Siapa yang tak kenal dengan pereka duo ternama Rizman Ruzaini yang sinonim dengan rekaan-rekaan hebat. Jenama ini sering menjadi pilihan golongan kerabat, VVIP serta artis-artis tersohor tanahair.
Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya dianggap sebagai pasangan sepadan dan sweet! Anak mereka, Rizqaa yang kini berusia tiga tahun sangat comel dan adoreable!
Tak sekadar itu, penampilan mereka juga sering menjadi tumpuan. Setiap busana yang disarungkan oleh sang isteri dan anak adalah hasil rekaan suami sendiri. Bertuahnya!
Nurida Suraya Mohd Suhaimi atau lebih mesra disapa sebagai Suraya berusia 33 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Suraya merupakan lady boss kepada Rizman Ruzaini Beauty dan Rizman Ruzaini Cosmetics.
Suraya dianggap sangat bertuah kerana selain bergelar isteri kepada pereka fesyen tersohor Malaysia, setiap penampilannya dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki dijaga rapi oleh Rizman.
Sebab itulah Suraya sentiasa tampil stunning dengan rekaan-rekaan sang suami. Begitu juga dengan penampilan si comel Rizqaa.
“Saya sebenarnya seorang yang simple dan tak suka melaram. Anak pun tak semestinya kena matchy dengan Mommy. Selalunya Rizman akan sediakan apa yang sesuai untuk dipakai oleh saya dan Rizqaa.
“Rizman mereka pakaian kami mengikut keperluan dan pada setiap kali perayaan. Saya amat bersyukur memiliki suami yang tidak pernah penat untuk menggayakan saya dan Rizqaa.
Sebagai suami juga, Rizman seorang yang sangat memahami dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan keluarga.
Saling bertolak ansur, memahami dan sentiasa mencuba membaiki kelemahan masing-masing adalah tunggak utama keharmonian rumah tangga mereka.
“Terima kasih buat suami yang sentiasa menyokong saya untuk menjadi seorang yang lebih baik setiap hari. Terima kasih sayang!” luah Suraya buat suami tersayang.
RAHSIA CANTIK & SIHAT
“Saya amalkan pemakanan sihat di samping melakukan aktiviti sihat lima kali seminggu.
“Selain mengambil suplemen dan RR Beauty, minum air putih serta rehat secukupnya antara rahsia kekal sihat saya,” jelas Suraya.
Kredit Foto: Instagram @nuridasuraya @rizmanruzaini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI