Pernah viral trend hijabi ‘unboxing husband’ di TikTok yang menjadi perdebatan ramai kerana dianggap tidak sopan dan melanggar batas-batas agama. Kini tular pula di media sosial, ‘trend’ muncul berikutan video orang solat bersebelahan dengan kipas yang berayun, berpura-pura kipas itu adalah pasangan mereka, sama ada sebagai imam atau makmum (jemaah).
Orang ramai digesa melaporkan kepada pihak berkuasa agama jika mereka terjumpa orang Islam yang solat di samping kipas yang memakai ‘telekung’, seolah-olah kipas itu adalah orang.
Akidah semakin terpesong
@zyanrezfan dalam beberapa hri belakangan ini beredar vidio orang sholat yg gerakan salam nya bersamaan dengan KIPAS Angin. wahai para saudara saudari ku apa tidak ada lelucoan lain selain dgn shalatmu , ada apa dengan dunia ini, #fyp #fyp ♬ Ya Allah – Wali
Membayangkan sembahyang secara jemaah dengan objek tidak hidup, individu ini dianggap hanya berangan hidup berpasangan. Menurut sumber NSTP, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ini nampaknya menjadi trend terkini dalam kalangan anak muda dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Beliau menasihatkan mereka memperkayakan diri dengan ilmu agama, meminta bantuan guru agama atau menghadiri kuliah di masjid atau surau. Jangan lakukan perbuatan yang boleh menghina Islam dan ikut membabi buta apa yang dipaparkan di Youtube atau sumber lain yang tidak diketahui. Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama supaya tindakan boleh diambil jika masih tular amalan mengarut ini.
BACA JUGA ARTIKEL INI: ‘Dah Hilang Rasa Malu Ke?’- Netizen Kecam Trend Video ‘Unboxing By Husband’
Boleh murtad memperolokan agama
Sementara itu, perbuatan ini menarik perhatian para agamawan di Malaysia mahupun di negara jiran. Perbuatan persendakan atau memperolokan agama boleh murtad sekiranya dia muslim. Pandangan agamawan ini juga menyatakan, para ulama menjelaskan ini tidak diminta bertaubat atas dosa yang dilakukan malah dibunuh terus. Subhanallah bgitu berat hukuman bagi mereka yang mempersendakan agama.
@kpermadani Semoga kita bukan golongan orang yang mempermainkan agama Allah 🤲🏻#solatdengankipas #islam #istiqomah #ustadsyafiqrizabasalamah ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️
@mstarmalaysia Pulak dah… haritu solat jemaah online sekarang timbul isu solat dengan kipas? Hmm #tiktoknews #beritatiktok #mstar #fyp ♬ original sound – mStar Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI