Tren Makan ‘Salad Udang Hidup’ Tidak Berperikemanusiaan? Ini Hukumnya…

Share

Tren makan hidangan salad udang yang masih hidup semakin diikuti orang ramai. Tidak kira artis tempatan, orang ramai sudah mulai tertanya-tanya adakah enak memakan udang yang masih ‘meloncat-loncat’ itu?

Namun, timbul spekulasi menyoalkan hukum memakan hidangan salad udang hidup, mengikut mazhab Imam Syafie yang dijelaskan oleh bekas Mufti Wiliyah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ianya makruh!

Selidik Status Hukum Sebelum Mencuba!

Pasti perasaan ingin mencuba berkobar-kobar setelah melihat keunikan hidangan yang disediakan itu. Tetapi kita perlu juga ambil kira soal status makanan itu sebelum mencuba.


 Hukum memakan salad udang hidup ini adalah makruh dan ianya merujuk kepada artikel yang menjelaskan isu ini di Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Meskipun jelas ternyata di Surah al-Maidah ayat 60 tentang bangkai hidupan laut adalah suci:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ

Maksudnya : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” (Surah al-Maidah : 96)

Tetapi ia makruh untuk memakan hidupan laut yang masih hidup kerana seperti menyeksanya tanpa keperluan. Hal ini kerana hidupan laut cepat mati, maka boleh ditunggu saat ia mati sebelum memasak.

Buat Baik Kepada Haiwan

Jika dilihat cara memakan salad udang hidup itu juga kelihatan agak kejam. Walaupun kita menyembelih haiwan sekalipun, ada caranya yang lebih baik seperti sabda Rasullah SAW:

إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu  menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.”

Riwayat Muslim (1955)

Terbitkan rasa sifat kemanusiaan terhadap haiwan walaupun tujuannya adalah untuk memakan. Makruh bukan bermaksud menghalalkan cara anda untuk sertai tren ini, malah ianya lebih baik dihindarkan.

Sumber: TheRakyatPost dan Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee