Isi Kandungan
ToggleViral di media sosial dengan kisah ‘dehijab’ yang mengundang perdebatan banyak pihak dan netizen. Ramai tidak bersetuju dengan isu wanita yang mulanya berhijab kemudiannya mengambil keputusan untuk membuka tudungnya. Salah seorang hijabi @IzzahAmirah turut berkongsi pengalamannya berkenaan isu ini di laman twitternya.
Sejak muat naik postingnya itu yang mendapat lebih 5 ribu retweet dan butang like pula lebih 2 ribu lebih hingga mengundang kesilapan tafsir satu artikel dalam portal lain (bukan Hijabista).
Bagi menjernihkan keadaan, dia juga telah menghubungi team Hijabista dan memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan di laman sosial.
Saya mempunyai keturunan Cina dari sebelah bapa dan mempunyai kulit yang agak cerah dan mata yang sedikit sepet yang sedikit sebanyak dapat menyebabkan orang awam menganggap saya mungkin berbangsa Cina. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan berbangsa Cina.
Saya telah keluar bersama-sama rakan-rakan saya untuk makan tengahari dengan berpakaian seperti biasa (memakai tudung). Memandangkan saya tidak berniat untuk makan, maka mereka bercadang untuk makan tengahari di sebuah restoran Cina. Saya telah meneliti menu-menu yang disediakan di restoran tersebut dan tiada satu pun hidangan yang mengandungi makanan haram.
Rakan-rakan saya bersalah lalu mempelawa saya makan sejamah dua makanan mereka iaitu nasi ayam. Saya kemudiannya meminta daripada pihak restoran satu pinggan (perkara ini adalah pertama kali saya lakukan sepanjang hidup saya). Pihak restoran memberitahu saya bahawa nasi ayam yang dimakan oleh rakan-rakan saya mengandungi sesuatu yang tidak boleh saya makan.
Saya menyedari sesuatu, TUDUNG SAYA IALAH PENYELAMAT SAYA pada hari itu. Sekiranya saya tidak bertudung, kemungkinan besar pihak restoran tidak menegur saya sekiranya saya ingin berkongsi makanan. Saya menyedari bahawa kesilapan buat pertama kali saya ini bukanlah satu perkara yang memalukan tetapi mengajar saya nilai sehelai tudung, sebagai penyelamat, peningkat iman saya, pembeza saya dengan bukan Muslim dan pembantu saya dalam beribadah.
“sekiranya kita boleh mengajak perempuan memakai tudung, kita juga boleh mengajak perempuan membuka tudung”
insya Allah, saya percaya ke mana pun kita pergi, kalau ada iman dan islam di hati, takkan hanyut
Turut kongsi beberapa tip.
Netizen juga berkongsi pengalaman.
Pelindung dari lakukan perkara tidak elok.
Hamba ciptaan Tuhan.
Sama-sama istiqomah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IZZA AMIRAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Awet Muda & Berseri Mengikut Islam, 5 Tip Mudah Ini Dapat Membantu Hijabi
Isi Kandungan
ToggleMemiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Murah Senyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Hilangkan Sikap Iri Hati & Hasad Dengki
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Sayangi Anak Yatim
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin Boleh Cuba Cara Gadis Ini Pulihkan Wajah Dari Breakout Teruk Dengan Bermodalkan RM300
Masalah jerawat membuatkan si gadis runsing dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika mengalami masalah breakout yang teruk. Nak keluar rumah pun malu! Lagi-lagi buat mereka yang bakal bergelar pengantin.
Jika anda mengalami breakout yang teruk, bawa bertenang dahulu. Cuba ikut perkongsian seorang gadis di Facebook miliknya, di mana dia berkongsi tentang rawatan yang dilakukan dengan hanya berbekalkan RM300.
Kini, alhamdulillah kulit wajahnya semakin pulih. Makin berseri-seri pula admin tengok, terutamanya ketika di hari bahagianya Febuari lalu.
Berikut merupakan perkongsiannya
Hi semua, disebabkan ramai yang dm wanie lagi tanya macam mana muka wanie boleh okay balik. So entry kalini wanie bagi anda tengok gambar-gambar time muka wanie breakout (sorry untuk gambar yang macam agak blurry, taktau pasaipa). Okay entry kalini jugak wanie akan jawab soalan-soalan femes yang anda selalu tanya, so sila baca. Jangan lepaih ni ada yang dok dm lagi tanya benda yang sama. Rajin rajin sikit baca nah.
1) Kat mana hampa buat treatment?
Saya buat treatment dengan Doktor Meena dekat Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah.
2) Apa nama treatment tersebut? Dan berapa kosnya?
Treatment tu kalau anda google nama dia, Chemical Peeling Treatment and kos treatment saya adalah RM150. Tapi bergantung dengan masalah kulit. Tak semua harga sama and dapat rawatan yang sama. Tapi kalau kat KL harga dia lain. Ni harga kat Kedah.
3) Berapa kali awak buat treatment?
Saya buat dua kali sahaja dan saya lakukan sekali sebulan. Jumlah kos untuk muka saya pulih adalah RM 300.
4) Sakit tak masa buat tu?
Mestila sakit sebab Doktor Meena sapukan asid dalam 35% untuk matikan semua jerawat dekat muka. Tapi takpa boleh tahan. Beauty is pain kan.
5) Berapa lama awak ambil masa recover?
Okay, saya ambil masa untuk hilangkan semua jerawat dalam masa dua bulan. Sebab lepas treatment yang kedua, muka saya dah clear dari semua jerawat.
6) Awak pakai apa untuk bagi hilang parut?
Selepas dua bulan, muka saya dah okay dari jerawat. Cuma cara nak hilangkan parut itu saya pakai Cosmoderm Cream 3000 i.u. Mana nak dapat? Guardian ada jual.
7) Berapa lama parut awak hilang?
Parut saya pudar pun dalam masa sebulan dah boleh nampak beza. Tapi make sure hampa semua kena konsisten pakai krim tu siang and malam. Takda masalah.
8) Awak pakai skincare apa time muka awak tengah treatment?
Saya tak pakai apa-apa, saya memang cuci dengan air suam sahaja, sebab time tu trauma lagi nak pakai apa-apa skincare sampai la saya try Cosmoderm.
9) Cosmoderm Cream 3000 i.u tu yang mana satu?
Kalau pergi ke Guardian, packagingnya warna oren. Nak lebih tepat, anda boleh google.
Setelah sembuh dari breakout, memang gadis ini cuba untuk maintain dari mengalami breakout seperti yang dialami sebelum ini. Malah dia turut membuat posting bagaimana caranya untuk mengelakkan masalah kulit berulang.
Hi, kalini wanie terpanggil untuk buat entry lagi pasal muka wanie dulu dan sekarang. So yang mana penah dm/inbox wanie, tapi wanie tak reply tu, boleh baca kat bawah ni. Sebab ni antara soalan2 yang tak terjawab.
1. Macam mana wanie boleh maintain muka dah tak naik jerawat? Sebab sekarang wanie consisten guna brightening cream. Consisten okay consisten.
2. Skincare apa wanie guna sekarang? Wanie guna brightening cream dari i-secret since tahun lepas. Gambaq cream tu wanie ada attachkan sekali.
3. Okay ka cream tu? Sangat okay sebab semenjak wanie pakai cream tu, jerawat jarang naik, n muka pun nampak moist (ramai org yang cakap). Very recommended sangat!
4. Mana nak dapat cream tu? Cream tu hampa semua boleh beli online, dekat page I-secret(fb), kalau ig isecret_malaysia.
5. Macam mana tau pasai cream ni? Ada orang suggestkan. N so far memang recommended!
6. Lepas buat treatment wanie terus pakai ke? Lepas buat treatment wanie pakai cosmoderm utk hilangkan parut, wanie ada crita kt previous post.
7. Berkesan ke? Berkesan ke tidak hampa boleh nilai tengok muka wanie sekarang compare muka dulu.
Sumber: Facebook Wanie Noordin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas SEBULAN Azmil Pergi, Alya SEBAK Kenang Saat Diberi SUSU & Ditukar Lampin, Sejak USIANYA 4 Bulan
Isi Kandungan
ToggleHari ini genap sebulan arwah pelakon popular tahun 90-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ramai rakan artis seangkatan yang terkesan dengan pemergian beliau dan menitip kata-kata terakhir buatnya di laman sosial. Bukan sahaja mereka, bahkan keluarga Azmil turut bersedih dengan kehilangan pelakon serba boleh ini. Salah seorang adalah anak perempuan arwah, Nur Alya Iman, 17 tahun yang juga merupakan seorang model Muslimah.
Alya sebelum itu, muat turun di laman sosial gambar dia bersama arwah ketika mengerjakan ibadah umrah. Tanpa ‘caption’ tetapi jelas menggambarkan perasaan kerinduannya terhadap seorang bapa. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
KERINDUAN TAK BERBELAH BAGI
Sebelum itu foto sama dimuat turun dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati. Itu adalah ucapan sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu.
Dan setelah 11 hari arwah pergi mengadap Illahi, Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Tulisnya dalam laman sosial 25 Febuari lalu dengan memuat turun gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa gadis berusia 17 tahun ini begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya kepada Nona.
TIDAK LUPA KEJUT SOLAT SUBUH
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Posting yang dimuat turun dua minggu selepas babahnya pergi mendapat hampir 5,000 like. Ramai followernya yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat untuk Alya meneruskan kehidupan di dunia ini.
nurmuadz_umarStay strong. Jadi anak yg soleh. Insyaallah, it will make arwah smile. Saya pernah attend kuliah arwah sekali. Saya amat menghormati dan kagum kepada perubahan beliau. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.
rosefaqirmohammadTakziah untuk seluruh ahli keluarga
nadiahnorzemiSalam takziah
dr.sam5333He will be waiting for us ni jannah..INSHAALLAH
ayunieharris@alyimn stay strong pretty..everything happen must be a reason
rozetarepublicMore throwback photo please as we lost ur Father from screen for almost 20 years, rindu sangat and now he had gone forever, more photos can at least heal our heart @alyimn AL Fatihah
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya sekali lagi meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting yang dimuat turun enam hari lalu menyatakan bahawa dia sehingga hari ini masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Menurut Alyah lagi, selama 17 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
BERPELUANG JAGA KETIKA TIDAK SIHAT
Terasa cukup sebak tatkala membaca posting Alya kali ini apabila dia memberitahu bahawa ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan mmemeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
TAK CUKUP BALAS JASA BABAH
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat. Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALYA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI