Cadar putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalahnya apabila dicuci, selalu ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri gitu.
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Sumber kredit: Zaza Zalina via #kemasrumahwithhani
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tawarkan Pelbagai Juadah Kuih Muih RM1 Di Bazaar! Lebih 3,000 Paket ‘Licin’ Terjual
Isi Kandungan
ToggleBulan Ramadan dan bazaar memang tak dapat dipisahkan. Lazimnya, sebelum berbuka pasti ramai di antara kita yang akan meluangkan masa berkunjung ke bazaar Ramadan terlebih dahulu untuk mencari juadah berbuka puasa.
Malah, tidak kurang juga yang berkunjung ke sana untuk mencari pelbagai hidangan pencuci mulut seperti Murtabak, Roti John serta aneka kuih muih yang bakal menjadi santapan setelah seharian menjalani ibadah puasa.
Pelbagai Kuih Muih RM1, Laris Bak Goreng Pisang Panas!
Meskipun terbeban dengan inflasi dan kenaikan harga barangan runcit yang mencanak naik, namun ramai yang berharap harga makanan di bazar masih berpatutan dengan mempunyai rasa yang sedap dan memuaskan.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila terdapat peniaga bazaar Ramadan yang menwarkan aneka variasi kuih muih kepada pelanggan dengan penawaran harga RM1 per paket begitu mendapat sambutan dari orang ramai.
Memetik laporan sebuah agensi berita terkemuka negara, sejak pemilik gerai kuih itu mula beroperasi pada awal Ramadan tempohari hingga hari ini, sebanyak 3,000 paket kuih berharga RM1 setiap satu habis dijual.
Artikel berkaitan: “Ramadan Hanya Sebulan,” – Fedtri Yahya ‘Seru’ Henti Seketika Penyebaran Berita Negatif!
Hijabista difahamkan bahawa, terdapat pelbagai jenis kuih muih yang ditawarkan di gerai ini antaranya seperti kuih lopes, kuih ketayap, cara berlauk, tauhu bergedil dan lain-lain lagi hasil air tangan sebanyak 24 vendor lain yang juga mengambil bahagian menghantar kuih-muih dan juadah di gerai bertempat di bazaar Ramadan Taman Klebang Restu, Ipoh Perak.
Menurut pembantu gerai, Nurul Nartisa Ishak, gerai mereka beroperasi pada jam 2 petang hingga 7.30 malam setiap hari, sepanjang bulan Ramadan ini.
Tambahnya, selain menawarkan juadah kuih muih dengan harga murah. Terdapat juga koktel buah termasuk aneka juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng dan kuetiau goreng yang enak rasanya dan menjadi rebutan pelanggan.
Pemilik Gerai Mahu Pelanggan ‘Rambang Mata’ Dengan Kepelbagaian Variasi Juadah.
Narfiza menjelaskan inisiatif untuk menawarkan pelbagai variasi kuih muih ini adalah cetusan idea pemilik gerai yang mahukan kelainan dengan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
“Setiap paket cukup untuk seorang. Jika pelanggan ingin membeli untuk keluarga mereka, mereka boleh membeli kuantiti yang lebih besar tanpa risau tentang harga,” ujarnya.
Malah, Narfisa berkata sambutan yang diterima juga amat luar biasa dan memberansangkan dengan keuntungan purata harian mencecah sehingga RM 3,000 setiap hari.
“Sejak kami mula berniaga dua bulan lalu, kuih-muih dan hidangan lain selalunya habis dijual pada penghujung hari.
“Pelanggan kami teruja dengan harga rendah dan kepelbagaian yang banyak,” katanya.
“Walaupun memperoleh keuntungan nominal, kami gembira melihat ramai orang datang ke gerai kami untuk mendapatkan pelbagai kuih-muih pada harga yang rendah,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
Artikel berkaitan: DJ Lin Zahir Rasa Syukur, Allah Jemput Jadi ‘Tetamu’ Tanah Suci Di Bulan Ramadan, Pernah..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Diuji Santau, Norish Karman Anggap Rezeki & Sakit Penghapus Dosa. Kisah Hijrahnya Cukup Menyentuh Hati!
Isi Kandungan
ToggleNampaknya semakin ramai selebriti yang mengambil keputusan melakukan penghijrahan dengan berhijab. Sebelum ini penyanyi Shima yang menjual semua baju seksinya dan menggantikan jubah labuh serta hijab labuh dalam penampilannya. Dan kini, seorang lagi selebriti popular, Norish Karman juga telah berhijab sepenuhnya. Dia turut berkongsi pengertian sebenar rezeki pada dirinya di laman sosial.
Menurutnya sebelum ini dia menyangkakan apabila menerima tawaran berlakon atau segala urusan berjalan lancar itulah dinamakan rezeki. Tetapi sangkaannya silap.
Ku yg Dulu2 seperti ramai mrk2 yg daif lagi degil n naif ,
Ku sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, bila dpt job drama melambak2,
bila urusan pekerjaan lancar,
bila banyak duit simpanan, banyak harta ….
A post shared by warriorqueen (@norishkarman) on
Setelah mengenali kelebihan Al-Quran, barulah dia sedar rezeki itu bukan sekadar membesarkan anak-anak tanpa bantuan sesiapa, tetapi hadir ke majlis ilmu itu juga adalah rezeki. Itu semua setelah dia menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan sejadah sebagai pakaian hariannya
Setelah Quran menjadi sahabat ,setelah sejadah menjadi pakaian harian melebihi lima waktu fardhu, setelah menjauhi sgale yg negative berbenruk manusia dan brg dunaiwi ,sambil bergelumang keperitan hidup membesarkan anak2 tanpa bantuan sesiape,sambil menghayati kehidupan miskin luar biase,sambil itu Ku mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata Aku salah besar… Ternyata, Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki
Hadirnya ke majlis ilmu bukan seorang, tetapi membawa anak-anak lelakinya untuk pergi solat berjemaah di masjid dan itu adalah rezeki tak ternilai. Begitu juga hati yang Allah jaga untuk menjauhkan dirinya dari unsur negatif.
Langkah kaki yang dimudahkan untuk Ku bawa anak2 lelaki ki pergi solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.
Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.
A post shared by warriorqueen (@norishkarman) on
Norish Karman juga beruntung kerana ada sahabat-sahabat yang soleh/solehah yang sentiasa mengingatkan tentang kebaikan dan itu juga menurutnya adalah rezeki.
Ada sahabat2 yg soleh/solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki…. Saat keadaan hidup susah lagi sukar diatasi malah penuh keterbatasan, itu juga rezeki.
Bukan itu sahaja, wanita cantik ini juga menganggap dirinya yang diuji dengan kiriman santau kerana kegigihannya mencari rezeki untuk anak-anak juga dianggap rezeki. Ini kerana sakit yang dialami adalah sebagai penghapus dosa dan mencuri pahala pada insano yang mengirimkan benda tidak elok padanya.
Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri…. Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, sepertimana Umi ku yg sakit selalu ,Bapak semakin sakit ia adalah Rezki besar kerana mrk merupakan ladang amal pembuka pintu syurga utk anak2….. Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, malah Ku sering2 dikirim Santau krn kegigihan ku kecekalan ku mencarik rezki utk anak2 justru itu juga bentuk rezeki dari Allah kerana sakit adalah penggugur dosa juga mencurik pahala mrk yg mengirim pd kita…
A post shared by warriorqueen (@norishkarman) on
Di akhir luahannya Norish turut mengingatkan kepada followernya agar sentiasa berwaspada ketika hidup dalam kekayaan dan kebendaan dan dalam masa sama lupa sebenarnya banyak hak Allah yang tidak ditunaikan. Dia turut mengingatkan pada kita semua jangan fikir manusia itu berkuasa atas segala-galanya.
Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari…krn kita hanya pandang pd zahir…..kita sebok dgn ape manusia bile beri kita ,kita taksub dgn ape dunia hidangkn pd kita…
Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, kaya raya sehingga ramai teman2 disekeliling krn kekayaan juga kebendaaan yg kita ada…padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan…
hanya krn kita FIKIR manusia itu brrkuasa…TIDAK sama sekali
A post shared by warriorqueen (@norishkarman) on
Ternyata posting yang dimuat turun sehari yang lalu ini mendapat reaksi positif dari followernya. Ramai mendoakan agar dia terus istiqomah dengan jalan yang dipilihnya itu.
@cikmahirahmardy Alhamdulillah semoga istaqamah, kuat mencapi redha Allah.. we always with u
@drshanty3056 Alhamdulilah. You are strong and think positive always!
@daratebuanAlhamdulillah…syukur…
@nrullain_syamimie Alhamdulilah sis @norishkarman Semoga terus istiqamah. InshaALLAH doa yang baik² saja akan terus mengiringimu?? JUMPA DISYURGA ALLAH?? Just be yourself and ignores what people say to u sis. You’re such a strong and patient woman?? SUPERWOMAN??
@yushazahmad Subhannallah Alhamdullillah Allahu Akbar.
@abah_lan Masih cantik
@norhaslini_mamat good to see u dear..Alhamdulillah
Menurut Utusan Online keputusan untuk berhijab bukan didorong untuk menjual tudung atau sebarang promosi, tetapi lebih kepada hadiah sempena hari ulang tahun bapanya, Ustaz Karman Sukarjo pada 23 Februari yang lalu.
Pelakon serba boleh ini telah menemui kekuatan untuk tampil berhijab. Dia berhijab kerana Allah dan bukan seperti sesetegah orang yang bermimpi kematian atau sebab lain.
Menurutnya, ayahnya itu sudah lama menyuruh mereka adik beradik memakai tudung tetapi dia belum bersedia. Dan kini masa yang sesuai untuknya berhijab dan sebagai hadiah dirinya sebagai anak perempuan kepada ayahnya.
Ternyata Norish cukup manis kala berhijab dan menampakkan sisi jelita pelakon ini yang memiliki kecantikan semulajadi. Dia juga sempat berpesan untuk orang lain di luar sana agar menjadi diri sendiri dan berusaha menjadi yang lebih baik.
KREDIT FOTO: NORISH KARMAN
..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Muka Di Jangkiti Kulat! Akibat Berkongsi Tuala Risiko Kesihatan Anda
Isi Kandungan
ToggleKulit manusia mengandungi banyak mikroorganisma yang hidup, ia termasuklah dengan kulat. Kebiasaannya, ia tidak membawa apa-apa yang bahaya kepada manusia, meski pun rasa yang tidak selesa. Namun, ada juga kulat yang boleh mula aktif dan menyerang kulit manusia!
Situasi ini kadang kala tidak dapat kita kawal kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Tetapi anda boleh lakukan beberapa benda unutk mengatasi daripada ia berlaku, mencegah lebih baik dari mengubati.
Kulat tumbuh di kulit muka?
Sumber gambar dari Canva
Seperti yang anda sedia maklum, badan kita mempunyai bilangan mikroorganisma yang banyak di atas permukaan kulit. Kulat juga menjadi salah satu mikroorganisma yang hidup tetapi kebanyakkannya tidak mengancam kepada kita. Namun, ada sesetengah kondisi kesihatan yang berlaku apabila kulat mula aktif tumbuh dan muncul di permukaan kulit yang membuatkan kulit seseorang individu itu meradang.
Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah seperti:-
- Sistem imuniti yang menurun
- Terlalu banyak mengambil makanan yang manis dan berkanji
- Ada hubungan kontak rapat dengan mana-mana individu yang sudah di jangkiti oleh kulat, serta menggunakan barang-barang peribadi mereka (tuala, sikat, dan sebagainya)
- Persekitaran yang panas dan juga lembap
Sumber gambar dari Canva
Berikutan adalah bagaimana kulat boleh muncul atas permukaan kulit yang membuatkannya menjadi aktif dan mula menyerang manusia. Ada juga fenomena yang tidak di ingini di mana kulat muncul pada kulit wajah! Setiap kondisi bagi setiap individu akan berbeza, ini termasuklah seperti:-
- Kulat tumbuh pada kesan luka, naik ruam dan ulser
- Kawasan yang di jangkiti menjadi sangat gatal dan meradang
- Kulit menjadi menggelupas
Menurut UNANSEA, kajian makmal di lakukan kepada mereka yang menghidap masalah kulat di muka ini. Tujuannya untuk mengenalpasti secara terperinci dengan tepat bagi memastikan rawatan yang sesuai. Analisis akan di lakukan pada sampel kulit yang telah di jangkiti.
Artikel berkaitan: Seluar Dalam Boleh Expired Tau! Risiko Kena Jangkitan Kulat Jika Guna Terlalu Lama
Adakah kulat di muka berbahaya? Cara yang di syorkan oleh doktor
Sumber gambar dari Canva
Pada peringkat awal, pembiakan kulat di muka secara semula jadi tidak berbahaya kerana ianya akan menyerang sel-sel kulit mati (epidermis). Walau bagaimanapun, jika anda segera mendapatkan rawatan dengan kadar yang cepat selepas mengetahui ada kulat di muka, ia boleh mengurangkan risiko yang boleh menjadi lebih teruk.
Kulat bukan sahaja boleh merebak pada muka, malah, ia juga boleh merebak kepada sesetengah bahagian badan. Dalam kes yang berisiko tinggi, ia boleh menganggu sistemm organ-organ dalaman yang membawa kepada patologi di saluran darah.
Jadi kebiasaan untuk mereka yang menghadapi masalah ini, mereka seharusnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya. Doktor akan memastikan rawatan dan ubat yang sesuai hanya berdasarkan keputusan makmal.
Sumber gambar dari Canva
Rawatan tersebut akan memerlukan seseorang individu itu untuk mengambil beberapa ubat-ubatan dan juga krim khas. Pil yang paling popular di berikan adalah Orungal, DIflucan, Lamisil, dan lain-lain. Ia membantu mengubati masalah jangkitan kulat dari dalaman supaya ia lebih berkesan dan bergantung kepada dos yang di syorkan.
Manakala, untuk kegunaan dari bahagian luaran, doktor akan memberikan ubat krim yang sesuai. Kebiasaannya, doktor akan memberikan krim Mikoket atau Mikonazol, ia berfungsi untuk menghalang pembiakan kulat sekaligus menghampuskan kulat yang ada pada permukaan kulit.
Sebagai langkah berjaga-jaga anda perlulah tahu untuk tidak berkongsi penggunaan barang peribadi, seperti sikat, tuala, atau apa-apa yang berkaitan yang di gunakan pada permukaan kulit, supaya elak dari berisiko untuk di jangkiti kulat. Anda juga perlu memantau persekitaran anda dalam keadaan yang bersih dan tidak lembap kerana ia juga membantu untuk menghalang pertumbuhan kulat yang boleh muncul di permukaan kulit.
Sumber info dan gambar: UNANSEA dan Canva
Artikel berkaitan: Bibir Anda Kering Tanda Hidap Cheilitis? Jangan Biarkan Begitu Sahaja Dan Cari Solusi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI