Sebelum bergelar model yang bagus, seseorang itu perlu bijak berjalan secara ‘catwalk’ di atas pentas peragaan. Cara jalan yang diinspirasikan dari seekor kucing ini menjadi panduan kepada wanita yang berminat untuk bergelar model terutama untuk pentas peragaan. Dengan lengok yang yang betul bagaikan seekor kucing menjadikan mereka yang mampu berjalan seperti ini dianggap sebagai model yang baik dan sempurna. Baru-baru ini viral di mana satu video memaparkan seekor kucing betul-betul berjalan dan berada di atas pentas peragaan.
Acara runaway untuk Esmod International Fashion Show ini berlangsung di Istanbul Turki di mana kucing ini dikatakan sangat bijak dan turut memberi ‘tunjuk ajar’ cara catwalk yang betul bagi seorang model.
Malah kucing ini juga dilihat seronok ‘lepak’ di atas pentas dan ada kalanya kucing ini juga turut mengusik model yang sedang berjalan.
Bagaimanapun model juga bertindak tidak ambil peduli dan meneruskan tugasan mereka tanpa kesilapan sehingga selesai.
Video ini juga mendapat reaksi positif dari netizen. Rata-rata terhibur melihat telatah kucing berkenaan yang mencuit hati.
Malah penganjur juga dikatakan tidak tahu kucing itu datang dari mana tetapi kehadirannya berjaya mencuri tumpuan ramai.
Salah seorang designer terkenal di Turki bagi jenama Göksen, Hakki Ali berkata, semua penonton yang hadir terperanjat dengan situasi berkenaan.
Dan beliau juga tidak menyangkal sekiranya satu hari nanti haiwan juga ada masa depan dalam dunia fesyen apabila di tanya oleh seorang wartawan yang hadir.
Dalam pada itu, penganjur turut dipuji kerana tidak menghalau kucing berkenaan dari ‘mengganggu’ model di atas pentas.
Negara Turki juga dikatakan antara negara yang begitu sayang dan bersikap toeransi kepada haiwan jalanan, antaranya adalah kucing.
SUMBER: YOUTUBE & INSTAGRAM VAKKOESMOD