Buat para hijabi yang menggunakan tangki seterika wap untuk menggosok hijab pasti pernah mengalami masalah seperti keadaan tudung berubah warna atau meninggalkan kesan pada tudung akibat daripada air di dalamn tangki wap tersebut sudah kotor akibat habuk persekitaran.
Jika anda gemar menggunakan seterika wap, anda perlu tahu bahawa seterika wap tersebut akan menjadi berlumut jika dinding tangki itu tidak dicuci dengan bersih. Pasti anda geli kalau pakaian atau tudung anda terkena juga. Oleh kerana ia senang berlumut, ramai yang mengabaikan kebersihan seterika wap ini kerana anda fikir seterika wap ini berisi air, maka ia tidak akan kotor.
Artikel Berkaitan: Eggan Dahi Nampak Luas Ketika Pakai Tudung, Ini Tip Penggayaan Sorok ‘Jendul’ Dan Ikut Bentuk Muka.
Satu kesalahan jika anda memikirkan ianya tidak akan kotor. Jangan risau, ini adalah perkongsian ringkas daripada Repair Iron Bangi. Tak adalah anda risau mempunyai wap seterika yang bersih. Tak perlu risau lagi dah. Ini adalah cara yang anda boleh lakukan di rumah sahaja tanpa susah-susah:
2. Seterusnya pastikan anda tutup saluran air yang berada di bawah tapak tangki itu. Ini dapat membantu proses anda mencuci kemudian agar air pencuci tidak akan keluar.
3. Pastikan anda memasukkan pencuci tangki sebanyak 2 liter ke dalam tangki seterika wap anda.
4. Biarkan ia selama sejam untuk kekotoran itu keluar.
5. Selepas anda keluarkan air pencuci tangki tadi ke dalam bekas kosong. Pastikan anda buang air itu sehingga habis.
6. Pastikan anda bilas tangki dengan air panas agar kotoran di dalam tangki tersebut dikeluarkan. Bilas sehingga bersih. Apabila bersih, pasang semua tapak tangki dan anda boleh menggunakannya.
Artikel Berkaitan:
Tip Memilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Instagram Cantik Sis!7. Akhir kata, seterika wap ini mempunyai banyak kelebihan jika anda menggunanya. Ia sangat menjimatkan masa, memudahkan urusan anda serta jimat elektrik. Anda boleh sahaja lakukan cucian ini sekiranya mempunyai kotoran dan lumut.
Sumber: Facebook Repair Iron Bangi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.