Sudah tentu anda mempunyai sekumpulan rakan-rakan yang mempunyai kulit wajah, warna rambut serta bentuk badan yang berbeza-beza. Bahkan walaupun mempunyai ciri fizikal yang berbeza, umur anda adalah sama sahaja.
Namun, walaupun usia yang sama, anda dapat lihat diri anda dan beberapa orang rakan anda tampak lebih usia berbanding sebahagian rakan. Mereka tampak sama dan masih di anggap muda. Jadi kenapa mereka kelihatan sebegitu rupa berbanding anda?
Menurut hellosehat, terdapat beberapa kajian menurut jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, menyatakan setiap orang mempunyai proses penuaan yang berbeza-beza. Dengan menggunakan 18 faktor, para pengkaji dapat menyatakan kadar cepat dan lambat proses penuaan bagi seseorang.
Artikel berkaitan: Cara Mudah Hilangkan Kedut Bawah Mata Tanpa Risau & Kekal Awet Muda.
Faktor yang boleh menyumbang kepada proses penuaan adalah tekanan darah, fungsi paru-paru, kolestrol, indeks massa tubuh, inflamasi, DNA, gigi, pembuluh dara di belakang mata, sistem imunisasi tubuh, dan panjang telomere (pelindung tutup pada hujung kromosom yang boleh menyingkatkan usia).
Melalui 18 ciri-ciri, pakar menghitung umur dari aspek biologi pada peserta berusia antara usia 30 hingga 60 tahun. Kemudian, mereka melakukan penilitian sekali lagi kepada mereka selepas setahun untuk mengukur 18 ciri-ciri kepada umur biologi peserta. Jadi mereka mendapati hasil daripada penelitian tersebut. antaranya adalah:-
Sebahagian dari peserta memiliki umur dari segi biologi yang lebih tua, mereka mengalami proses penuaan yang lebih cepat dari orang yang sama usia. Hal ini kerana, 80% faktor mempengaruhi kecepatan proses penuaan bagi sesetengah orang adalah genetik. Tetapi ada juga di sebabkan penyakit kronik dan perubahan dari aspek psikologi yang turut menjadi penyumbang terbesar.
Merokok adalah satu perbuatan yang memberikan kesan yang buruk kepada seseorang. Bahkan, ia meningkatkan usia serta meningkatkan risiko penyakit jantung dan paru-paru serta dengan merokok juga boleh mempercepatkan proses kematangan kulit.
Anda perlu memiliki waktu rehat yang mencukupi seperti lengkap masa 7 sehingga 8 jam yang optimum untuk kesihatan tubuh badan. Kurang tidur mengakibatkan badan kurang rehat dan membuat lingkaran mata yang hitam, ia juga mempengaruhi cepatnya berlaku proses penuaan. Jadi waktu tidur adalah sangat penting.
Selepas melakukan aktiviti seharian, anda harus membasuh wajah kerana kotoran dan debu sering menempel pada kulit wajah. Maka, jika ia tidak di bersihkan anda akan mengalami satu kumpulan kotoran dan menyebabkan kulit anda menjadi kuram, lusuh atau lebih gerun kepada kita iaitu pertumbuhan jerawat.
Jadi ia sangat penting buat kita untuk menjaga penampilan dan gaya hidup yang sihat. Anda perlu pastikan diet pemakanan serta gaya kehidupan yang betul untuk membantu kesihatan yang terjamin.
Artikel berkaitan: Bila Usia Meningkat, Dagu Pun Jadi Berlapis. Ini 5 Tip Mudah Untuk Kekal Awet Muda Remaja!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.