Tular Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Fipper & The Noor Beri Penjelasan Disebalik Makna Tersebut

Share

Selepas kecoh mengenai pengeluaran selipar hasil kolaborasi daripada jenama Fipper dan aplikasi The Noor milik Neelofa yang dikatakan ‘muslim friendly’, kedua-dua jenama tersebut akhirnya tampil memberi penjelasan semalam.

Dipersoalkan orang ramai mengenai istilah ‘muslim friendly’ pada selipar, mereka telah menjelaskan maksud sebenarnya iaitu bagi memudahkan muslimah yang berstokin menggunakannya memandangkan produk Fipper sebelum ini kurang sesuai untuk mereka disebabkan terdapat getah pada rekaan selipar tersebut.

Fipper X TheNoor #TheNoorApp #FipperSlippers

Harga : RM 79.90

Penjelasan itu sedikit sebanyak telah membuatkan sebilangan netizen berpuas hati dengan penjelasan tersebut selain ada juga yang berpendapat bahawa istilah ‘muslimah friendly’

itu lebih sesuai jika ditukarkan kepada ‘sock friendly’.

Begitu sebenarnya maksud istilah tersebut. Jadi, apa pula pendapat anda?

Published by
QIST