“Tuanku Sangat Cantik”- Netizen Puji Penampilan Raja Permaisuri Agong Menggayakan Persalinan Rasmi Kuning Di-Raja

Share

Tanggal 30 Julai ini menjadi detik paling dinantikan seluruh rakyat jelata apabila akan berlangsungnya Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 di Istana Negara. 

Dalam keterujaan menanti detik itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah telah berkongsi tiga keping foto rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara untuk tatapan para pengikutnya di laman sosial.

Dalam akaun twitter @cheminahsayang berkenaan Raja Permaisuri Agong turut menulis kapsyen memohon maaf kerana muat naik gambar bersama  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memeriksa gambar rasmi tersebut boleh dikongsi kepada umum atau tidak.

maaf…..terdelete kerana tdk check terlebih dahulu samada gambar resmi boleh di share atau tdk

Baginda juga turut menyatakan tidak sabar untuk menjadi pengantin lagi yang membuatkan netizen cukup terhibur dengan jenaka Raja Permaisuri Agong.

…. tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya ! Selamat Pengantin Baru …

Foto yang dimuat naik menyaksikan Baginda berdua menggayakan persalinan rasmi dengan warna kuning Diraja.

Sebaik muat naik pagi tadi, status berkenaan mendapat retweet lebih 5 ribu serta 12 ribu butang like daripada warga net.

Masing-masing memuji penampilan baginda berdua. Apatah lagi Raja Permaisuri Agong kelihatan sangat cantik dengan persalinan Diraja ini. Ditambah pula dengan sarungan hijab yang juga dari rona sedondon.

Tuanku sangat cantik

Bagai pinang dibelah dia

Sama cantik sama padan

My beautiful Queen

Mengikut syariat Allah menutup aurat

KREDIT FOTO: TWITTER RAJA PERMAISURI AGONG

Published by
Siti Zurina