Menurut saranan American College of Sport Medicine, preskripsi senaman untuk golongan berusia 35 tahun ke atas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu senaman untuk sistem daya tahan jantung, kekuatan/daya tahan otot dan keseimbangan.
Berdasarkan kajian, aktiviti fizikal dan senaman yang dilakukan sama ada di pusat kecergasan, gim mahupun di rumah oleh golongan yang berusia lebih dari 35 tahun ke atas mampu meningkatkan prestasi fizikal, fisiologikal, psikologikal dan kualiti kehidupan.
Menurut Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, dari aspek fizikal, senaman dapat membantu dalam mengoptimumkan tahap sistem kardiovaskular, meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot. Malah, melalui senaman, golongan ini juga dapat memiliki komposisi badan yang baik dengan meningkatkan peratusan otot, komposisi tulang, dan mengurangkan peratusan lemak.
Ads
Tambah beliau lagi, dari aspek fisiologikal, ianya dapat meningkatkan kadar nadi latihan maksimum, kapasiti paru-paru dan penurunan tekanan darah.
“Senaman juga boleh menghasilkan peningkatan tahap psikologikal dan kognitif. Semua kelebihan dari melakukan senaman diusia emas ini dapat membantu seseorang itu meningkatkan kualiti kehidupan dan melambatkan proses penuaan,” ujarnya.
Ads
Bagi mereka yang sentiasa cergas melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik yang boleh membebankan kewangan individu serta keluarga untuk menanggung kos perubatan yang tinggi.
Ads
JENIS SENAMAN
Menurut saranan American College of Sport Medicine, preskripsi senaman untuk warga emas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu senaman untuk sistem daya tahan jantung, kekuatan/daya tahan otot dan keseimbangan.
“Untuk senaman sistem daya tahan jantung, senaman seperti berjalan perlahan, berjalan pantas, berjoging dan berbasikal boleh dilakukan dengan mengunakan peralatan seperti mesin treadmill dan ergometer basikal. Bagi senaman untuk meningkatkan kekuatan/daya tahan otot, ianya boleh di lakukan dengan latihan bebanan menggunakan peralatan gim seperti mesin senaman untuk otot spesifik, atau menggunakan peralatan seperti dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band dan tubing. Senaman keseimbangan pula boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti bola senaman, dan bola BOSU,” ujarnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bilqis Abdul-Qaadir adalah pelopor dalam dunia pendidikan Islam dan hak wanita. Namanya disegani dan menjadi sejarah kerana dia merupakan wanita Islam pertama yang bermain bola keranjang NCAA (National Collegiate Athletic Association).
Bilqis Abdul-Qaadir merupakan seorang Hijabi Amerika yang sentiasa mempunyai impian besar untuk bermain bola keranjang profesional. Dia telah menunjukkan beberapa persembahan ‘cemerlang’ sepanjang kerjayanya, serta sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana keazamannya dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam.
Melakar Sejarah di NCAA (National Collegiate Athletic Association)
Menjadi wanita Islam pertama yang berhijab untuk bermain bola keranjang dalam sejarah NCAA adalah peluang yang baik untuk Bilqis mewakili Islam di pentas besar. Namun, Bilqis akui terbeban apabila menjadi ‘spotlight’ dan sorotan ramai. Dia akui bukan mudah untuk memecahkan persepsi masyarakat terhadap wanita berkulit hitam dan beragama Islam.
Dia mendedahkan bahawa menjadi ‘minoriti’ adalah perjalanan yang sangat sukar sukar. Ada ketikanya Bilqis terpaksa meminjam bilik persalinan pasukan lain untuk beribadat. Pun begitu, Bilqis mengakui berbangga dengan keimanan dan pegangannya.
“Menjadi satu-satunya orang Islam adalah sukar. Kami solat lima kali sehari, dan kadang-kadang saya perlu solat semasa latihan atau semasa perlawanan. Ada ketikanya saya terpaksa meminta izin untuk menggunakan bilik persalinan pasukan lain untuk solat. Tetapi saya semakin berbangga dengan iman saya dari semasa ke semasa.” katanya melalui Insider.
Bukan itu sahaja, dia telah diiktiraf sendiri oleh bekas Presiden Barack Obama sebagai ‘inspirasi’ dan dijemput ke Rumah Putih pada 2009. Bahkan, dia merupakan salah seorang daripada 14 orang Muslim Amerika yang dijemput ke ‘percubaan tertutup’ dengan Presiden Obama pada 2015.
Pertahankan hak untuk memakai hijab
Pada 2013, Bilqis menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya ketika dia bersedia untuk bermain di Eropah. Pemakaian hijabnya dikatakan melanggar peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa yang melarang penggunaan penutup kepala tertentu. Oleh itu, dia tidak dapat bermain secara profesional. Pada waktu itu, dia hampir menyerah dan berputus asa.
Bilqis mengambil masa empat tahun dan berjuang untuk menentang undang-undang tersebut sebelum Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa( FIBA) akhirnya meluluskan peraturan baharu yang membenarkan pemain memakai penutup kepala pada 2017.
Bilqis Abdul-Qaadir is the reason women can wear hijabs on FIBA basketball courts, but the four-year fight to get there sidelined her own basketball career
Peraturan baru tersebut telah berjaya membuka mata ramai. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut turut diguna pakai bukan sahaja kepada wanita Islam, tetapi juga kepada lelaki Sikh yang memakai serban dan lelaki Yahudi yang memakai ‘kippah’.
Tambahan itu, hasil perjuangannya, dia turut memenangi anugerah ‘Freedom from Fear (Bebas dari Ketakutan)’ di Kongres Dunia UNI di Liverpool kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam sejarah NCAA serta berani menentang peraturan FIBA .
“Mengetepikan impian bermain secara profesional adalah satu pengorbanan. Dalam kes saya, kadangkala anda boleh melepaskan sesuatu yang anda suka sebagai pertukaran untuk sesuatu yang lebih baik. Sekarang saya melihat buah pengorbanan saya.”’
Sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pemain Gatorade Massachusetts 2009, Western Massachusetts Player of the Year, C-USA Academic Medalist 2010 dan pelbagai anugerah lain.
Kisah perjuangan Bilqis turut difilemkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Life Without Basketball’ yang diiarahkan oleh Tim O’Donnell dan John Mercer pada tahun 2018.
Menggalakkan orang ramai memakai hijab
Hijabista sempat menjengah ke Instagram Bilqis dan mendapati dia masih meneruskan perjuangannya dan menggalakkan orang ramai untuk memakai hijab sempena World Hijab Day. Dia tidak lupa untuk memuji kecantikan dan usaha orang ramai dalam pemakaian hijab.
Bilqis kini merupakan pengarah sukan masjid London dan merupakan pengasas bersama Dribling Down Barriers, sebuah program latihan yang menggalakkan kepelbagaian dalam bola keranjang. Bilqis kekal komited terhadap kepelbagaian dan penyertaan dalam sukan dan sedang giat berusaha untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk gadis dan wanita Islam.
Dia juga merupakan seorang penceramah motivasi yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengejar impian mereka serta menjadi berani mengatasi pelbagai halangan dalam bidang yang diceburi. MasyaAllah, kisah perjuangannya wajar dipuji dan semestinya Bilqis Abdul-Qaadir merupakan pencetus inspirasi buat muslimah!
Selepas video pendek bersama ayah tersayang menjadi viral, Cik Manggis dari kumpulan De Fam sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila dia memuat naik videonya bermain kasut roda empat tayar yang kelihatan begitu lincah dan lasak!
Menerusi laman Instagramnya, Cik Manggis atau Nurshazwani Shamsuddin kelihatan begitu aktif bermain kerusi roda empat tayar sehingga terjatuh! Gayanya yang santai sambil memakai hijab berjaya mencuri tumpuan netizen sehingga ramai yang teruja melihat kelincahannya dalam video tersebut.
Setting goals beyond my reach so I always have something to live for.
(Menetapkan matlamat lebih dari apa yang dicapai menjadikan saya sentiasa mempunyai objektif untuk hidup)
Biarpun ramai yang risau dengan Cik Manggis apabila terjatuh, namun dia masih lagi tersenyum lebar dan tidak berhenti untuk berlatih menggunakan kasut roda empat tayar yang dipakainya itu. Rata-rata peminatnya serta rakan selebriti turut memenuhi ruangan komen hantaran itu dengan reaksi yang penuh dengan keterujaan.
Baru-baru ini juga, Cik Manggis menjadi viral apabila memuat naik video bersama bapanya yang kelihatan segak bergaya memakai kain pelikat sambil memetik gitar! Video yang mendapat tontonan mencecah 129 ribu itu juga turut berjaya mencuri hati netizen.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali artis wanita berhijab ini yang memiliki pesona yang begitu anggun! Sentiasa tampil cantik berseri dan memiliki bentuk tubuh badan yang menawan, pasti memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk kekal cantik sepertinya.
Nama Bella Dally tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Bukan sahaja memiliki gaya fesyen dan personaliti yang menarik, malah gaya sihat yang dikongsikannya di lama Instagramnya turut menjadi fokus utama wanita di Malaysia untuk mengimpikan kehidupan sepertinya.
Umum tahu bahawa Bella menyintai dunia berbasikal. Acapkali memuat naik videonya berbasikal ternyata memakai hijab bukanlah alasan untuk dirinya tidak aktif.
Pun begitu, selain berbasikal, Bella juga turut melakukan senaman kardio seperti HIIT Cardio dan juga jogging. Bella juga turut kongsikan videonya melakukan senaman kardio di laman Instagram miliknya.
Seperti apa yang diterangkan menerusi ‘caption’ video itu, Bella juga turut kongsikan beberapa info mengenai senamannya.
Menurut Bella, dia sering melakukan senaman pada waktu pagi kerana pada masa itulah tubuh badannya penuh dengan tenaga berbanding dengan waktu-waktu yang lain.
Bukan itu sahaja, malah Bella juga turut nyatakan dia berasa lebih rajin dan bersemangat di waktu pagi!
Tambahnya juga, selain berbasikal, dia melakukan senaman kardio dan juga senaman kekuatan seperti mengangkat ‘dumbbell’.
Oleh kerana rasa segar yang dirasai selepas bersenam, Bella melakukan senaman ini empat hingga lima kali seminggu!
Ikon fesyen berhijab Indonesia, Irish Bella sering berkongsi gaya outfit yang modest dan stylish melalui media sosial buat para hijabi yang ingin tampil anggun...