Trik #OOTD Yang Betul Hasilkan Potret Raya Yang Menarik, Trik No 3 Penting Untuk Instagramable

Share

Gaya #ootd adalah satu acara rasmi untuk hijabis melaram di hari perayaan, namun cara mencari #ootd yang sempurna bukan mudah. Raya adalah satu hari yang penuh keramaian dan kemeriahan dari segi juadah dan pemilihan busana raya yang mempunyai pelbagai rona warna dan entiti fesyen yang terkini.

Hijabis pecinta fesyen suka memilih gaya berpakaian sesuai untuk dimuat turunkan di laman sosial seperti Instagram dan facebook, tentunya ingin terlihat gambar cantik dan sempurna, bukan? Foto #ootd anda juga boleh kelihatan menarik dengan mengaplikasikan trik yang tepat.

Cuba ikuti trik menarik berikut untuk mendapatkan hasil foto #ootd yang menarik dan instagramable.

1.Pencahayaan Semulajadi

Untuk membuat hasil foto yang menarik memerlukan pencahayaan yang semulajadi (natural light). Jika anda memiliki konsep foto tertentu, maka tak ada salahnya memilih warna busana yang sama dengan background foto.

Kuncinya, Anda hanya perlu ‘bergabung’ dengan background foto sehingga menghasilkan tampilan yang indah.

 

Fashion blogger ternama seperti Aimee Song, Jenny Cipoletti dan Julia Engel telah membuktikan bahawa mengenakan warna busana yang sama atau hampir mendekati dengan warna background menghasilkan foto #ootd yang menawan.

2. Perspektif Berbeza

 

Ambil foto OOTD Anda dari sudut yang lebih rendah untuk mendapatkan perspektif yang berbeza. Hal ini membantu memanjangkan tubuh anda dan memberi kesan kepada penonton bahawa anda memiliki kaki yang indah.

3. Maksimalkan Penggunaan Latar Belakang.

JIka Anda adalah jurufoto, beralih ke satu sisi daripada memotret dari depan untuk menciptkakan garis dan memberikan arah pada gambar. Jika anda harus melakukan pemotretan sendiri.

4. Potret Sambil Berjalan

 

Sebuah pemotretan sambil berjalan dapat membantu menunjukkan gerakan dan arus dalam foto anda. Tidak perlu berjalan di sepanjang jalan, ambil dua langkah dan ulangi hingga anda mendapatkan foto yang diinginkan.

5. #OOTD Berkumpulan

Berpose dua jari? Saatnya tinggalkan hal itu. Ini bukan lagi era tahun 1990-an, hindari pose ini untuk OOTD berkumpulan dan perlu lebih banyak pose yang natural.

 

#ootd berkumpulan harus pandai mencari ruang dan warna bagi menyempunakan gamba. Selalunya #ootd ini potret yang dirakamkan bersama keluarga.

6. Tambahan Dengan Aksesori

 

Tunjukkan aksesori anda dengan cara yang paling elegan. Seperti foto di atas, sentuhlah mengangkatkan sedikit lengan untuk menunjukkan cincin dan aksesori seperti tas tangan.

Temukan cahaya dan hadaplah ke arah itu. Pada gambar di atas, karena sumber cahaya berasal dari kiri, sesuaikan dengan itu sehingga cahaya dapat jatuh dengan baik pada wajah dan pakaian.

Published by
SH