Sebelum berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan ada baiknya anda baca dahulu perkongsian doktor ini. Moga ia menjadi satu perkongsian yang berguna untuk semua dan kita lebih berhati-hati. Kalau yang pernah buat, lepas ini elakkan buat lagi perkara yang sama.
Tips pesakit muslimat agar disenangi klinik gigi.
1. SANGGUL KEPALA
Sanggul atau bonjot rambut. Tak perlu tinggi, susah doktor gigi nak lihat gigi atas. Buat rawatan lagi la payah. Silap–silap doktor gigi bongkok dulu sebelum sempat umur 65 tahun.
2. FOUNDATION
Muka kalau hendak pakai foundation ala kadar sahaja, sekali kena spray air handpiece terus cair. Lagi best terkena glove tangan doktor. Bila bersentuh muka dan glove, dah rupa orang pakai bedak sejuk malam–malam nak tidur.
3. MASKARA DAN BULU KENING
Tak kisahlah pakai bulu mata implant ke atau jenis sapu maskara tebal–tebal. Sekali terpercik air scaler cuci mulut tu, tengok rupa pun celoreng–celoreng serupa ‘patung opera’.
4. GINCU (LIP GLOSS)
Buang atau lap awal–awal sebelum masuk bilik surgeri doktor, kalau tak pakai lagi bagus. Bukan apa, apabila kena jari glove doktor gigi, muka nampak comot seperti badut. Ini serius tau. Melekat pada instrument pergigian. Itu susah dan leceh staf klinik gigi nak bersihkan.
Ads
5. RAMBUT
Bagi yang berambut panjang, pastikan diikat kemas. Jangan panjang mengurai terbang ke muka atau mulut. Bila doktor gigi nak buat rawatan, rambut masuk mulut kadang-kadang tertarik rambut sekali.
6. BAJU
Pastikan tutup dada molek–molek. Jangan nampak segala lurah–lurah bukit. Baju belakang jangan singkat, nampak warna ‘spender’ bila kau duduk kumur. Kau nak buat rawatan gigi je pun, bukan nak berdating.
Ads
7. KAIN SKIRT
Kain juga, jangan singkat-singkat atas paras lutut. Tiba-tiba kau menggeliat sakit atau takut atau apa-apa atas kerusi pergigian tu, tak ke terselak? Tolong ya, sopan sikit sebab sekiranya yang merawat adalah doktor lelaki, doktor lelaki tersebut mungkin adalah suami orang atau bapa orang.
Jaga aurat okay. Sebenarnya mereka tengok pun segan, tapi malu nak tegur.
8. TUDUNG
Kalau nak pegi jumpa doktor gigi untuk periksa atau buat rawatan gigi, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, cucuk pin sana, cucuk pin sini, kan dah payah dah nak periksa dalam mulut, payah nak buka mulut luas-luas. Pakai tudung biasa-biasa…sarung ‘zasss’ dah.
Tudung ala-ala Yuna ke, Siti Nurhaliza ke, Fareeda ke, Ariani ke, tudung artis suam-suam kuku ke..tinggalkan di rumah bila jumpa doktor gigi.
Ads
Pakai biasa-biasa dah. Tudung mak jemah pergi pasar pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu kau ada konsert atau nak buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu.
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor gigi nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Lepas tu pesakit ramai dan tak sabar di luar tunggu…dah memekak pada staff di kaunter.
******************
Itu sahaja, saya pun seram-seram nak tegur depan-depan sebab ada pesakit yang muncung sebatu nanti hahaha.
Terima kasih Public Health Malaysia kerana mendengar suara hati doktor gigi.
Please ya kakak adik maness semua. Kita sama-sama saling mengingati dan perbaiki. Gunakan media sosial untuk berkongsi yang baik-baik.
Video yang dimuat naik sejak 4 April itu sudah mencecah 17.3 juta tontonan di Instagram Tya pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengundang pelbagai komen warganet.
Lakonan hebat Ogy sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, begitu juga dengan Tya apabila berjaya memperlihatkan sisi berbeza dirinya dalam berkarya, antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.
Strategi pemasaran usahawan muda ini lain dari pada yang lain, tidak meletakkan promosi produk secara murahan, drama pendek ini tarik perhatian netizen patah lagi bergading dengan pelakon lagend. Tya akui, satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.
“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.
“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.
“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.
Tak tampar hanya teknik lakonan
Sementara itu, Ogy berkata, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik betul.
“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.
Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara. Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.
“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.
“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” katanya.
Rata-rata komen netizen menerima baik lakonan Ogy yang semestinya memberi kesan yang mendalam.
Bukan sekadar menonton drama pendek ini, anda berpeluang menang duit raya daripada Tya Arifin. Mudah sahaja hanya Tonton sampai akhir drama pendek ini di Youtube Tya Arifin untuk sertai peraduan ‘giveaway’ duit raya https://youtu.be/2uup5dcA_Kg
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang terpesona melihat solekan ringkas yang dikenakan pelakon kecil molek Elfira Loy di majlis pertunangannya. Walaupun tanpa melukis kening, solekan di bahagian mata tetap menyerlah kejelitaan Elfira.
Pelakon ini juga memang sedia maklum agak particular bab menjaga keningnya. Masih teringat sesi fotografi dengannya sudah diingatkan pada jurusolek agar jangan buat apa-apa pada keningnya. Biarkan ia semula jadi dibentuk begitu tanpa membuang atau mencukur supaya kelihatan nipis.
Bagi yang tidak mempunyai bulu kening pula pastinya akan berasa sedikit malu dan kelihatan sedikit tidak menarik. Walaupun kening boleh dilukis menggunakan pensil kening, tetapi ada beberapa cara semulajadi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kening tebal.
Ini adalah cara paling mudah untuk melebatkan kening anda:
Minyak Kelapa – Untuk mendapatkan kening penuh berani dan tebal, anda boleh menggunakan minyak kelapa. Ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakan pertumbuhan bulu kening yang tebal. Caranya dengan menyapu terus ke kening dan biarkan semalaman.
Sapu pada kening dan biar semalaman.
Vaseline – Vaseline atau jeli petroleum berkesan untuk membuat kening anda tebal. Sapukan bahagian kecil di kening anda 3 hingga 4 kali sehari dan anda boleh lihat hasil yang positif dalam tempoh 3 bulan.
Urut – Mengurut kening adalah cara yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.
Rajin-rajinlah urut kening.
Vitamin B & D – Ini penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman dan penampilan fizikal anda. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Ia akan membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.
Minum Air – Air adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membantu membuanh semua bahan toksik daripada tubub anda melalui air kencing. Mula minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini akan meningkatkan sistem badan dan meningkatkan pertumbuhan bulu kening.
Minum air untuk meningkatkan pertumbuhan kening.
ELAKKAN: Losyen dan over-plucking. Apabila anda menyapu krim atau losyen di wajah, kalau boleh elakkan dari terkena di kening. Hal ini kerana bahan kimia pada losyen/krim boleh merosakkan folikel bulu kening dan menghentikan pertumbuhan.
Kehidupan sebagai seorang wanita Muslim yang berhijab di sebuah negara bukan Islam ada cabarannya tersendiri, terutamanya apabila pihak sekeliling sering menjadikan hijab sebagai satu perkara yang dipertikaikan. Ada yang cuba mengharamkan pemakaiannya dan tidak kurang juga wanita Muslim berhijab diserang gara-gara pilihan mereka untuk menutup aurat.
Namun perkara ini bukanlah halangan buat mereka yang bercita-cita tinggi, kekal dengan iman dan bijak. Seperti yang berlaku kepada wartawan dan penerbit berita bernama Ayah Galal, dia menjadi wanita Muslim berhijab pertama yang tampil di kaca televisyen sebagai pembaca berita di Connecticut, Amerika Syarikat.
Dalam cacatannya yang dimuat naik di laman Instagram, Ayah berkata, ” Hari ini merupakan hari pertama saya membaca berita di @WFSBnews dan ini menandakan kali pertama wanita berhijab sebagai pembaca berita di Connecticut! Saya sangat teruja dengan pencapaian peribadi dan profesional ini.”
Merupakan sorang graduan dari Universiti Quinnipiac, dia mengambil jurusan kewartawanan dan sains politik. Laporan dan penceritaan video beliau telah diiktiraf oleh Persatuan Wartawan Profesional Connecticut dan Anugerah Media Kolej Pinnacle. Ayah juga menerima Anugerah Pencapaian Akademik Persatuan Alumni universitinya kerana memperoleh kedudukan skolastik tertinggi dalam kelasnya.
Kini bekerja sebagai penerbit berita di WTNH News 8 yang merupakan sekutu ABC di New Haven, Connecticut. Sebagai penerbit, Ayah menyelia penulisan, penerbitan dan masa siaran berita. Kebanyakan pengalamannya adalah dalam menghasilkan siaran berita jam 6 petang, 10 malam dan 11 malam untuk News 8.
Dalam temubual bersama CT Insider, dia berkata, “Saya takut disebabkan hijab, tiada stesen berita akan menerima saya untuk jawatan yang memerlukan saya bersiaran ke udara, jadi itulah sebabnya saya pada mulanya mengambil jawatan di belakang tabir, tetapi rakan sekerja saya mendesak saya untuk melakukannya.”
Menyifatkan sokongan rakan-rakan sebagai satu peniup semangat, wanita anggun ini berkongsi tentang hal tersebut,”Sepanjang perjalanan saya, saya mempunyai keraguan tentang bagaimana untuk menembusi industri, terutamanya sebagai seseorang yang memakai hijab, tetapi mujurlah, saya mempunyai rakan sekerja yang sangat menyokong yang telah menggalakkan saya sepanjang perjalanan karier.”
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!