Baru-baru ini tular di aplikasi Tik Tok berkenaan seorang gadis yang sekaan mempromosikan sebuah ‘Trend’ walaupun tak berjaya dalam pendidikan tetapi masih boleh berjaya dan kaya. Malah, gadis itu seolah berbangga akan dirinya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.
Tindakan gadis ini telah memberikan rasa kurang senang sekaligus mengundang kecaman dan perdebatan dikalangan netizen yang tidak bersetuju sekiranya pendidikan ditolak menjadi aspek kurang penting jika mahu meraih kejayaan.
@paahcantekk apa khabar 😗 #fyp #foryourpage ♬ suara asli – 𝘽𝘼𝙈𝘽𝙊 𝙀𝙎𝙏𝙀𝙎𝙏𝙊𝘿 🌀 – 𝙱𝙰𝙼𝙱𝙾 𝙴𝚂𝚃𝙴𝚂𝚃𝙾𝙳 🌀
Perkara berkenaan dimuatnaik dalam sebuah hantaran menggunakan akaun TikTok @paahcantekk lebih memualkan lagi, gadis tersebut dengan beraninya mendedahkan bahawa dirinya pernah dicerca guru, kononya tiada masa depan sekiranya tidak mempunyai pendidikan yang baik.
“Pernah dibilang tiada masa depan oleh guru sendiri, apa khabar murid target? Dah jadi CEO?” tulisnya pada hantaran video tersebut.
Dalam hantaran video berkenaan terpapar sebuah kereta jenis Mercedes AMG A45 yang menjadi latarbelakang gadis berkenaan yang sengaja dipaparkan sebagai simbolik terhadap kejayaan yang dikecapinya.
Artikel berkaitan: Generasi Muda Nak Berniaga Perlu Ada Pada Ruangan Betul & Ilmu. Ini Cara Ibu Hanim Bantu…
Bagaimanapun, trend tak perlu belajar yang dipromosikan oleh gadis ini dilihat bakal memberi pengaruh buruk kepada anak muda dalam negara.
Lebih membimbangkan lagi apabila generasi muda kini dilihat begitu kerap memuat naik trend sama seumpanya di media sosial hingga menjadi bualan hangat dan mencetuskan perdebatan dikalangan orang ramai dan para cendekiawan.
@eriensyazaUntuk adik2 dkt luar sana, jangan pernah berhenti belajar, ilmu yg kita akan bawak masuk kubur nnti, bukan kereta 🫶🏻🫶🏻♬ suara asli – 𝘽𝘼𝙈𝘽𝙊 𝙀𝙎𝙏𝙀𝙎𝙏𝙊𝘿 🌀 – 𝙱𝙰𝙼𝙱𝙾 𝙴𝚂𝚃𝙴𝚂𝚃𝙾𝙳 🌀
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap kenyataan provokasi yang dibuat oleh gadis berkenaan.
Justeru, beberapa bekas murid harapan sekolah telah tampil membidas kenyataan gadis berkenaan dengan kenyataan berbaur ‘sindiran’ keras, malah kenyataan berekenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya turut sama menyelar dan tidak bersetuju terhadap kenyataan yang diberikan oleh gadis tersebut!
Sumber: Tik Tok @paahcantekk & Tik Tok @eriensyaza
Artikel berkaitan: Jangan Biarkan Diri Tidak Berilmu, Para Wanita Harus Fahami Tentang Konsep Poligami!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.