Trend Baju Selak Pep*T, Ustazah Tegur Gaya Yang Tak Elok Boleh ‘Tong Sampahkan’.

Share

Trend jenis pakai baju yang asalnya labuh atau kemeja butang tengah, tapi bahagian baju yang menutupi kemaluan tu diselak untuk beri effect lebih stylo dan fashionable.

Gaya dan keinginan hijabi untuk tampak stylo, namun niat tidak menhalakan cara, ustazah Sharifah Zahidah tegur ianya sekarang nampaknya kian rancak digayakan anak muda dan mak-mak yang tak berapa muda juga.

Pelihara maruah diri anak-anak gadis

Media sosial yang kini menjadi rujukan dan ikutan hijabi bergaya, malah ianya pasti menjadi pengaruh dari penpengaruh fesyen dengan memperagakan gaya sedemikan sebagai content.

“Saya faham keinginan anak-anak muda nak bergaya dan melawa. Tapi harus tahu untuk pilih mana yang sesuai untuk kita gayakan, dan mana gaya yang elok kita tong sampahkan saja tak kisahlah siapa pun yang ajar dan bawa trend tu walaupun tukang ajar tu ada ratus ribu and million followers pasal fesyen.”

Cipta trend kutip dan kaut semua dosa

Ustazah Sharifah Zahidah juga menyeru hijabi ‘content creator’ untuk fesyen anak muda ni, untuk turut sama angkat nilai maruah diri anak-anak gadis ketika anda berkarya nak hasilkan trend-trend baru yang mempersona.

Dalam satu mafhum hadis Nabi, dah disebut bahawa orang yang cipta trend berdosa / berpahala dan orang follow dia, dia pun KUTIP DAN KAUT sama semua dosa / pahala pengikut2 yang follow trend dia tu. Jadi jangan salah pilih cipta trend. Tak berbaloi pun cipta trend tak elok. Di akhirat nanti followers ni lah akan heret kita balik masuk neraka sebab mereka tuduh kita yang punca mereka terjebak buat / tayang / meremehkan soal dosa.

Terpengaruh dengan puji-pujian

Pastinya mengasyikkan dengan number tanda suka dan komen-komen pujian dari followers yang gemar dengan gaya mereka. Followers kat dunia ni sifatnya puja puji kita.

“Ingatlah, kat akhirat, followers ni lah akan jadi liabiliti paling besar dan paling durjana buat kita, bila kita jadi trend setter yang menjunjung elemen dosa dalam trend yang kita bawa. Jadi, fikir dan set good trend elok-elok. Trend pakai baju selak pep*t ni kita tolak tepi ya? Dilepaskan dan dibiar melabuh tutup pun, dah cantik dan nampak lebih dihormati.

Hijabi mana malumu

Malu ni dah jadi rezeki iman yang kian jarang didoakan dan didambakan wanita akhir zaman. Masa kecil kita dilahirkan, ianya datang dengan pakej fitrah kita selaku wanita. Tapi semakin kita membesar dan terhidang dengan fitnah dunia, malu itu kian hilang dari jiwa. Lantas menjadikan ia sebagai sesuatu yang WAJIB kita minta dari ALLAH. Takda guarantee dah akhir zaman ni kau lahir sebagai wanita maka kau ada pakej malu untuk jaga maruah diri kau. Takda. Memang kita kena doa dan minta ALLAH pelihara.

Sentiasalah berdoa

Minta, berdoa sebut. “Ya ALLAH, kurniakanlah aku sifat malu yang dengannya dapat menghalang dan menghentikan aku dari melalukan perkara yang mencalar maruah dan kemuliaanku sebagai wanita yang hakikatnya Engkau tinggikan darjat dan kemuliaannya…”

Anak-anak kita dari kecik lagi, umur 6 7 tahun dah boleh ajar mereka untuk berdoa agar ALLAH bagi dan kekalkan sifat malu dalam diri mereka.

“Pah, malu-malu sangat ni nanti payah dia nak bekerja. Nak bercakap depan orang, nak terkedepan jadi leader apa semua tak boleh..”

Jap, yang anda maksudkan tu SOAL KEYAKINAN DIRI bukan SOAL MALU. Jangan campur aduk atau confuse pula ya.

Jangan main sapu…

Wanita wajib jadi perempuan berprinsip. Jangan nak tiru dan sapu semuanya sampai trend baju selak part kemaluan pun nak tiru sehingga ternampak belahan-belahan rahsia. Teguran ustazah agar kita semua bersama-samalah tegur budaya fesyen sebegini supaya ianya tak jadi trend lagi dalam kalangan anak-anak gadis Muslimah yang kita sayangi ni. Baju tu dicipta labuh sampai tutup bahagian kemaluan tu pada asalnya sebagai ‘extra protection’. Kita pulak selak betul-betul part tu semata-mata nak follow trend.

Terkesan dengan teguran ustazah, marilah kita sama-sama perbaiki penampilan diri sebagai muslimah sejati, biar lambat tapi perlu ada usaha.

“Kalau tak berani nak tegur sendiri, share saja post saya ni. Kalau tegur taknak, share taknak, maka jangan pelik lagi kenapa di usia kian senja hati kita masih jauh dari kasih sayang dan rahmat ALLAH. Bukan ALLAH yang taknak bagi kita hidayah, tapi kita yang langsung takda effort nak pertahankan syariat ALLAH walaupun benda tu hanya seringan mengetik button share (bila tak mampu menegur sendiri).

Jika tak berkesan untuk ubah dan pelihara satu dunia. Sekurang-kurangnya ia berkesan untuk menyelamatkan diri dan zuriat ketururunan kita dari terbiar teruji tanpa pedoman dan bimbingan.

Sumber: Sharifah Zahidah

Published by
SH