Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.
Segalanya mesti berkeju, sos dituang meleleh, air manis campuran aiskrim dan aneka topping pelbagai warna, aduh… krisis kesihatan semakin membelenggu pemakanan masyarakat dewasa ni.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 melaporkan bahawa sebanyak 54.4 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, dengan lebih 2 juta terjejas dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.
Menurut Pendaftaran Dialisis dan Transplan Malaysia 2023, kes dialisis baharu di Malaysia berpunca daripada penyakit:
56% diabetes
30% hipertensi
Prof Dr Wong Hin Seng, Pakar Perunding Nefrologi dan Pakar Perubatan Pemindahan Buah Pinggang di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) memberi amaran bahawa obesiti bukan sahaja boleh mengundang diabetes atau tekanan darah tinggi, malah ia juga berisiko merosakkan buah pinggang seseorang walaupun tanpa kedua-dua penyakit tersebut.
“Buah pinggang umpama penapis semula jadi badan yang dapat membuang sisa dan cecair berlebihan, mengawal tekanan darah, dan mengimbangi elektrolit untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, organ yang banyak bekerja keras ini boleh terjejas akibat berat badan berlebihan,” jelasnya.
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.
Risiko obesiti bukan sekadar diabetes dan hipertensi. Ia mampu merosakkan buah pinggang dengan senyap, dan memberi kesan yang teruk. Prof Dr Wong menjelaskan bahawa obesiti boleh membebankan buah pinggang akibat keradangan kronik, tekanan oksidatif, peningkatan tekanan darah, dan penolakan insulin. Kesan ini boleh menyebabkan kebocoran protein dalam air kencing yang menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.
Ads
“Obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan mempercepatkanproses kegagalan fungsinya. Apabila buah pinggang menerima tekanan yang berterusan, risiko berlaku kegagalan adalah lebih cepat,” tegas Prof Dr Wong.
Bagi mereka yang bergelut dengan obesiti, penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat dikesan di peringkat awal. “Apabila gejala ini muncul, misalnya bengkak atau keletihan, biasanya sudah terlambat untuk memperbaiki kerosakan,” jelas Prof Dr Wong.
Semakin ramai golongan muda di Malaysia mengalami kerosakan buah pinggang yang berkait dengan obesiti. Kajian NHMS 2023 juga menunjukkan bahawa 84 peratus orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak mengetahui bahawa mereka menghidap diabetes.
Ads
“Jika anda gemuk sejak zaman kanak-kanak atau semasa usia remaja, kesan negatif obesiti kepada buah pinggang boleh bermula sejak itu dan anda mungkin akan mengalami penyakit buah pinggang kronik apabila
berumur lingkungan 30-an hingga 40-an,” kata Prof Dr. Wong. Penyakit buah pinggang yang bermula sejak awal ini berisiko menjejaskan tahun-tahun paling produktif dalam kehidupan dan memberi tekanan yang ketara kepada keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan negara. Namun, dua daripada lima orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan terdahulu,
Peningkatan kadar obesiti yang membimbangkan di Malaysia boleh dilihat pada perubahan besar dalam tabiat pemakanan dan pilihan gaya hidup hari ini. Diet tradisional yang kaya dengan serat dan bahan-bahan berkhasiat telah digantikan dengan makanan yang diproses dan minuman manis.
CEGAH OBESITI
“Obesiti bukan hanya mengenai berat badan, malahan ia juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada organ anda, terutamanya buah pinggang. Buah pinggang anda berfungsi selama 24 jam setiap hari, dan sudah tiba masanya untuk kita memberi penjagaan dan perhatian yang sewajarnya kepada mereka,” simpulnya.
Pempengaruh dan juga selebriti, Maryam Younarae berniat untuk mempraktik dan memperluaskan pemakaian khimar di Malaysia sejak permulaaan dirinya menjinakkan diri dengan memakai tudung kira-kira setahun lalu.
Cubaan Maryam Memakai Khimar Di Korea
Menurut perkongsian Maryam dan suami, dia telah memakai Khimar ketika berjalan di Korea dan memasuki pasar semasa percutiannya sebulan lalu. Namun begitu, dia mengaku bahawa dirinya agak terkilan dengan reaksi daripada orang-orang negeri kelahirannya.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan setakat ini menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa kesalahan yang saya telah lakukan.
“Buat pertama kalinya, saya mengadu kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya ujian susah?,” ujarnya lagi.
Tidak Pernah Lemah Semangat Untuk Menyebarkan Islam
Walau dipandang pelik dan sering dikecam di media sosial, dia tidak pernah merasakan lelah untuk menyebarkan ajaran dan keindahan agama Islam
“Setelah puas berdoa kepada Allah, tiba-tiba saya dapat jawapan. Memandangkan saya berasal dari Korea dan telah memeluk Islam, mungkin saya merupakan orang tengah dalam penyebaran agama Islam di situ .
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti mana Ryzal, suami saya menunjukkan tentang Islam tanpa sebarang paksaan semasa di awal perkenalan kami dahulu
“Bila saya sudah mula terbiasa dengan tunjuk ajar dari Ryzal, saya mula mengkaji sendiri tentang Islam. Bagi saya ia adalah proses dan kita tidak boleh terus berubah 360 darjah” ujarnya.
Titik Permulaan Maryam Ingin Menjual Khimar MaryamNarae
Pada masa yang sama, Maryam juga turut memaklumkan bahawa dia telah memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang banyak daripada Allah SWT. Setengah orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih dan terus diam.
“Bagi saya, bila kita dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya memanfaatkan rezeki yang diberi,”
Maryam juga ingin menqinfaqkan Khimar jenamanya sendiri ke masjid-masjid supaya dapat memudahkan orang lain untuk merasai pengalaman memakai pakaian itu sendiri.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka selalu tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia serta Korea Selatan,” akhirinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klikdi sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bakat nyanyian Maryam Younarae, isteri kepada pempengaruh YouTube ‘Durian Kimchi’ iaitu Ryzal Ibrahim kini makin meniti bibir ke bibir. Ramai netizen dakwa, suara Maryam persis Dayang Nurfaizah, amboi betul ke?
Percaya bahawa bakat yang baik mesti diasah dengan betul, Maryam yang juga usahawan khimar KHIMARYAM mula berlatih vokal dengan guru vokal terkenal Cikgu Shafi secara serius.
Kata wanita berusia 32 tahun itu, beliau mula belajar vokal sejak lima bulan lalu kerana minat menyanyi. Dalam waktu yang sama, beliau juga berusaha memperbaiki sebutan Bahasa Melayu yang dirasakan lebih sukar berbanding bahasa Korea.
Bukan saja mampu membawa cover lagu ini dengan baik, malah penghayatan Maryam juga patut dipuji. Jom tengok video ni…
Keyakinan Maryam untuk menyanyi terlahir apabila ramai yang memuji suaranya ketika membuat persembahan di beberapa tempat.
Mengakui masih mencari komposer yang sudi menghasilkan lagu buatnya, Maryam kini memilih untuk menyanyikan semula beberapa lagu popular kegemarannya dan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian jika berpeluang.
Instagram @maryamyunrrr
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Banyak stigma yang bermain di fikiran masyarakat tentang kahwin muda. Namun hijabi bernama Irine Nadia ini membuktikan adanya hikmah di sebalik keputusan itu, bahkan kini bakal menimang anak kelima selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga.
Seronok melihat gaya hidup pempengaruh Irine Nadia yang sering muncul dengan content keibubapaan. Cantik dan berjaya, ibu muda kepada empat cahaya mata itu sering menjadi rujukan warga maya.
Setiap anak yang lahir membawa rezeki masing-masing. Baru-baru ini, Irene mengumumkan sedang hamil anak kelima dan berkongsi cabaran berbadan dua.
Apabila sudah masuk trimester kedua baru Irene dan suami maklumkan kepada anak-anak. Sebelum-sebelum itu, anak-anak cuba untuk berteka-teki tetapi still ibu dan ayah sorok sehingga keadaan morning sickness ibu stabil dulu.
Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit.” Irine Nadia
Ahli perniagaan dan instafamous berusia 31 tahun itu menyifatkan kehamilan kelima sangat berbeza terutama layanan yang diterima daripada anak-anak yang semakin membesar.
Biarpun menyembunyikan kehamilan daripada empat permata hatinya, Irene mengakui tersentuh dengan layanan yang diberikan.
“Perbezaan ketara kali ni ibu dijaga, dimanjakan dan disayangi anak-anak. Mereka extra care untuk ibu. Kerja-kerja harian di rumah, anak ibu yang bantu.
Ibu sedih tetapi terharu tengok sikap masing-masing. Number five is coming soon. Alhamdulillah.” luahnya.
Instagram: @irine_nadia
Instagram: @irine_nadia
Berkahwin pada usia muda, Irene diijab kabul dengan suaminya, Mohd Amirul pada usia 20 tahun.
11 tahun melayari bahtera rumah tangga, mereka dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada dua putera dan dua puteri.
Aktres cantik Indonesia yang baharu bergelar mualaf, Celine Evangelista baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai abaya dan...