Pelakon Ombak Rindu, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa sedih kerana dirinya sahaja berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah buat ibu tercinta tanpa kehadiran ahli keluarga yang lain.
Langkah itu terpaksa diambil bagi mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikut penularan wabak covid-19 pada masa ini.
Menurut Aaron, hanya Tuhan sahaja yang mengerti perasaannya pada ketika ini.
“Kesedihan apabila tidak dapat menunaikan solat jenazah bersama insan tersayang, hanya Tuhan sahaja yang tahu rasanya.
“Semoga Allah pelihara arwah bonda tercintaku dalam urusannya di alam kubur agar sejuk, lapang dan ditemani seseorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yang bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum dapati masalah mata.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha. Love you Mummy. Forever and ever…,” luah suami kepada Diyana Halik itu di laman instagramnya.
Di ruang komen, ramai rakan artis serta peminat yang menitipkan ucapan takziah buat Aaron dan keluarga. Difahamkan, arwah ibunya iaitu Hajah Juriah Jaafar meninggal dunia di pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung pada hari Sabtu lalu.