Awal tahun ini menyaksikan beberapa selebriti dan juga personaliti media sosial melangsungkan hari bahagia dan juga majlis pertunangan. Antaranya Elfira Loy, Bella Dally, Nisa Kiss (anak aktor Rosyam Nor) dan terbaru adik kepada pelakon Tilla, Syida Melvin 22 tahun. Syida yang selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Mohamad Syafiq Azim Datuk Seri Shaheen, 30 tahun yang juga merupakan anak kepada usahawan yang dapat jolokan “Iron Lady’, Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
View this post on Instagram
Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin memilih persalinan putih berperincian untuk majlis pernikahan manakala dress moden rona coklat cair pula digayakan ketika majlis resepsi.
Terserlah kejelitaan Syida yang juga seorang pelakon ini. Tanpa layah panjang sekadar tiara kecil menghiasi kepala yang cukup ringkas. Pasangannya juga tidak kurang kacaknya menyarung persalinan lengkap Raja Sehari.
View this post on Instagram
Majlis yang diraikan cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara ini dilangsungkan di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang malam semlam.
Syida yang baru berusia 22 turut bersyukur kerana majlis dirancang berjalan lancar dan turut bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun dalam masa sama, pelakon muda ini berasa sedikit sedih apabila ibu suaminya tidak dapat menyaksikan hari bahagia mereka.
“Kami diperkenalkan oleh arwah pada 2016. Kalau arwah masih ada, dia mesti orang yang paling gembira. Sebab dia nak sangat tengok kami kahwin. Namun, Allah lebih sayangkannya apabila meninggal dunia dua tahun lalu.
“Saya dapat rasakan perasaan suami semalam apabila insan tersayang tiada di sisi. Apa pun, saya cuba untuk menjadi isteri terbaik. Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.
View this post on Instagram
Sementara itu ruang komen Syida di laman instagramnya turut dibanjiri ucapan tahniah dan masing-masing memuji keceriaan Raja Sehari yang diumpamakan seperti merpati dua sejoli.
Netizen juga turut mendoakan pasangan ini akan mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan kekal bahagia till jannah.
View this post on Instagram
fazli348 Selamat pengantin baru. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Mendapat keberkatan dalm menjalani kehidupn rumahtangga.
zzatimansor Congrats syida. Moga kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin
missazura_official Bak pinang di belah dua… Semoga berkekalan hingga ke syurga
deenaemir You’re sooo beautiful Selamat Pengantin Baru Syida
reyashana Pretty enough!congrats babe
diniesuhaimi_ truly love your weddingdress
View this post on Instagram
LAGI FOTO MENARIK LAIN:
#1. reyashana Pretty enough!congrats babe
View this post on Instagram
#2. hasanatul0104 Wooow akak cantik
View this post on Instagram
#3. nurul_asyi Soooo cantik
View this post on Instagram
#4. anizadzahir Comel secomel comelnya @syidamelvin
View this post on Instagram
#5. syidasorfinaa lawanya la
View this post on Instagram
KREDIT FOTO: INSTAGRAM Syida Melvin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI