Doakan saya juga supaya dapat beli rumah kedua sebelum umur 30 tahun. InshaAllah.
Ternyata perkongsian ini mendapat respon cukup positif dari netizen. Masing-masing bertanya bagaimana untuk menyimpan duit seperti dilakikan Cek Ifa ini. Dan dia tidak keberatan menjawab setiap pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun ini tip menyimpan pengalaman darinya dan terpulang kepada orang lain bagaimana untuk menyimpan duit cara lebih mudah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi yang belum ada idea aktiviti apa nak dilakukan ketika hujung minggu, apa kata jom luangkan masa beriadah sambil berlibur. Sudah menjadi trend kini banyak pihak menganjurkan acara yang tampil dengan pelbagai tema dan acara.
Walau bagaimanapun admin suka berkongsi tip untuk hijabi memulakan riadah larian ini dengan langkah berjaga-jaga tanpa memaksa diri untuk melakukannya.
Tip ini manfaatnya untuk keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan. Ada 3 langkah paling utama untuk memastikan hijabi terus ‘Awesome’ sepanjang larian.
Persediaan Awal – Jangan tunggu sampai pagi untuk siap sedia. Hijabi harus bersedia untuk sebarang kemungkin. Rancang persediaan peralatan terlebih dahulu seperti senaraikan: pakaian, tuala dan pakaian untuk kemudian, air, makanan ringan, plaster, sokongan otot jika diperlukan, wang, telefon, pemegang barang berharga dan juga ubat.
Tidur malam yang cukup – Saraf pra-larian adalah normal, terutamanya jika anda adalah pemasa pertama. Oleh itu, cuba untuk berehat sebanyak yang boleh dan nikmati tidur malam dengan baik dan secukupnya sebelum berlari.
Makanan Untuk Bahan Bakar – Rancang apa yang akan anda makan pada hari larian dan pastikan sarapan pagi supaya tidak mendapat kekejangan. Sekiranya sebelum larian anda memerlukan tenaga, perlulah mengambil makanan ringan sebelum berlari. Banyakkan pengambilan makanan karbohidrat, tetapi jangan lupa protein juga sama pentingnya.
Rengangan Dinamik – Rengangan ini melibatkan pergerakan dan usaha otot untuk peregangan berlaku. Walaupun regangan statik, masa yang diperlukan selama 15 hingga 60 saat, regangan dinamik mengambil tisu lembut untuk panjang penuh dan bukannya memegangnya. Selepas rengangan singkat 3 hingga 5 saat, otot sedang menjangkau kontrak dan otot-otot dan tendon mengerahkan tenaga. Dengan cara ini, kita boleh memanjangkan otot, menguatkannya dalam julat barunya dan juga bekerja pada keseimbangan dan koordinasi. Ia juga memberikan pemanasan yang baik sebelum berlari.
Hidrat – Anda pasti akan menggantikan peluh dengan cecair selepas berlari jadi apa yang harus minum dan bila? Air, jus dan minuman sukan dicairkan adalah pengganti cecair yang baik. Sekiranya anda berjalan selama kurang daripada sejam, air kosong adalah pilihan yang baik. Tetapi, jika anda telah berlari selama lebih dari satu jam, minuman yang mengandungi gula dan sodium membantu mempercepatkan pemulihan.
Live The Beat – Yang paling penting, setelah larian hijabi harus tenang dan chill dengan mendengar muzik . #LiveTheBeat raikan bersama The Music Run di KL Sport City untuk aktiviti chill hijabi di hujung minggu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.