Kecantikan

Trend Kecantikan Wajah Glass Skin Gadis Korea, Semak Juga Senarai Produk Ini Untuk Pemula!

Share

Trend kecantikan dari negara yang kaya dengan ginseng, Korea Selatan, memang selalu menarik untuk diperkatakan perihal kecantikan. Seperti yang sudah menjadi rahsia umum, wanita Korea terkenal dengan kulit wajah yang mulus dan bercahaya yang dikenal dengan nama dewy skin.

Kini, setelah dewy skin, muncul pula glass skin. Lalu, apa yang membezakannya dengan dewy skin? Jika dewy skin menampilkan kulit wajah yang terlihat lembap dan bercahaya, glass skin memberi kesan wajah yang terlihat halus, mulus tanpa pori, dan terlihat bening seperti glass atau kaca. Lalu, bagaimana cara mendapatkan wajah glass skin? Semak caranya di bawah ini!

1. Bersihkan wajah dengan teknik double cleansing

Doube cleansing sangat penting dilakukan untuk mendapatkan wajah yang bersih maksima. Mulailah dengan mengaplikasikan cleansing oil pada seluruh wajah untuk menghapus segala sisa solekan dan kotoran. Seterusnya, cuci wajah dengan menggunakan sabun yang melembapkan. Kamu boleh memilih pencuci wajah dengan label soap-free

.

2. Gunakan toner

Setelah proses pembersihan, gunakan toner dengan menggunakan kapas. Pastikan kamu memilih toner yang tidak membuat kulit terasa ketat justeru membuat kulit wajah makin lembap.

3. Lakukan eksfoliasi

Sel kulit mati menjadi salah satu penghambat bagi anda untuk mendapatkan wajah yang mulus, putih, dan bercahaya. Oleh kerana itu, jangan malas untuk melakukan eksfoliasi wajah. Nggak hanya dengan scrub, kamu juga mengeksfoliasi wajah dengan menggunakan exfoliating toner yang mengandung AHA atau BHA.

4. Gunakan sheet mask

Menggunakan sheet mask jadi cara mudah yang dapat dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih halus, lembut dan terhidrasi. Gunakan sheet mask kegemaran anda. Jangan lupa sapukan sisa essence setelah masker ditanggalkan agar lebih terserap pada kulit wajah.

5. Pakai pelembap di seluruh wajah

Ini juga menjadi langkah penting untuk mendapatkan wajah ‘glass skin‘. Pelembap akan membantu menghidrasi wajah. Pilihlah pelembap yang memiliki label moisturizing atau hydrating untuk kelembapan ekstra.

6. Aplikasikan serum dan essence

Setelah pelembap, seperti regim kecantikan wanita Korea, kamu juga wajib mengaplikasikan serum dan essence toner. Serum dan juga essence akan merawat kulit wajah dari dalam dan menghidrasi secara maksima.

7. Rajin minum air putih

Sudah bukan rahsia lagi kalau air putih memiliki segudang manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Pastikan bekalan air putih cukup setiap harinya ya!

Produk Kecantikan Disyorkan Untuk Newbies

Face Republic Gold Mineral Cleanser

Pencuci muka yang berkesan adalah sekiranya segala kotoran dan minyak dari muka dibersihkan tanpa menyebabkan kulit muka menjadi kering. RM34.90

Face Republic Super Screen Sun Gel SPF50+

Ini adalah di antara produk popular Face Republic kerana ia tidak melekit, tebal dan berminyak. Ia juga berfungsi sebagai moisturizer ketika anda berada di luar. RM45

Face Republic Perfect Cover BB Cream

Selepas menyapukan Sun Screen, biarkan kulit terus ‘bernafas’ dengan memakai BB cream yang memberikan medium – full coverage. Ia mempunyai tona yang mudah diratakan pada kulit wajah semulajadi anda. RM49.90

Face Republic Crystal Glow Whitening Cream

Whitening cream oleh Face Republic ini memudarkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam supaya wajah kelihatan lebih berseri. RM43.90

Face Republic K-Beauty On The Go (sachet)

Produk yang mula diperkenalkan bermula Januari 2020 ini sesuai untuk girl gang travel yang gemar bercuti. Hanya dijual di kedai 7-Eleven, ia mempunyai 4 langkah utama yang disebutkan tadi iaitu cleanser, toner, sun screen dan BB cream dalam bungkusan mini.
Kulit masih terjaga walaupun pergi bercuti! RM2.50/satu

Face Republic Sleeping Beauty Face Mask

Face mask keluaran Face Republic ini adalah antara yang paling popular Di Korea yang sering menjadi buah tangan dari girl gang travel. Face Republic menawarkan 7 jenis face mask bergantung kepada keperluan kulit masing-masing. Gunakan face mask selama 15-20 minit selepas mencuci dan meratakan toner. Kemudian, tidur! RM4.60/satu

SUMBER: POPBELA

Published by
SH