Kesihatan

Trend Makanan Viral, Hijabi Muda & Obesiti di Malaysia Lebih Cepat Alami Kerosakan Buah Pinggang

Share

Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.

Segalanya mesti berkeju, sos dituang meleleh, air manis campuran aiskrim dan aneka topping pelbagai warna, aduh… krisis kesihatan semakin membelenggu pemakanan masyarakat dewasa ni.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 melaporkan bahawa sebanyak 54.4 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, dengan lebih 2 juta terjejas dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.

Menurut Pendaftaran Dialisis dan Transplan Malaysia 2023, kes dialisis baharu di Malaysia berpunca daripada penyakit:

  1. 56% diabetes
  2. 30% hipertensi

Prof Dr Wong Hin Seng, Pakar Perunding Nefrologi dan Pakar Perubatan Pemindahan Buah Pinggang di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) memberi amaran bahawa obesiti bukan sahaja boleh mengundang diabetes atau tekanan darah tinggi, malah ia juga berisiko merosakkan buah pinggang seseorang walaupun tanpa kedua-dua penyakit tersebut.

Sunway Medical Centre

“Buah pinggang umpama penapis semula jadi badan yang dapat membuang sisa dan cecair berlebihan, mengawal tekanan darah, dan mengimbangi elektrolit untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, organ yang banyak bekerja keras ini boleh terjejas akibat berat badan berlebihan,” jelasnya.

Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.

Risiko obesiti bukan sekadar diabetes dan hipertensi. Ia mampu merosakkan buah pinggang dengan senyap, dan memberi kesan yang teruk. Prof Dr Wong menjelaskan bahawa obesiti boleh membebankan buah pinggang akibat keradangan kronik, tekanan oksidatif, peningkatan tekanan darah, dan penolakan insulin. Kesan ini boleh menyebabkan kebocoran protein dalam air kencing yang menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.

“Obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan mempercepatkanproses kegagalan fungsinya. Apabila buah pinggang menerima tekanan yang berterusan, risiko berlaku kegagalan adalah lebih cepat,” tegas Prof Dr Wong.

Sunway Medical Centre

Bagi mereka yang bergelut dengan obesiti, penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat dikesan di peringkat awal. “Apabila gejala ini muncul, misalnya bengkak atau keletihan, biasanya sudah terlambat untuk memperbaiki kerosakan,” jelas Prof Dr Wong.

Semakin ramai golongan muda di Malaysia mengalami kerosakan buah pinggang yang berkait dengan obesiti. Kajian NHMS 2023 juga menunjukkan bahawa 84 peratus orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak mengetahui bahawa mereka menghidap diabetes.

“Jika anda gemuk sejak zaman kanak-kanak atau semasa usia remaja, kesan negatif obesiti kepada buah pinggang boleh bermula sejak itu dan anda mungkin akan mengalami penyakit buah pinggang kronik apabila

berumur lingkungan 30-an hingga 40-an,” kata Prof Dr. Wong. Penyakit buah pinggang yang bermula sejak awal ini berisiko menjejaskan tahun-tahun paling produktif dalam kehidupan dan memberi tekanan yang ketara kepada keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan negara. Namun, dua daripada lima orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan terdahulu,

Peningkatan kadar obesiti yang membimbangkan di Malaysia boleh dilihat pada perubahan besar dalam tabiat pemakanan dan pilihan gaya hidup hari ini. Diet tradisional yang kaya dengan serat dan bahan-bahan berkhasiat telah digantikan dengan makanan yang diproses dan minuman manis.

CEGAH OBESITI
“Obesiti bukan hanya mengenai berat badan, malahan ia juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada organ anda, terutamanya buah pinggang. Buah pinggang anda berfungsi selama 24 jam setiap hari, dan sudah tiba masanya untuk kita memberi penjagaan dan perhatian yang sewajarnya kepada mereka,” simpulnya.

  1. Ubah tabiat pemakanan
  2. Mulakan gaya hidup sihat
  3. Elakkan makanan diproses
  4. Banyakkan pengambilan serat
  5. Kurangkan gula

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/menetap-di-bumi-arab-ustazah-oki-setiana-dewi-kini-pelakon-drama-komedi-popular-di-mesir/

Published by
Lin