Nak jaga pakaian yang berwarna putih memang agak sukarkan, tambah lagi tudung putih. Selain mudah kotor, pakaian berwarna putih juga ini akan susah untuk dibersihkan dengan kesan minyak dan solekan yang melekat di tudung.
Justeru, sebab itulah kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih pakaian yang berwarna gelap. Tapi, kini, sis semua tak perlu gusar lagi!
Di sini Hijabista kongsikan tips menjaga tudung atau pakaian putih yang dikongsikan oleh tiga selebriti ini! Boleh lah hijabi ootd dengan baju dan tudung putih dengan gembira selepas ini.
Pakai Warna Putih Perlu ‘Extra Care and Careful’ – Hawa
Namanya kini sedang mencanak naik setelah menggantikan Neelofa mengemudi rancangan MeleTOP sebagai pengacara. Justeru, sebagai selebriti Hawa Rizwana Redzuan juga acapkali dilihat menggayakan busana lengkap dengan tudung serba putih terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis dengan dresscode tertentu.
Hijabista sempat menemubual Hawa dan bertanyakan apakah tip yang diamalkan ketika dia perlu menggayakan busana atau stail dalam rona warna putih.
“For me biasalah, bila kita pakai tudung putih, baju putih, masa tu lah kita akan makan macam-macam benda atau melakukan pelbagai perkara yang mungkin merisikokan pakaian kita.
Ads
“Jadi kena extra care and careful, bila pakai baju putih ni. Tapi kalau tak boleh jaga, jangan pakai tudung putih,” seloroh Hawa.
Bawa Tisu Banyak-Banyak Especially Bagi Yang Makan Comot! – Sharifah Rose
Namun, lain pula perspektif yang diutarakan oleh pelakon yang namanya sering meningkat naik dan menjadi sorotan netizen iaitu Sharifah Rose.
Menurut Rose sebagai selebriti dan pempengaruh media sosial, dia juga tidak dapat lari dari menggayakan rona putih. Kerana rona ini begitu menarik jika mahu menonjolkan imej yang suci dan polos.
Tetapi bagi seorang yang ‘makan comot’ seperti Rose, dirinya akui agak struggle untuk dia mengekalkan kejelitaan di kahalayak umum ketika mengayakkan busana putih. Jadi ini yang Rose selalu lakukan untuk kekalkan buasana putih bersih dan bebas comot!
“Kalau macam Rose, memang makan comot tau. Susah gila nak jaga bila baju putih. Memang nervous!
“Selalunya, Rose akan bawa tisu banyak-banyak dalam bag tangan. Memang banyak gila tisu. Ataupun kadang-kadang akan ada bib yang plastik tu untuk makan, supaya tak comot. Sebab memang Rose makan comot,” ujarnya.
Lepas Pakai Pastikan Terus Cuci – Nurida Suraya
Bagi suri hati kepada pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini warna putih merupakan antara warna kegemaran beliau dan sering digayakan untuk menghadiri pelbagai majlis.
Ads
Sehubungan itu, dek kerana begitu sinonim dengan pemakaian warna putih. Nurida boleh dikatakan sudah ‘masak’ dengan kerenah warna suci itu. Justeru, Ida berkata tip yang sering diamalkan jika memakai warna putih adalah seperti berikut.
“Kalau pakai tudung putih ni memang kena berhati-hati lah sebab tudung putih memang senang kotor.
“Tapi kalau kata lepas pakai memang terus kena cuci. Sebab kotoran mudah melekat. Kadang-kadang make-up atau apa,dikena terus balik cuci tudung,” kongsinya lagi.
Haa.. Sekarang dah tau tip dan hacks jika menggayakan warna putih kan? Lepas ni boleh la hijabi amalkan dan gayakan warna putih dengan lebih yakin tanpa perlu risau akan comot! Selamat mencuba.
Tidak salah tau kalau anda berhijab dan suka memakai aksesori lagi-lagi bila berada dirumah. Korang tahu tak sebenarnya kalau nak pilih aksesori pun ada tip tau supaya rambut tak rosak! Buat yang memakai hijab, semestinya kita nak jaga betul-betul rambut tu walaupun di luar anda menutup aurat.
Cekak rambut, getah rambut, klip besi untuk rambut sebenarnya boleh menjadi penyebab rambut anda rosak tanpa disedari. Terutama sekali buat mereka yang berhijab kerana sudah seharian memakai hijab. Jangan risau, anda hanya perlu pandai memilih aksesori yang baik untuk rambut dan kulit kepala.
Penggunaan aksesori rambut yang betul, dapat membantu mengelakkan rambut tercabut secara tidak sengaja. Jika sayangkan rambut dan tak nak rambut botak, gunakanlah aksesori yang selamat terutama sekali buat para hijabis!
Pilih aksesori dengan betul
Penggunaan aksesori yang betul dapat mengelakkan rambut dari rosak. Terutama sekali buat kita para hijabis yang memakai tudung lebih 8 jam sehari. Malah, anda dinasihatkan untuk mengetahui jenis rambut anda untuk mengelak daripada rosak. Sentiasalah rawat rambut rosak dan memakai produk yang betul.
1. Gunakan cekak rambut kain
Buat para hijabi, ketika anda berada di rumah gunakan seeloknya cekak rambut kain. Ambil cekak rambut yang diperbuat daripada material microfiber. Malah cekak jenis ini bukan sahaja selesa untuk dipakai setiap hari tetapi ianya lembut dan tidak merosakkan rambut.
2. Ikat rambut menggunakan Scrunchie
Ramai yang kini menggunakan scrunchie untuk mengikat rambut kerana nampak comel dan bergaya. Rupanya, scrunchie dapat mengelak daripada rambut gugur. Scrunchie yang terbaik adalah scrunchie yang diperbuat daripada sutera. Ianya sangat lembut dan tidak akan menyebabkan rambut gugur tetapi harganya agak mahal. Anda boleh menggunakan scrunchie yang diperbuat dari kapas juga.
3. Elak memakai aksesori terlampau lama pada rambut anda.
Pakai hijab sahaja sudah lama jadi anda juga tidak digalakkan memakai terlampau lama. Walau bagaimanapun, pengunaan yang terlalu kerap dan lama boleh menyebabkan rambut rosak dan putus. Selain itu, ia boleh menyebabkan rambut anda berisiko bergumpal dan menjadi kusut. Pastikan apabila anda memakai hijab, anda tak perlu untuk memakai aksesori pada rambut. Cukup sekadar memakai getah rambut untuk membantu mengikat rambut anda.
Elakkan juga untuk membuka perhiasan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan rambut.
4. Pilih pin dan klip rambut dengan betul
Pastikan anda memilih klip rambut yang betul dan tidak merisikokan rambut untuk rosak. Klip rambut besi sangat tidak digalakkan kerana ia akan merosakkan rambut anda. Pastikan anda tidak memakai klip rambut yang tajam, jadi tukarkan kepada klip yang diperbuat daripada getah atau kain.
Pastikan juga anda tidak tidur dengan klip rambut. Ini untuk mengelakkan rambut daripada rosak, tercucuk atau melukakan kulit kepala anda.
Akhir kata, pastikan anda menjaga rambut dengan baik supaya rambut kekal sihat dan tidak mudah rosak. Jika anda mempunyai masalah atau keraguan tentang kulit kepala dan rambut gugur yang teruk boleh berjumpa dengan pakar supaya anda mengetahui masalah rambut anda. Pakai hijab bukan penghalang untuk kita menjaga rambut ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda alami masalah kulit kepala yang pedih dan sakit bila terlalu lama berjemur bawah matahari? Jika ya, kulit kepala anda berkemungkinan akan menjadi rosak akibat pendedahan itu.
Sinaran matahari buat kulit kepala menjadi menggelupas?
Mengikut petikan dari verywellhealth, keadaan kulit kepala boleh menjadi iritasi dan rosak akibat pendedahan cahaya matahari yang berlebihan. Ianya memburukkan lagi keadaan kulit kepala apatah lagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitive.
Sinaran matahari itu juga boleh menyebabkan iritasi pada beberapa Kawasan di kulit kepala. Terdapat pelbagai symptom yang boleh terjadi, antaranya:
Kulit kepala menjadi kemerahan
Ada kesan bengkak
Lepuh
Kulit menjadi kering
Kulit kepala menggelupas
Malah keadaan akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu alami satu kecederaan pada kulit kepala. Mereka akan mengalami masalah seperti:
Badan menjadi lemah
Rasa pening
Mudah pengsan
Dehidrasi
Boleh ke sun burn menyebabkan rambut jadi gugur?
Pendedahan sinaran matahari yang berlebihan boleh merudumkan kesihatan kulit kepala. Tetapi masalah itu tidak membawa kepada keguguran rambut.
Namun, kulit kepala yang menggelupas boleh sahaja menghilangkan beberapa helaian rambut. Jangan khuatir sis, setelah kulit kepala sembuh, rambut boleh tumbuh semula.
Ada cara untuk atasi masalah ini!
Iritasi pada kulit kepala boleh sahaja diatasi dengan beberapa Langkah yang boleh anda ikuti, seperti:
Mandi air sejuk atau tuam kepala dengan air sejuk atau basah
Cuba ambil ubat tahan sakit OTC seperti advil atau motrin (ibuprofen) atau Tylenol (acetaminophen) untuk melegakan sakit (ikut preskrepsi doktor)
Kurangkan bengkak kepala dengan krim pelembap yang ringan atau aloe vera
Jadi walaupun anda berhijab, seeloknya pakai juga topi untuk elakkan masalah yang akan terjadi!
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri terbaru, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Hijabi khususnya, gegadis diluar sana yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual MH, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...