Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.
Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri atau lukisan tangan, sememangnya tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.
Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah. Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.
Hijabista berkongsi trik mudah dari Penata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senget di kepala.
Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.
Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.
Kekejangan ketika datang bulan sering menjadi punca sesetengah wanita mengambil cuti atau MC sewaktu sedang bekerja.
Kebanyakan wanita berharap agar masalah ini tidak timbul ketika sedang bekerja kerana ia boleh buat mood anda melayang. Masalahnya, ketua serta rakan-rakan lelaki anda tidak memahami situasi ini.
Sesetengah negara seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan dan yang terkini, Itali telah memberi inisiatif kepada pekerja wanita dengan memberi cuti haid berbayar. Untungnya kalau Malaysia pun beri inisiatif seperti ini kan!
Jangan bimbang hijabi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elakkan masalah kekejangan ketika datang bulan sewaktu anda sedang bekerja. Jadi, tak perlulah anda MC setiap bulan!
1. Pilih Kopi Atau Teh
Secawan kopi menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu untuk memulakan hari mereka. Kopi cenderung menjadikan anda lebih ‘gembira’ dan ‘bertenaga’ kerana kafein mampu merangsang perasaan psikologi ini.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kekejangan haid yang tidak baik (dysmenorrhea), langkah yang terbaik adalah dengan mencegah kafein. Kafein bertindak untuk menyekat saluran darah, mengurangkan aliran oksigen dan pemakanan yang menimbulkan kekejangan.
Teh merupakan alternatif yang lebih baik. Walau bagaimanapun, anda harus memilih teh tanpa kafein seperti chamomile, peppermint dan halia. Ia mengekalkan paras estrogen menjadi lebih stabil. Jadi, masalah kekejangan serta gejala PMS akan berkurangan.
Pil perancang boleh diambil untuk mengawal keadaan hormon anda sepanjang tempoh anda period. Pil ini dapat membantu mengekalkan tahap hormon yang mantap dan mengurangkan masalah kekejangan yang anda hadapi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan (berat badan, peningkatan selera makan) jika anda tidak mengetahui jenis serta dos pil perancang yang anda perlukan.
3. Gunakan Patch Terapi Haba
Terapi panas telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kekejangan. Dengan menggunakan haba ke abdomen, saluran darah akan melebar, meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke otot yang sempit.
Haba juga membantu menghentikan isyarat sakit pada otak anda lalu meningkatkan tahap keselesaan. Terdapat patch terapi haba yang boleh diguna semula dijual di pasaram, seperti MenstruHeat, yang bertahan selama 12 jam (satu hari di tempat kerja).
4. Berjalan-Jalan
Berjalan kaki dari meja ke tandas, pantri (untuk mendapatkan teh) atau mesin fotostat benar-benar membantu anda.
Ia mampu meregangkan otot abdomen dan meningkatkan aliran darah ke otot yang sempit, melepaskan tekanan dan mengurangkan kekejangan anda.
5. Makan Makanan Ringan! Tentunya Yang Sihat. 🙂
Sesetengah makanan yang anda makan akan memberikan manfaat yang besar ketika anda sedang datang bulan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kurangkan pengambilan makanan ringan. Lebih baik ambil buah-buahan kering, teh dan timun.
Coklat gelap juga merupakan antara solusi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan period. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik berbanding coklat yang kandungan lemak dan tenusu tinggi.
Makanan sampingan seperti oat, buah-buahan dan salad juga boleh membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, cirit-birit dan sembelit.
Perlu anda tahu bahawa tip ini hanya dapat ditangani untuk jangka masa yang singkat sahaja. Tetapi tip ini boleh membantu anda daripada mengambil MC setiap bulan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau!
Terutamanya, bila hijabi nak menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal time tu memang nahas.
Justeru, jom cuba gunakan dua teknik mudah ini, agar tudung hijabi kekal ‘on point’ walaupun ditiup angin taufan sekalipun.
Tip penggunaan hair spray ini dikongsikan oleh jurusolek terkemuka, Dato’ Alha Alfa sewaktu menatarias Ayda Jebat di hari pernikahan beliau.
Menurutnya, masalah utama yang acapkali dihadapi oleh peminat tudung bawal, khususnya tudung bawal jenis kain Satin Silk adalah kekangan untuk mengekalkan awning tudung terletak sepanjang hari. Ini kerana materialnya lebih nipis berbanding tudung lain.
Sehubungan itu, penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan hair spray yang sesuai. Terdapat pelbagai variasi dan ketahanan pada setiap hair spray yang membuatkan ia berbeza antara satu sama lain.
Oleh itu, hijabi disarankan untuk memilih hair spray yang mempunyai klasifikasi Extra atau Strong Hold, tanpa mengira jenama. Kerana hanya hair spray jenis ini akan membantu awning tudung bawal sis bertahan lama. Jenis lain belum tentu tau, jadi hati-hati memilih hairspray ya.
2. Gunakan Kanji Tudung
Selain dari guna hair spray, satu lagi tips yang berkesan untuk anda mendapatkan tudung yang terbentuk elok, adalah dengan menggunakan kanji untuk mengeraskan tudung atau lebih dikenali sebagai (hijab starch).
Kelebihan menggunakan kanji pada tudung ni, selain membuatkan awning tudung bawal anda kekal terpacak, hijab starch ni baunya pun lebih wangi, dan sudah tentu amat mudah untuk digunakkan!
Hijabi hanya perlu semburkan kanji tudung beberapa kali sebelum gosok tudung anda tu, tapi cara nak apply kanji tu pun kena betul tau, barulah dapat kesan yang baik bila pakai tudung bawal nanti.
Tiga Langkah Betul Untuk Apply Hijab Spray
Pertama, laraskan suhu seterika mengikut jenis material tudung yang anda ingin gayakan samada, Satin, Viscose, Cotton, Chiffon atau Moss Crepe agar suhu seterika bersesuaian, barulah tudung tak mudah terbakar.
Kedua, sebelum sembur kanji tudung tu, goncang botol kanji tu terlebih dahulu, biar larutan kanji tu sebati, kemudian semburkan pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
Ketiga, bila dah sembur bolehlah sis mula menggosok tudung secara rata guna seterika. Dah siap gosok, dijamin mudah untuk anda bentukkan awning tudung bawal anda tu dan gayakannya mengikut citatasa masing-masing.
Hijab sama juga seperti pakaian memerlukan penjagaan rapi. Jika penjagaan hijab dilakukan sambil lewa sahaja, hayat hijab kesayangan anda mungkin tidak panjang. Tentu sedih bukan apabila anda tidak lagi berpeluang memakai hijab kesayangan anda itu lagi.
Fabrik hijab hadir daripada pelbagai jenis fabrik. Jadi, cara penjagaannnya juga adalah berbeza. Maka sebab itulah anda perlu bijak memilih cara cucian yang tepat mengikut jenis fabrik hijab. Jika tidak kena dengan cara cuciannya, hijab akan nampak kusam, pudar warnanya dan tidak menarik lagi untuk dipakai.
Oleh itu amat penting untuk hijabi mengenal jenis fabrik hijab supaya cara cucian hijab dapat disesuaikan dengan fabrik hijab itu sendiri.
HIJAB FABRIK SIFON
Hijab daripada fabrik sifon menjadi pilihan ramai hijabi kerana fabrik jenis ini ringan dan senang untuk dibentuk. Walau bagaimanapun penjagaan rapi hijab daripada sifon harus ditekankan kerana fabriknya mudah tercarik. Elakkan sama sekali memberus ketika mencuci tudung jenis ini. Untuk cucian mesin, masukkan sahaja hijab anda ke dalam beg basuhan khas pakaian dalam kerana hijab yang dicuci akan lebih selamat.
HIJAB FABRIK KAPAS
Tudung dari fabrik ini antara yang popular digunakan dan dijual di pasaran. Hal ini kerana jenis fabrik kapas yang lebih selesa dikenakan sesuai dengan iklim cuaca panas di Malaysia. Sewaktu mencuci tudung ini, elak menggunakan bleach atau bahan kimia lain selain dari pencuci biasa. Anda boleh membasuh tudung anda dengan tangan atau washing machine dengan air sejuk atau suam. Seeloknya tudung yang berlainan warna diasingkan bagi mengekalkan warnanya. Fabrik ini akan mengalami sedikit kecutan, jadi untuk mengatasinya semasa iron tudung tersebut, semburkan dengan air atau untuk lebih mudah gunakan sahaja steam iron.
HIJAB FABRIK PASHMINA
Bagi pemakai tudung ini, penjagaannya agak mudah. Jika hendak mencuci tudung ini, rendamkan sahaja dengan air bersih bercampur sedikit pencuci selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan sedikit pelembut fabrik dan keringkannya di kawasan teduh. Elakkan dari menjemur terus ke pancaran terik matahari kerana ia berisiko untuk merosakkan fabrik tudung anda.
HIJAB FABRIK SUTERA
Amalkan basuhan tangan dan elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut. Cukup dengan hanya rendaman dalam air bersih bercampur pelembut kain. Kalau anda nak tahu, pelembut pakaian dapat menjadikan sutera anda semakin lembut, bersinar dan menambah seri warna serta corak tudung. Sekiranya tudung sutera anda terkena kotoran, segeralah mencucinya. Elakkan daripada menggunakan peluntur kerana ia berpotensi untuk mereputkan sutera kesayangan anda.
DETERGEN DAN PELEMBUT 2 DALAM 1
Salah satu cara untuk menjaga pakaian kesayangan anda ialah dengan menggunakan Max Kleen9 Softergent. Max Kleen9 Softergent menggabungkan detergen dan pelembut dua dalam satu.
Produk detergen dua dalam satu dengan pelembut kain ini mampu membersihkan dan melembut pakaian dengan hanya satu cucian. Bukan hanya menghilangkan kotoran tetapi dalam masa yang sama memberi kelembutan pada fabrik, memelihara warna fabrik serta membunuh sehingga 99.9 % bakteria dalam satu langkah.
Max Kleen9 Softergent bukan sahaja membersihkan dan melembutkan pakaian, ia juga mesra alam sekitar, menjimatkan masa dan wang serta praktikal untuk gaya hidup masa kini. Max Kleen 9 hadir dengan tiga varian iaitu Max Kleen9 Softergent Colour Care, Max Kleen9 Softergent Ultra Soft dan Max Kleen9 Softergent Anti Bac.
Max Kleen9 Hijab Wash pula dicipta khas bukan hanya untuk fabrik hijab tetapi juga sesuai digunakan untuk pakaian daripada fabrik ‘halus’ dan lembut. Sesuai digunakan untuk memelihara skaf, shawl dan juga layah (hair veil). Max Kleen9 Hijab Wash juga amat sesuai untuk cucian baju kurung dan baju kebaya daripada bahan sutera, sifon dan juga lace.
Sembilan manfaat kegunaan Max Kleen9 Hijab Wash ialah ia mempunyai kuasa haruman yang berpanjangan, anti sebum, hypoallergenic dan diuji secara dermatologi, membersihkan kotoran degil dan noda solekan, mudah diseterika, melembutkan fabrik, melindungi kain yang halus, mengelakkan warna daripada pudar dan selamat untuk kulit tangan.
Max Kleen9 Softergent dan Max Kleen9 Hijab Wash menjadikan pakaian dan hijab anda lebih panjang hayatnya. Ianya disahkan halal oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa was-was.