Perkongsian anak kepada bekas personaliti televisyen dan ahli perniagaan, Allahyarham Abdul Aziz Desa baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen. Mas Zhafir Zhikri pernah hampir berputus asa selepas kehilangan bapanya namun berjaya menamatkan pengajian sehingga memperoleh Anugerah Naib Canselor (ANC) ketika majlis konvokesyennya.

Mas Zhafir Zhikri yang juga penuntut Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) nekad bangkit semula selepas bapanya meninggal dunia empat tahun lalu membuatkan netizen kagum dengan usaha itu.

View this post on Instagram

Sebab apa 'dean list' sgt penting buat aku? Seingat aku, waktu tahun pertama sem pertama kat universiti dapat dean list yang pertama. Kemudian si ayah bertanya" dapat dekan ? Dekan tu bagus ka ? Cgpa tu apa ? Paling bagus cgpa berapa ? 1.00 atau 4.00 ?" dalam keadaan beliau terlantar sakit di hospital. Kemudian beliau berkata lagi " kalau benda tu bagus, belajar betul2. Jangan kejar untuk kaya raya, kejarlah untuk menjadi seorang yang bijak sana". Itu kekuatan aku dan inilah angan-angan Mat Jenin aku Dari mana datangnya buah kalau tidak dari pokoknya,dari mana datangnya pokok kalau tidak dari akarnya,dari mana datangnya akar kalau tidak dari benihnya Alfatihah ayahanda tercinta Abdul Azid bin Desa ( Aziz Desa ) 1965-2015

A post shared by Mas Zhafir Zhikri Abd Azid (@zhafirzhikri) on

PENTINGNYA ‘DEAN LIST’
Mas Zhafir menulis di Instagramnya, “Sebab apa ‘dean list’ sangat penting buat aku? Seingat aku, waktu tahun pertama semester pertama dekat universiti dapat dean list yang pertama.

“Kemudian si ayah bertanya “dapat dekan? Dekan tu bagus ka? CGPA tu apa ? Paling bagus CGPA berapa? 1.00 atau 4.00?” dalam keadaan beliau terlantar sakit di hospital. Kemudian beliau berkata lagi “Kalau benda tu bagus, belajar betul-betul.

Ads

JANGAN HANYA KEJAR KEKAYAAN
“Jangan kejar untuk kaya raya, kejarlah untuk menjadi seorang yang bijaksana. Itu kekuatan aku dan inilah angan-angan Mat Jenin aku. Dari mana datangnya buah kalau tidak dari pokoknya, dari mana datangnya pokok kalau tidak dari akarnya, dari mana datangnya akar kalau tidak dari benihnya.”

Selain memuat naik luahan hatinya di Facebook, Mas Zhafir turut berkongsi kegembiraan di Twitter.

Ads

BANGKIT SEMULA SELEPAS KEHILANGAN AYAH
“Alhamdulillah atas anugerah ini yang merupakan hadiah untuk keluarga saya dan diri sendiri. Empat tahun lalu saya hampir berputus asa.

“Setelah kehilangan ayah, tetapi saya bangun semula untuk mengecapi kejayaan. ALLAH sentiasa ada bersama saya,” katanya.

Ads

Selain meraih ANC sempena Istiadat Konvokesyen ke-19 itu, pemuda berusia 23 tahun itu juga menerima Anugerah Dekan hampir setiap semester.

Kejayaan berkenaan sekali gus mengundang perhatian pengguna Twitter lain yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Mas Zhafir atas kecemerlangan luar biasa itu.

Sumber kredit: zhafirzhikri dan Sinar Harian

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI