Pemilihan warna yang sesuai dan sempurna dalam stail anda dapat menjadikan penampilan anda lebih menarik dan menyerlah! Bukan itu sahaja, malah jika bijak memilih warna, anda akan tampak muda dari usia anda!
Apakah cara untuk menjadikan ‘wardrobe’ anda dihiasi dengan warna-warna yang bijak dan menarik? Usah risau, kali ini, team Hijabista akan kongsikan pilihan warna menarik yang wajib ada di dalam almari pakaian anda!
Hijau
Pemilihan warna hijau bukan sahaja menjadikan penampilan anda segar malar, malah ia memberi dimensi baru dalam stail fesyen anda! Usah risau untuk mencuba warna hijau ini. Cuba gayakan from head-to-toe
warna hijau ini! Pastinya gaya tahun 2022 anda lebih meriah, berbeza dan bersedia dengan aktiviti yang penuh cabaran!Hitam
Salah satu warna asas ini semestinya menjadi pilihan ramai walaupun kita sudah hampir untuk meraikan tahun baru 2022 nanti. Mana tidaknya, warna hitam ini tidak pernah menimbulkan kesalahan dalam berfesyen. Apa jua warna yang dipadankan, apa jua jenis fesyen yang disarungkan, warna hitam ini pasti sahaja menepati citarasa ramai! Warna hitam bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah ia juga merupakan salah satu trik terbaik untuk menghasilkan gaya prefesional yang mewah!
Biru
Sama juga seperti warna hijau, warna biru juga mampu memberikan nafas segar dalam fesyen anda. Warna biru denim juga mampu untuk menaikkan elemen ranggi dalam gaya anda. Jadi tidak hairanlah mengapa warna biru ini antara warna wajib yang harus ada dalam almari baju anda!
Putih
Siapa yang tidak suka dengan rona putih? Bukan sahaja memberi visual klasik dalam gaya anda, malah ia juga menaikkan unsur feminin diri anda. Lembut dan sopan, warna putih ini antara warna yang sememangnya harus memenuhi almari pakaian anda!
Baca juga: Buntu Untuk Hasilkan Stail Yang Menarik Di Pejabat, Gayakan Rekaan Kardigan Dengan 6 Tip Fesyen Ini!
Nude Brown
Warna nude ataupun warna tanah memudahkan gaya fesyen anda apabila ia senang untuk dipadakan dengan apa-apa warna sekalipun. Gunakan daya kreativiti anda untuk menghasilkan suai padan menarik dengan warna ini. Pasti menyerlah!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe