Nasi tidak bersalah! Selalunya bila hendak diet, ramai yang menolak makan nasi. Mereka lebih memilih untuk makan roti. Kononnya apabila makan roti, proses menurunkan berat badan jadi lebih cepat dan berkesan.
Sebenarnya makanan yang berasaskan gandum ada banyak kelemahannya berbanding makan nasi. Berikut perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman
UBAH AMALAN MAKAN GANDUM..KEMBALILAH MAKAN NASI
Kenapa? Gandum tinggi kandungan protein gluten yang berisiko menyebabkan ‘leaky gut’ dikaitkan dengan:
1) Alergi.
2) Masalah angin dan kerosakan pencernaan.
3) Gangguan mental.
4) Kepenatan kronik.
5) Penyakit gangguan imun termasuk autoimun.
6) Penyakit gangguan hormon
7) Berlebihan berat badan.
Penyakit biasa ini makin berleluasa. Jika hendak tunggu barat FDA kata bahaya gandum kena spray glyphosate, ini umpama tunggu penjual produk kata produk dia mungkin beracun jika ambil jangka masa panjang. Bukan kata gandum ini racun, tapi kemungkinan mudarat itu banyak.
Sudah tentu kuantiti memainkan peranan. Tapi genetik orang kita sudah tentu serasi makan nasi. Penyakit di atas makin membarah. Masyarakat kita pulak makin ketagihan makanan bergandum. Buktinya roti canai dan roti bantal makanan utama sewaktu PKP.
Jika hendak sihat, kurus, cerdas mental dan awet muda, cubalah berhenti sebulan atau dua bulan makan makanan berasaskan gandum. Anda boleh nampak perubahan ketara. Makan nasi, tak jimat, tak cepat tapi lebih selamat. Kurang mudarat. Lebih sihat. Badan jadi kuat.
7 SEBAB MAKAN NASI BERBANDING MAKANAN DARI GANDUM
1) Nasi memang lebih kenyang banding roti.
2) Lagi gemuk makan roti putih banding makan nasi putih.
3) Nasi sangat kurang alergi banding roti.
4) Nasi tiada masalah angin leaky gut macam roti. Roti berisiko rosakkan sistem pencernaan.
5) Nasi pun tiada isu gangguan imun dan autoimun macam roti.
6) Ramai yang tidak tahu, makanan gandum ini dikaitkan risiko menyebabkan hypothyroid.. Hypothyroid sebabkan gemuk juga. Mungkin ini juga alasan no 2.
7) Nak tenaga (gula) cepat? Nasi lebih cepat cerna berbanding roti. Jangan keliru sebab ada orang makan nasi jadi mengantuk. Itu badan yang bermasalah.
Makanan daripada gandum memang lazat. Sekali-sekala bolehlah makan. Tapi kalau hendak sihat, nasi jauh lagi selamat. Cegah sakit melarat dan elak mudarat. Gantilah makan roti dengan nasi.
Sumber kredit: Dr Hafiz Sulaiman Top image: Photo by charles-chen Unsplash.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI