Puteri Balqis dan Puteri Zara, dua beradik yang dianggap bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang hebat malah bergelar ikon dalam dunia perniagaan di Malaysia.

Dua beradik ini juga anak-anak yang bijak dalam akademik.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu
Cantiknya dua beradik ni, Puteri Balqis (kiri) dan Puteri Zara.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor atau Dato’ Shareen, usahawan jelita berusia 42 tahun.

Selain rancak berniaga, Dato’ Shareen juga aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu
Ikon usahawan Malaysia, Dato’ Shareen Al Mashoor.

PERNAH RAIH 5 ANGKA
Puteri Balqis dan Puteri Zara masing-masing berusia belasan tahun. Puteri Balqis kini berusia 19 tahun manakala Puteri Zara baru 16 tahun.

Apa yang menariknya, dua beradik ini pernah meraih keuntungan bersih lima angka dalam online business yang pernah mereka lakukan ketika fasa PKP dahulu.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

Berkat tunjuk ajar dan ilmu yang diperolehi sejak di bangku sekolah, Puteri Balqis dan Puteri Zara kian jatuh cinta dengan dunia perniagaan.

Ads

Menurut Dato’ Shareen, sebagai permulaan beliau menggalakkan Puteri Balqis dan Puteri Zara melakukan online business. Ketika itu mereka menjual baju raya dan biskut.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

“Sejak di bangku sekolah lagi saya dah dedahkan mereka dengan aktiviti bisnes.

“Saya sering membawa mereka ke kelas-kelas bisnes yang saya ikuti contohnya online class. Walaupun ketika itu mereka tak faham sangat sebab masih sekolah rendah, saya tetap bawa.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

Ads

“Saya tak kisah kalau mereka tak gunakan ilmu itu (ketika itu). sekurang-kurangnya ilmu dah ada dalam diri mereka,” kongsi Dato’ Shareen.

 

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

Tambah Dato’ Shareen, memandangkan anak-anaknya itu dilahirkan pada zaman teknologi digital sudah semestinya banyak perbezaan dan perubahan berlaku dalam dunia perniagaan.

“Walaupun ilmu mereka sedikit tetapi mereka lahir dalam zaman teknologi digital. Soalan yang selalu saya tanya kepada mereka ialah apa peluang perniagaan yang mereka nampak sekarang. Kemudian saya akan bantu dengan menunjukkan jalannya.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

Ads

“Mereka akan mula dengan modal sendiri hasil keuntungan terdahulu. Tanpa modal daripada saya pun mereka mampu bergerak sendiri, alhamdulillah.”

MAMPU BERDIKARI
Kongsi Dato’ Shareen, berkat usaha sebagai usahawan muda mereka mampu membiayai kos pembelajaran mereka sendiri.

 

Walaupun sudah menyediakan insuran untuk pendidikan mereka, Dato’ Shareen tetap mendidik anak-anaknya untuk berusaha mendapatkan sendiri apa yang mereka mahu.

Tuah Bergelar Anak Usahawan Kaya & Berjaya, 2 Beradik Ini Warisi Bakat Berniaga Ibu

“Apa yang ibu bapa ada dan mampu berikan itu hanyalah bonus. Ilmu boleh jana pendapatan. Tetapi pendapatan tak semestinya boleh menjana ilmu.

“Berniaga bukan untuk buat duit semata-mata. Cari pengalaman dan faham susah senang mencari rezeki. Hidup ini perlu berpijak di bumi yang nyata,” pesan Dato’ Shareen buat dua puteri kesayangannya itu.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Shareen Al Mashoor & Puteri Balqis

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI