Baru-baru ini tular video mengenai seorang gadis hijabi Melayu Islam di Korea yang muncul di dalam temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Dalam video tersebut, dia mengakui sangat menggemari aktiviti menari biarpun berhijab.
Walau bagaimanapun, video tersebut mengundang kontroversi di kalangan netizen kerana dia mengaitkan agama Islam dan soal pemakaian hijab ketika menjawab soalan yang diutarakan buatnya.
Tampil membetulkan perkara yang salah, Ustazah Asma’ Harun memberikan teguran penuh berhemah buatnya agar kita semua turut mengambil iktibar daripadanya.
INI MEMANG CARA SAYA. SELAGI SAYA RASA APA YANG SAYA BUAT NI BETUL, SAYA RASA INI BUKAN SATU MASALAH.
Astaghfirullah. Allahu Akbar.
Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang individu Melayu Islam yang muncul dalam video temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Individu ini mula popular apabila aktif dalam membuat video-video tarian KPOP di YouTube dan Tik Tok.
Namun yang lebih menarik perhatian ialah tentang penampilannya yang berhijab. Apabila ditanya oleh wartawan, beliau menjawab bahawa dia suka memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama amat gemar dengan tarian KPOP.
“Bagi saya, inilah cara saya menjalani hidup. Selagi saya saya tak lukakan sesiapa, saya rasa ia tidak menjadi masalah.”
DUHAI ADINDA YANG DIKASIHI,
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah al-Nur 24: 30-31)
Jika kita sebut tentang tarian, pasti ia melibatkan pergerakan tangan, bahu, dada, kaki dan punggung yang berlatar belakangkan apa jua jenis muzik. Seharusnya video-video tersebut hanya disimpan untuk tatapan peribadi, tetapi hari ini ia dimuat naik secara terbuka untuk tatapan seluruh warga maya tanpa ada rasa segan dan silu.
Mungkin kita berbangga mendapat jutaan ‘followers’ dan ‘viewers’ apabila memuat naik video-video tarian, namun tidak terfikirkah andai satu hari nanti ingin bertaubat, dosa kita insyaAllah boleh terpadam dengan taubat nasuha, namun bagaimana dengan video-video tarian lama yang telah didownload oleh orang ramai?
Ads
Bagaimana pula jika tidak sempat bertaubat lalu ajal terlebih dahulu menyapa kita? Dosanya kita tanggung secara berterusan walau sudah berada di alam kubur😢
Allahu Akbar.
JARUM HALUS IDEOLOGI LIBERAL YANG MEMBAHAYAKAN.
“Saya bukan kacau orang pun, saya buat video saja, apa masalahnya…”
Sedar atau tidak, inilah antara bentuk normalisasi ideologi liberal yang perlahan-lahan mula meracuni pemikiran masyarakat kita.
Cara berfikir yang tidak mahu terikat dengan agama ini amat berbahaya. Apa jua tindakan ingin dihalalkan atas dasar pemikiran yang terbuka walaupun ia sangat jauh daripada syariat Islam.
Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, tetapi jangan sampai menjejaskan akidah atau melanggar batasan agama.
Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim, hadis sahih)
Ads
*Dhob – biawak padang pasir
Benar, Islam juga menggalakkan perkembangan seni di dalam agama itu sendiri selagi mana ia bermanfaat, namun mesti dalam lingkungan syariat yang tujuannya untuk memelihara kebaikan ummah, bukan sehingga melalaikan dan mendatangkan kesan negatif mahupun fitnah kepada ummat Islam khususnya.
Sungguh saya menuliskan ini daripada hati yang sayang akan kamu, apatah lagi usiamu masih muda remaja. Ingatlah bahawa kemasyhuran, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, sebaliknya ia adalah sebuah musibah.
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkai-Nya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, kerana luasnya liputan video temu bual bersama pihak BBC tersebut. Saya bimbang ramai yang sudah menonton terutamanya anak muda lain yang merasakan tiada masalah lalu diambil sebagai pegangan hidup. Nauzubillah.
Saya bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan nahi mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan (amar makruf) namun mengabaikan untuk mencegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri.
DUHAI PARA ‘INFLUENCER’ DI MEDIA SOSIAL
Ya, kalian diperlukan dalam pelbagai segi, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguhkan lagi, hajat untuk kembali.
Adakah kalian lebih utamakan minat dan bakat? Tanpa mengambil kira soal berkat, sekalipun setiap saat ajal mendekat, maka takutlah kepada yang Maha Kuat, kerana Dialah sumber kebahagiaan, kesengsaraan, azab dan nikmat.
Atas tiket apa sekalipun, jadilah ‘INFLUENCER’ yang ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat Islam, serta tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Usahalah untuk hentikan apa jua ‘content’ yang menjatuhkan nilai diri sebagai orang Islam lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita Muslimah.
Ads
Masih ramai ‘influencer’ dalam bidang hiburan yang membawa imej baik, berkaliber, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang. Jadikanlah mereka contoh tauladan.
Maksudnya: “Siapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, siapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq dan hidayah-Nya serta bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya 🤲
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
( Surah Ali Imran 3: 8 )
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan 🤲
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Seperti yang kita ketahui, tidur adalah aktiviti yang memberikan tubuh dan minda kita untuk berehat. Mungkin anda pernah mengalami masalah hendak tidur. Walau bagaimanapun jika mata ‘gagal’ lelap, bagaimana tubuh dan minda dapat berehat?
DOA SUSAH HENDAK TIDUR
Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur. Badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tidak boleh hendak lelapkan mata. Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir bukan?
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels
Jadi, jika ada masalah susah hendak tidur, boleh amalkan doa ini.
Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.
“Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”(HR. Ibnu Sunni)
Kalau susah hendak tidur, zikir dan cuba tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Jangan banyak fikir perkara yang lepas ataupun yang akan terjadi esok. Insha Allah mudah anda hendak tidur.
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu.
Berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Amalkan rutin ini setiap malam sebelum anda melelapkan mata.
HIJABISTA: Waktu malam adalah waktu untuk kita berehat selepas seharian penat bekerja. Lapangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Baca amalan doa dan zikir-zikir seperti yang dikongsikan ini.
Platform digital kewangan yang tersedia kini sememangnya memudahkan kita untuk melaksanakan urusan perbankan dan pelaburan di mana sahaja kita berada tanpa perlu hadir atau beratur di kaunter. Kebiasaannya digunakan untuk online shopping, membayar bil, perbankan digital menjadi pilihan orang ramai kerana ia menjimatkan masa dan memudahkan urusan harian.
Begitu juga dengan platform pelaburan digital yang kini semakin berkembang fungsinya. Nak melabur sekarang lebih mudah namun sebelum melabur ikuti tips ini untuk anda memaksimakan pelaburan.
Bagaimana untuk memulakan pelaburan?
Bagaimana nak pastikan kita ada lebihan untuk melabur? Ini tips kawal kewangan buat hijabi, perlu ada aliran tunai yang baik untuk memulakan pelaburan. Ini bermaksud, perlu ada lebihan pendapatan bulanan untuk melabur. Bagaimana nak pastikan kita ada lebihan untuk melabur? Ini tip kawal kewangan buat hijabi.
1. Buat bajet bulanan
Mulakan dengan buat bajet bulanan untuk imbangkan pendapatan dan perbelanjaan anda. Jadi boleh monitor aliran wang keluar (apa yang anda belanja) setiap bulan. Pastikan apa yang dibelanja tidak lebih daripada aliran wang masuk (pendapatan).
Tip terbaik, jadikan simpanan/pelaburan salah satu keperluan perbelanjaaan (savings is a new spending).
2. Belanja ikut kemampuan
Bila dah buat bajet, kena pastikan belanja keperluan seperti ansuran rumah atau kereta, utiliti, petrol, barang dapur, belanja sekolah anak, dan lain-lain dipenuhi terlebih dahulu. Sebaiknya simpanan atau pelaburan juga diletakkan dalam kategori keperluan dan baki yang tinggal barulah dibelanja untuk kehendak gaya hidup.
3. Elak berhutang
Sekarang ini ada banyak yang menawarkan buy now pay later, ini sama konsepnya seperti berbelanja menggunakan kad kredit yang biasanya ada caj atau faedah yang akan dikenakan. Bukan tidak boleh menggunakan kemudahan seperti ini, namun pastikan pembelian tersebut adalah keperluan dan bukan sekadar nak follow trend.
4. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Perumpamaan ini sering kita dengarkan, namun tetap segar (evergreen) sampai bila-bila. Tidak perlu sejumlah wang yang besar untuk mula melabur, hanya perlu konsisten setiap bulan. Wang yang dilaburkan boleh berkembang dalam jangka masa panjang sekiranya bijak memilih instrumen pelaburan yang selamat dan memberikan pulangan yang baik. Biarkan sahaja pelaburan berkembang dengan mengekalkan modal pelaburan dan dividen setiap tahun.
Platform pelaburan digital yang selamat dan diyakini
Melabur dalam tabung unit amanah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah salah satu pilihan bijak untuk mengembangkan wang anda. Seiring dengan teknologi masa kini kemudahan digital telah tersedia untuk para pelabur menerusi portal dan aplikasi myASNB. Bagi pelabur baharu, kini anda tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuka akaun! Semuanya boleh dilakukan di aplikasi myASNB.
Semua dalam satu aplikasi – myASNB
myASNB ialah platform pelaburan digital yang dibangunkan untuk memberi pengalaman pelaburan yang terbaik buat pelabur ASNB. Muat turun sekarang untuk untuk perkhidmatan berikut:
Daftar akaun baharu
Tambah pelaburan
Auto Labur – setkan pelaburan bulanan otomatik
Semak rekod urus niaga, baki akaun terkini dan penyata tahunan.
Target labur – setkan objektif pelaburan anda
Urus akaun pelaburan anak-anak
Pengeluaran online
Wakaf ASNB
Kemaskini maklumat peribadi
Kalkulator zakat – kira zakat yang perlu dibayar
Mudah je kan dengan myASNB …Dan kami ada berita baik untuk anda!
Labur online, peluang menang hadiah!
Jika anda membuat pelaburan minimum RM500 dalam ASB atau mana-mana unit amanah ASNB melalui saluran digital, anda layak untuk menyertai kempen Jom Labur Online yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2022 ini. Sambil melabur anda berpeluang untuk menang hadiah bulanan yang ditawarkan.
Hadiah Utama : RM5,000 Target Investment Plan (TIP) x 5 pemenang
Hadiah myASNB Pay Day Special : Jam Pintar Amazfit GTS 3 x 10 pemenang
Untuk yang baru mendaftar myASNB, seramai 1,000 pelabur terawal yang mendaftar myASNB setiap bulan akan mendapat RM10 percuma unit amanah ASNB.
Mudah sahaja nak sertai kempen Jom Labur Online ASNB
Penyertaan adalah automatik! Anda hanya perlu membuat transaksi pelaburan tambahan minimum RM500 dalam mana-mana akaun unit amanah ASNB secara online menerusi platform digital iaitu
portal/aplikasi myASNB atau
perbankan internet ejen iaitu Maybank2u, CIMBclicks, Affin Online, RHB Now, AmOnline atau HLB Connect.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan ada pandangan yang mengatakan surah Madaniyyah. Surah ini mengandungi lima ayat. Nama Al-Falaq diambil daripada kata Al-Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti waktu subuh.
Isi pokok surah ini ialah Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan agar manusia berlindung kepada-Nya daripada segala jenis kejahatan.
Ayat-ayat ini mengajar manusia agar memohon perlindungan Allah Subhanahuwata’ala daripada segala kejahatan. Iaitu kejahatan manusia, jin dan syaitan.
Juga kejahatan binatang buas, binatang yang melata dan makhluk yang lain. Dan juga kejahatan bencana api, kejahatan dosa, hawa nafsu dan amalan buruk. Bahkan juga kejahatan yang terbit daripada diri manusia sendiri.
Hadis yang menceritakan sebab turun surah ini adalah hadis sahih dan tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Di mana seorang yahudi telah melakukan sihir terhadap Nabi SAW. Daripada kesan sihir itu, Nabi SAW hanyalah sekadar terasa sedikit pening dan sakit kepala dalam keadaan tertentu, yang sama sekali tidak menghilangkan kewarasan aqal fikiran baginda.
Allah SWT sememangnya memelihara baginda daripada sebarang perkara tidak baik, fikiran kacau, serabut dan tekanan mental.
Allah SWTberfirman:
وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ
”dan Allah-lah yang memeliharamu daripada gangguan manusia”. (Al-Maidah: 67)
5 AYAT PENDEK SEBAGAI PENDINDING DIRI
Sebelum tidur amal baca ini dulu. Lepas baca hembus tapak tangan. Selepas itu gosok satu badan.
Nabi SAW amalkan malam-malam. Sebagai pendinding dari sihir dan sifat dengki manusia.
Mana tempat yang Nabi tak sampai hendak sapu, baginda minta isterinya tolong sapukan.
Ayuh jom kita amalkan. Hafal sekali dengan maksudnya ya. Surah Alfalaq, hanya 5 ayat sahaja.
1. Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh.
2. Daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
4. Dan daripada kejhatan makhluk makhluk (penyihir) yang meniup simpulan simpulan (talinya)
5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakannya.
Moga membawa kebaikan buat diri kita dan sahabat-sahabat kita yang lain.
Bukan sekadar dakwahnya tawan peminat Arab, Ustazah Oki Setiana Dewi kini pelakon drama komedi di bumi Mesir.Nama pelakon dan pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi,...